Thursday, November 26, 2009

Tangis Syukur Aidiladha-Kelahiran Yang Dinanti...

Aidiladha dan Aidilfitri adalah 2 perayaan utama bagi umat Islam. Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam dalam berperang dengan hawa nafsu dan berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.

Aidiladha pula adalah hari ibadah korban, sebagai signifikan kasih Nabi Ibrahim yang patuh pada suruhan Allah, sehingga sanggup untuk mengorbankan anak baginda, Ismail untuk memenuhi perintah Allah. Namun, Allah Maha Penyayang. Di saat pisau sudah terletak di leher Ismail, turunlah wahyu yang meminta Ibrahim agar menggantikan korban Ismail dengan korban binatang ternakan. Maha Suci Allah...

Dan sebagai signifikan kasih kita terhadap Allah, maka umat Islam merayakan hari raya korban. Dan jangan lupa, Aidiladha juga adalah hari penting kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah Haji di Mekah. Demikian betapa pentingnya Aidiladha kepada kita, umat Islam...


Berasal dari Pantai Timur, Aidiladha lebih meriah berbanding Aidilfitri. Dan bagi aku sendiri, Aidiladha mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, terutamanya Aidiladha pada tahun ini.

Kepulangan arwah kekanda Hayati ke hadrah Ilahi pada bulan Ogos lalu masih terasa pedihnya. Dan aku sendiri bagaikan cuba lari dari kenangan Aidiladha bilamana tiap-tiap tahun sebelumnya aku pasti pulang, merayakan Aidiladha dengan kanda Hayati. Namun, tahun ini Aidiladha bagaikan hilang serinya, dan aku sendiri tidak membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha.

Namun, Allah begitu Penyayang lagi Maha Mengetahui...


Setelah sekian lama menunggu, hari ini aku dapat perkhabaran gembira. Yes, novel Ryan-Raihana Kisah Cinta Dua Dunia akhirnya siap dicetak !!! Kata Mitha, hari ini juga mereka akan menghantar novelku itu kepada MPH untuk edaran seterusnya.

Syukur, syukur, syukur.

Aku rafakkan setinggi tinggi syukur pada Ilahi atas kelahiran novel pada tarikh ini. Hari yang menjadi simbol ketulusan hati hamba kepada Allah...

Petang menjelang Aidiladha, aku menangis. Tangis syukur dengan kelahiran novel pertama ini.

Maka, aku herharap yang novel ini menjadi titik pertama dalam perjuanganku untuk terus menulis.

Mudah-mudahan Allah akan terus melimpahkan rahmat-Nya padaku....amin...

13 comments:

  1. i cried reading this entry.

    i have no words.

    i m swallowing my tears.

    my heart reach for u razzlina n aruah kak yati and ur parents

    may our friendship remains forever - sihat dan selamat adaNya.

    semoga Allah swt memberkati hidupmu.. anak2mu dan suamimu.

    ReplyDelete
  2. TQ Otai,
    It has been an emotional day for me...

    ReplyDelete
  3. baru semalam kita bergusip... hari ni ko dah windu sama haku.... esok-esok aku balikla.... aku tau ko tak sabau tunggu aku bawak ko pi mph...
    next week kita pi laaa...

    pssst... royalti bila dapat?... kihkihkih...

    ReplyDelete
  4. tak nampak tak nampak tak nampak tak nampak...lalalalalalalalala

    ReplyDelete
  5. tahniah2 hehehe..

    MPH ye.. ok dookie..

    ReplyDelete
  6. hermmm..camno nk cakap eik... aku nk wat conpesion kat ko nih, aku da tak baca cinta cintun dah nih... tiga segi, dua segi, octagon, heksagon, sagon aku suke makan la..tapi demi ngko yg lansong tak ku kenai lobang idung mu, maka aku terpaksa rela lah carik bukumu itew kat MPH Queensbay...Hermmm pandai betui publisher ko eik, launching buku time aku dpt gaji..

    ReplyDelete
  7. haik camno aku leh jd cik anoy? apo apo jer lah janji aku da komen..heheheh...

    ReplyDelete
  8. Wahhhhhhhh..Queensbay...macam kat obesi lak....hehehe

    ReplyDelete
  9. salam aidil adha...

    taniah...

    moga akan dtg makin mencurah2 idea utk menulis.

    ReplyDelete
  10. hehehe aku pong sepesen dgn cik anon aka bananas gak... aritu lik jelai aku dok baca buku ombak rindu utk kali ke 2.. halfway jek baca pehtu aku sakit ati sebab cite macam tak real jek aku skip2 truih maleh nk baca... and that was the 2nd novel yg aku wat centu.... nguahahhahaa.... tapi beli tetap beli... baca ke tak tu errrr tgk dulu... ngeeee...

    ReplyDelete