Saturday, November 28, 2009

I'm On Vacation !!!!!!!!




Memandangkan aku pun turut dilanda sindrom cili BUH dan Sarjan HaSAN (buhsan daaa) dengan ketiadaan jiran aku disisi, maka aku dah siap kemas kain baju nak pergi bercuti di Bahamas dengan berjemur di bawah sinaran mentari dengan memakai bikini...

bersiar2 di persisiran pantai dengan hanya memakai short skirt dan tube oren...err gambar sapa ntah....ini gambar hiasan semata-mata...


Erk ??? hehehe sekali lagi aku hanyut dibawa arus imaginasi...

Yang sebenonya eh...adik beradik aku dari Ganu datang sempena Raya Haji ni. Port diorang ialah di rumah abang aku...So aku saja la nak menyibuk bikin gamat suasana di sana...Then Teddy pun dengan baik hatinya suruh aku n kids tido kat rumah abang aku...

Katanya, dia kena siapkan kerja, Tuesday ni kena hantar...so kalau aku nak bersukaria dengan kelorga, pi la kat sana, dia tak apa (eh, macam berirama pulak ekk)..

Pucuk dicita salad kentaki yang datang la...aku tak tunggu dia ubah pikiran, so lepas ni aku akan berehat dari arena blogging (ceh, macam la aku berblogging 24 jam sehari...ehhh iyelah...aku memang antu blog, I don't have a life, so pathetic!hehehe saja kutuk diri sendiri)

Anyway...bubye all...catch ya later alligators!!!!!

Thursday, November 26, 2009

Tangis Syukur Aidiladha-Kelahiran Yang Dinanti...

Aidiladha dan Aidilfitri adalah 2 perayaan utama bagi umat Islam. Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam dalam berperang dengan hawa nafsu dan berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.

Aidiladha pula adalah hari ibadah korban, sebagai signifikan kasih Nabi Ibrahim yang patuh pada suruhan Allah, sehingga sanggup untuk mengorbankan anak baginda, Ismail untuk memenuhi perintah Allah. Namun, Allah Maha Penyayang. Di saat pisau sudah terletak di leher Ismail, turunlah wahyu yang meminta Ibrahim agar menggantikan korban Ismail dengan korban binatang ternakan. Maha Suci Allah...

Dan sebagai signifikan kasih kita terhadap Allah, maka umat Islam merayakan hari raya korban. Dan jangan lupa, Aidiladha juga adalah hari penting kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah Haji di Mekah. Demikian betapa pentingnya Aidiladha kepada kita, umat Islam...


Berasal dari Pantai Timur, Aidiladha lebih meriah berbanding Aidilfitri. Dan bagi aku sendiri, Aidiladha mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, terutamanya Aidiladha pada tahun ini.

Kepulangan arwah kekanda Hayati ke hadrah Ilahi pada bulan Ogos lalu masih terasa pedihnya. Dan aku sendiri bagaikan cuba lari dari kenangan Aidiladha bilamana tiap-tiap tahun sebelumnya aku pasti pulang, merayakan Aidiladha dengan kanda Hayati. Namun, tahun ini Aidiladha bagaikan hilang serinya, dan aku sendiri tidak membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha.

Namun, Allah begitu Penyayang lagi Maha Mengetahui...


Setelah sekian lama menunggu, hari ini aku dapat perkhabaran gembira. Yes, novel Ryan-Raihana Kisah Cinta Dua Dunia akhirnya siap dicetak !!! Kata Mitha, hari ini juga mereka akan menghantar novelku itu kepada MPH untuk edaran seterusnya.

Syukur, syukur, syukur.

Aku rafakkan setinggi tinggi syukur pada Ilahi atas kelahiran novel pada tarikh ini. Hari yang menjadi simbol ketulusan hati hamba kepada Allah...

Petang menjelang Aidiladha, aku menangis. Tangis syukur dengan kelahiran novel pertama ini.

Maka, aku herharap yang novel ini menjadi titik pertama dalam perjuanganku untuk terus menulis.

