Tuesday, November 17, 2009

Diamonds Are Forever....

Hari ini jiran aku salin kain batik Jawa dia yang sudah lusuh tu...Memakai kain batik baru warna hijau yang bercorak wiron (apa aku cakap ntah). Baguslah....

Tapi aku tetap aku...aku tidak akan mudah terpengaruh dan terperangkap dalam konflik envy, irihati dan mainan emosi bahawa the grass is always greener on somebody else's lawn (walaupun memang template baru di ia memang kaler ijo pun!)...Itu semua hanyalah polemik diri bagi mereka yang paranoid lagi rendah self esteem nya....dan aku bukan begitu....




Aku tetap aku. Umpama berlian (cheh dah buat dahhh), aku tidak memerlukan hiasan lain untuk menyerlahkan keanggunan diriku. Biarlah blog ini kekal dengan gaya ringkas bersahaja wlaaupun kadang kadang kegedikan terserlah...Ya, berlian itu istimewa buatku, dan bagiku tiada permata lain yang dapat menyaingi keindahan berlian. Maka atas dasar itu, aku meng-asimilasikan berlian menjadi ikon blog ini. Biarlah blog aku ini kekal menjadi seperti berlian, indahnya terserlah, namun berlian tetap utuh. Dan atas keutuhan berlian, maka hanya berlian yang dapat memotong berlian..(wei, falsafah ni!)



Kerana padaku, apa yang penting ialah isi kandungan, atau content blog itu, dan bukannya hiasan pinggiran yang menjadi bumbu bumbu perencah penyedap rasa walaupun nilai zatnya sifar. Umpama lambakan permata separa berharga yang bertaburan di atas lantai, namun hanya sinar berlian yang menyerlah indahnya. Dan bukan hanya Jauhari yang mengenal manikam, kerana Jauhari juga kenal pada Maniam, Kumala Devi, Pukurandi, Letchumy dan lain lain lagi sanak saudara mereka....


Ya....biarlah aku kekal seperti berlian....






[sebenarnya, aku masih rabun, tak boleh pakai contact lens....sakit mata dah baik, tapi aku puasa kan mata aku....sapa tak sayang mata oiiiii....nanti la, bila aku dah boleh melihat dengan vision 20/20 (atas bantuan contact lens), maka mungkin jua aku turut tekun menggodek template blog lain yang lagi indah menawan gunawan minarwan ! Watch out!!!!]

9 comments:

  1. Kerana padaku, apa yang penting ialah isi kandungan...

    hoh!! ko ngandung lagi..ker weihhh..... itu jer yg aku pahang..hikhikhik

    ReplyDelete
  2. woit!!!!!!!!! molot takdak insuran ka ?????

    tapi kalau iye pun....mak rella you....bajet tawun depan la....next!

    ReplyDelete
  3. huh!! aku tak nampak mende ko tuleh ateh ketas biru nih.... ada tompok-tompok puteh jek... sah terlebeh nila..
    lenkali pakailah daiya... bleach untuk semua kaler-kaler...

    ReplyDelete
  4. ha ha ha

    err ter skema jap den baco tadi!

    ReplyDelete
  5. huish! berlian tu.. isy kalau dpt sebijik tu!

    ReplyDelete
  6. aku tau disebalik ayat2 y tersusun rapi..
    musti!
    musti!
    musti!
    ada udang disebalik mee....

    heheheh...
    kita nantikan kemunculan skin baru demen!

    ReplyDelete
  7. aku pong... tunggu la...
    biler da jumpa skin yg menawan hati dan qolbu ku...
    pasti!
    akan di tukar juga...
    tp... biarla...
    yg hado ni..

    walaupun hijau kelabu taik hanjin...

    tp ttp menawan..
    janji tak der bau taik hanjin kat situ...
    wakakakkaka

    ReplyDelete
  8. arghhhh.. tetiba jek otakku berpinau baca metafora bolian ni...

    ReplyDelete
  9. elehhhh otak ko berpinau sebab ko tengah elergik kena sakit buatan abe Jo hehehehe larikkk....

    ReplyDelete