Tuesday, November 17, 2009

Oh My Own King....

Sejak beberapa minggu lepas, aku perasan akan kehadiran seekor burung cantik berwarna biru yang sering bertenggek di atas pintu pagar rumahku. Burung itu berwarna biru (a gorgeous blue) pada badan dan flight feathers/kepaknya, paruhnya agak besar berwarna oren/coklat, dan badan serta ekor atau tail feathers berwarna coklat dan dadanya putih.

Cantik, sungguh cantik. Serious, memang cantik. Macam aku. hahaha...

Aku cuba snap gambarnya, tetapi tidak pernah berjaya. Adakalanya dia sedar bila aku terlalu dekat, dan kalau aku berdiri dari dalam rumah dan snap, maka gambar itu cuma nampak pokok sahaja. Errr...errr....macam cerita mistik pulak kan....choyyyyy....dah la tengah2 malam ni...

Anyway, anak-anak aku pun selalu nampak burung itu. Cik Man akan terpekik pekik 'bu dong...bu donggg ma'. Ishhhh pelat la pulak ye....Dan kami anak beranak akan stalk atau mengendap burung itu diam diam...hehehe we are great bird stalkers....


Burung itu membuat sarang di dalam lubang di hadapan rumah aku. Tak boleh imejin burung buat sarang dalam tanah ? Haishhhh...Bayangkan ini...Betul-betul di depan rumahku ialah kawasan tanah tinggi lebih kurang 5-6 kaki yang dipenuhi semak samun. Burung tu buat sarang di dalam rentasan tanah di situ la. (Belakang dari kawasan semak samun itu la kawasan perumahan mewah lagi elit...mansion orang kaya-kaya la tuuu...jiran kesayangan aku merangkap bakal besan aku tu duk kat situ la...nanti dia pi US aku la duk kat situ harharhar)


Kata Teddy, itu burung raja udang....ooooo baru ahdek tahu banggg.....nama omputehnya ialah kingfisher bird....I named the little birdie...Mr King....hehehe...itu pasal tajuk entri aku ialah my own King...hail the king!

Tapi...burung itu memang menceriakan hari-hariku...esp jika Teddy bawa Tuk Mudim kesayanganku lalu membiarkan aku kegersangan tanpa belaian manja Internet. Errr aku cakap pasal modem, jangan lak ingat aku ada affair dengan Tuk Mudim. (By the way, cuti sekolah lepas ni Tuk Mudim laku macam hotcakes la kann?)

Oh Mr King...you are drop dead gorgeous...


Gambar ini aku cilok dari internet. Belum dapat snap gambar Mr King...

9 comments:

  1. oh wow! cantik!

    sah blue minded.. err maksud saya.. u just love blue..

    blue blue my world is blue
    blue is my world..
    (siapa nyanyi tu ya?)

    ReplyDelete
  2. lohhhh ingatkan ko nk cite pasai burung twitter.. rupanya burung original!...

    ReplyDelete
  3. hehehe...tapi siyes la...cantik sangat warna biru Mr King...its blue shade is so beautiful...ala2 biro Turqoise/royal blue dan apa lagi nama shade warna biru pun aku tatau la....it's soooooooo biyutiful...I'm in love!

    ReplyDelete
  4. loh!!! ko dah tuko napsu dari mr-mr gorjes holiwud kepada burung pulak!!!

    ReplyDelete
  5. takperrrrrr....ini hari aku sabarrrrrrrr....

    ReplyDelete
  6. sabarriahhhhh (dengan suara garau) nah uang lima ribu ringget...pergi ko dari sini...ikut lah laki ko itu...anak tak sadar diri!!!!


    heheheh dialong nyonya mansur dalam filim ibu mertuaku....nyonya mansor is the best antagonist character, ever!!!!!

    ReplyDelete
  7. 5 ribu saja?
    (sambil angkat kening.. gaya sinikal lakonan p ramlee)

    50 ribu lah buk!
    (sambil senyum meleret.. gaya gurauan sinikal lakonan p ramlee)

    tapi buk.. kalau mau saya ilang terus.. 500 ribu ke.. 5 juta pun lagi bagus buk!

    he he

    ReplyDelete
  8. kusssss semangat!

    den ingat tadi kot jutawang nobel kito ni nak boyi den 5K.. leh den boli i-phong..

    eh i-phong ori le!

    apa kelas i-phong china!
    (sambil nyentel tembakau gaya nyonya mansur)

    ReplyDelete