Mudah-mudahan Allah akan terus melimpahkan rahmat-Nya padaku....amin...

Tuesday, November 24, 2009

French Fries ???

J'ai compris tous les mots, j'ai bien compris, merci
Raisonnable et nouveau, c'est ainsi par ici
Que les choses ont change, que les fleurs ont fane
Que le temps d'avant, c'etait le temps d'avant
Que si tout zappe et lasse, les amours aussi passent

Il faut que tu saches

J'irai chercher ton coeur si tu l'emportes ailleurs
Meme si dans tes danses d'autres dansent tes heures
J'irai chercher ton ame dans les froids dans les flammes
Je te jetterai des sorts pour que tu m'aimes encore

Fallait pas commencer m'attirer me toucher
Fallait pas tant donner moi je sais pas jouer
On me dit qu'aujourd'hui, on me dit que les autres font ainsi
Je ne suis pas les autres
Avant que l'on s'attache, avant que l'on se gache

Il faut que tu saches

J'irai chercher ton coeur si tu l'emportes ailleurs
Meme si dans tes danses d'autres dansent tes heures
J'irai chercher ton ame dans les froids dans les flammes
Je te jetterai des sorts pour que tu m'aimes encore

Je trouverai des langages pour chanter tes louanges
Je ferai nos bagages pour d'infinies vendanges
Les formules magiques des marabouts d'Afrique
J'les dirai sans remords pour que tu m'aimes encore

Je m'inventerai reine pour que tu me retiennes
Je me ferai nouvelle pour que le feu reprenne
Je deviendrai ces autres qui te donnent du plaisir
Vos jeux seront les notres si tel est ton desir
Plus brillante plus belle pour une autre etincelle
Je me changerai en or pour que tu m'aimes encore


No...korang tak silap masuk blog. Yang kat atas tu lirik lagu Pour Que Tu M'aimes Encore by Celine Dion. Dulu, suatu ketika dulu aku suka sangat lagu ni...still do, actually...tapi aku tensen sebab aku tak reti nyanyi lagu tu...kalau aku nyanyi pun, bunyi macam merapu...or worse, macam mencarut pun ada....Tapi aku tak kira, aku nyanyi jugak...hehehe...ada la bau2
French jugak, walaupun sekali dengo macam aku tengah mencarut...kasi can la ekk...

Aku memang suke bahasa Perancis ni...seksi sangat bunyinya...kata omputeh, this is the language of love...tapi memang betul la...dari segi fonetik atau bunyi, memang French ni bahasa cinta...kalau nak maki orang, go for Italiano...nescaya kata-kata makianmu akan begitu melodious sekali hehehe...

Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat lagu ni padahal aku tak paham sepatah haram pun apa yang Celine Dion duk merapu dalam lagu ni...I guess it's the melody, the rhythm...macam happy jer bila dengar lagu ni....

Ini translation lirik lagu dalam English...Kalau ikut terjemahan, Pour Que Tu M'aimes Encore maksudnya ialah For You To Love Me Again, atau For You to Love Me Still...(encore=again/still)...dalam bahasa Melayu, tajuknya ialah Untuk Kau Masih Menyintaiku....

Tapi aku lebih suka lagu ni dalam French, ala2 misteri nusantara gituuuu...hehehe...enjoy...

I understood all the words, I understood, thank you.
They were new and made sense, that's why here
Things have changed, and the flowers have wilted
That's why the past was the past
That's why, if everything changes and wears out, then loves also fade away

You should know
I'll look for your heart if you take it somewhere else
Even if when you dance, others are dancing with you
I'll look for your soul in the cold, in the flame
I'll cast a spell on you, so that you love me still

You shouldn't have started, attracted me, touched me
I shouldn't have given so much, I don't know how to play
People tell me that today, they tell me that's how other women do things
I'm not other women
Before we get too close, before we throw it away

You should know
I'll look for your heart if you take it somewhere else
Even if when you dance, others are dancing with you
I'll look for your soul in the cold, in the flame
I'll cast a spell on you, so that you love me still

I'll find other languages to sing your praises
I'll pack our bags for the fields of eternal harvests
I'll say those magic words spoken by African healers
I'll say them with no regrets, so that you love me still

I'll make myself a queen so that you don't leave me
I'll make myself new so the fire starts again
I'll become like those other women who make you happy
Your games will be our games, if that's what you desire
I'll make myself brighter, more beautiful, to rekindle the spark
I'll turn myself to gold, so that you love me still














My son the KING !!!

Tadi masa aku sibuk lap lantai, sapu sampah sambil2 jemur baju dan masak (err saja la aku exaggerate skit tentang kerajinan aku, nak tunjuk yang aku tidakla hanya berlonggok depan laptop ajer), Hafiz sibuk duk nyanyi lagu NegaraKu. Wah, anakku sungguh patriotik sekali....Merdu pulak suaranya walaupun sumbang di sana sini...


Habis nyanyi lagu tu, dia datang dekat aku yang tengah sibuk menyapu lantai sambil lipat baju (sekali lagi aku exaggerate).


"Mama, bertakhta tu apa Mama?" soal Hafiz. Ala..kan dalam lirik lagu NegaraKu tu ada sebut...'Raja kita...selamat bertakhta'...itu pasal la member sudah tanya....


Aku dah start garu kepala. Seriously, macamana aku nak explain konsep 'bertakhta' pada Hafiz ekk ? Sekilas, otak aku yang mempunyai sel2 yang saling berkait rapat (ingat balik iklan susu baby OK, sel2 otak yang tidak berhubung = orang yang kureng cerdik, sel2 otak aku rapat2 hubungannya hokeh!) terus berputar ligat. Macam gasing daaa...


Bertakhta...root atau kata dasar dia ialah takhta. Takhta = singgahsana/mahkota, simbol kuasa pemerintahan. Bertakhta dalam maksud mudah semestinya memerintah. OK, got it!


"Bertakhta maksudnya memerintah", aku jawab dengan yakin.

"Memerintah ? Siapa yang memerintah?", dia soal aku balik. Budak ni kang...Aku dah tarik napas. Sabar....

"Raja la. Raja bertakhta, raja memerintah", aku jawab. Penat la. Sel2 otak aku masih banyak yang belum berhubung rupanya....

"Owh. Raja. Raja tu kaya tak Mama ?" aduh...aku dah nak tumbuh taring dah. Aku jamah kat mulut rasanya dah 4 pasang taring dah nak menjelma. Tunggu lama skit mesti aku cun skit dari Maryam dalam citer Pontianak Harum S*ndal Malam...

"Mesti lah kaya", aku jawab sambil pejam mata. Anak aku yang sorang ni memang banyak cakap...Genetik sapa lah yerrrr....


Pastu dia diam 5 saat. Oh what a bliss....Silence is golden. Tapi tak lama...Pastu dia dapat ilham baru....


"Ohhh...Kalau macam tu besar nanti abang nak jadi RAJA la Mama!", dia cakap dengan penuh keterujaan. Hehehe....Sori la Batik, nampak gayanya aku kena pinang anak soltan Mizan la untuk anak aku....

Pastu dia cakap lagi...

"Nanti kalau Abang jadi Raja, Mama datanglah rumah Abang", dia pelawa aku dengan penuh E-Class...hoh, apa kelas datang rumah dia ????

"APa? Datang lawat Abang ??? Kalau Abang jadi Raja nanti, Mama DUDUK sekali la dengan Abang!" aku jawab dengan penuh semangat...Nampak sangat aku yang over layan imejinasi anak aku...hehehe...

Layannnnnnnn.....

Inilah gamba bakal besan I...hikhikhik.....

Monday, November 23, 2009

Anakku Rindu...




Semalam Hafiz tanya aku satu soalan cepumas. Dia tanya, "Mama, anak kawan Mama tu dah baik ke sakit mata dia?". Huh...sekilas ikan di akuarium dah aku tahu apa spesiesnya...aku yang tengah rilek tengok TV tanya dia balik. "Anak kawan Mama ? Yang Mana ni ?" (chehh...macam la ramai sangat anak-anak kawan aku yang Hafiz kenal).

"Ala...yang kita selalu pergi rumah dia tuu la", jawab Hafiz, masih cuba cover line dengan tidak menyebut nama kawan dia tu (well, he learned from the best tactician in the world, a master in cover line statements). Aku dah gelak. "Mama, apsal Mama gelak ? Cepatlah, kawan abang tu dah baik ke sakit mata dia?", dia soal aku dengan serius.

"Emm. Dia dah baik sakit mata. Kenapa?" aku soal dia balik.

"Oh dah baik", jawab Hafiz. Dia 'paused' beberapa saat, dan mula tanya soalan cepumas dia...dia tanya...

"Kalau dia dah baik, apasal kita tak pegi rumah dia ????"...


hohohoho....anak aku pun dah perasan yang sudah lebih seminggu kitorang tak bertenggek kat rumah ahkakbatik...

Nampak sangat yang kitorang memang PELEPAK TEGAR di rumah jiran aku yang tuuu la....hehehehe....

Tapi aku suka tengok friendship budak dua orang ni...sweet sangat...at their age now, diorang masih tak concious dengan konsep berkawan dengan orang yang lain jantina...tunggu la 3-4 tahun lagi, mesti masa tu dah reti segan-segan, malu-malu...

Sekian cerita childhood sweetheart...hehehe...ni kira aku booking la ye....

Saturday, November 21, 2009

Oh My Rock Star....

Serious. Felt like I had went through a very huge, hip and happening rock concert marathon tonight. And in that concert, all the rock stars and all the divas were shining brightly, almost to a point where their pure brightness almost blind you.



And their energy....man....you just couldn't help but to just let yourself swept away with their enormous energy. How they hynotized you. They sang, and you just couldn't help from singing along with them. They shout, and you shouted even louder. They jumped, and you stomped furiosly on your feet, like your feet are burning.


And when the concert ends, you were left with a hollow spot in your heart, like you had parted with something dear that you just want to cling on forever...It's like a profound silence after a terrible, deafening storm, but it's the dead silence that is more deafening, coz it makes you long for more sounds, more songs, more screams...

Encore! Encore!....One more! One more!

Sigh...








Itulah gambaran mainan emosi dan konflik peribadi aku, sewaktu aku tengok konsert Malam Graduasi tadika anak aku...hehehehe.....


Aku didatang dengan sentimen emosi...my son had grown up...my little baby, my firstborn had graduated from kindergarten. It's like, WOW !!!!!!!!! Bombastic, fantastic, magic!!! It's like supercalifragilisticexpialidocious!

Iyolah...itu anak sulung den...musti lah den raso excited terlebey...itu aku belum sunatkan anak aku lagi tuuuuuu....kut2 dia nak kawin esok2 ntah camana la tahap aku emo ekk hehehehe...





oh welcome to motherhood....

Friday, November 20, 2009

Hari Yang Bingung...

Hari ni, aku bangun tido dengan perasaan yang bersemangat lagi bertenaga. Nothing to do with Friday night's extra curricular activities hokkay...Korang ni, cuba la think outside the box sikit....haishhhhh.....


Bersemangatnya aku pada hari ini ialah kerana telah seminggu aku terperap dalam rumah, contact lens takleh pakai, nak jenjalan tak boleh sebab takut orang lari bertempiaran tengok mata jombi aku...maka dari Jemahat minggu lepas aku self quarantine kan diri aku...buhsan giler duk berkurung lam umah...dah lah takleh bertenggek kat umah batik macam minggu2 sebelumnya.....errr patutla rasa kulit I dah putey melepak yewwww....


Anyway, hari ni aku dah start dapat vision 20/20, yahoooo !!! Barulah terang duniaku....Dan hari ini pun aku dah sound awal kat Teddy yg aku nak pi sekolah abang, nak ambil report card. Report card day sepatutnya last Saturday, tapi sebab aku pesakit mata yang prihatin, maka aku cakap kat cikgu sekolah Hafiz yg aku tengah kuarantin sebab sakit mata. Dia pun apalagi, sokong jer la tindakan bijak aku tu....

Report card dia mak aiiiii...ni result dia ekk...jangan tekejut

BM-60
BI -60 (ni sama rata ni, takleh jeles)
Maths - 92
Science - 95
Drawing - 70
Jawi - 80


And I was like.....aiyyok ! Apasal anak aku punya BM n BI teruk sangat ??????? Tapi Maths n Science tinggi lak...hadoiiiiiii...Kata cikgu, kat sekolah dia talkative bukan main, dan dia memang boleh membaca....tapi tang writing dia malas skit...so subjek yg banyak skit kena menulis memang dia curutttt compared to his classmates....arghhhhhh.....tensennya...camana la mak dia bole lepas jadi penulis ??????? owh...ini musti Hafiz ikut genetik Teddy nih hehehehe....AKu punya genetik terer, math/science n languages pun aku conquer (stetmen arrogant tahap gaban)


ANyway, lepas ambil report card aku merayau kat jasko....aku pi beli card reader memandangkan aku masih tak jumpa kedua2 USB cable utk digi-cam dan henpon aku....aku nak beli benda alah itu ajer, tapi merayau punya la lama...berlegar2 ukur setiap inci bangunan jasko...dengan 3 otomen dalam trolley hehehe....


So balik umah, aku dengan perkasanya terus cucuk card reader dan masukkan memory card henpon dlm slot card reader....sekali peristiwa...folder image aku is not accessible...possibly corrupted...uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Then aku pi la amik digi cam....sekali lagi hampagas ku rasakan....aku main beli jer card reader tu tanpa tengok memory card digi cam aku, tengok2 card reader tak ada slot utk memory card compact flash digi cam aku.....so takleh baca memory card digi cam aku....double uwaaaaaaaaaaaaa !!!!!!


Arghhhhh tensen nya....sib baik gak aku pilih card reader yg paling murah iaitu rega RM29.00, dapat diskaun 4 hingget maka aku cuma bayo RM25.00....so idok la aku rasa macam nak terjun bangunan....


(Tapi tensen jugak sebab 25 hingget tu aku boleh beli 2 dozen Big Apple Donuts siap ada belen nak beli air mineral lagi.....arghhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!)



Errrr tapi takleh tensen over2...jap agi aku nak mekap lawo2....malam ni konvo Hafiz....

Oh my son had grown up....dah nak konvo dah....beruntung sapa dapat Hafiz jadi menantu (sambil pandang keliling, jiran2 blog aku ramei anak pompuan hehehehe....)

Thursday, November 19, 2009

Hari Nostalgia

Hari ini Teddy ada meeting kat luar. Maka Tuk Mudim kesayanganku dibawa pergi.

OK...I'm cool with that. Aku masih puasa kan mata ku dari memakai contact lens. Sakit mata dah baik, dah tak merah, tapi eyelids atau kelopak mata aku macam swollen sikit. Maybe water retention, sebab dah berapa hari aku duk titis eyedrops dalam mata.
(Nota:Mata aku jadi extra kuyu la sekarang. Macam mata Garfield wa cakap lu...omputeh kata sexy eyes...bedroom eyes hehehe...)

Jadi hari ini aku banyak termenung situ, termenung sini. Nak tengok TV asik bergadoh dengan bebudak. Itu pun minggu lepas aku dengan bijaksana nya telah gigih tranfomasi bilik bebudak jadi bilik PS2, so kurang lah sedikit adegan perebutan kuasa untuk main Ps2 atau tengok TV. Aku ingatkan settle lah masalah aku. Rupanya tidak....Cik Man berkeras nak tengok DVD citer Otomen, takmo main PS2 (errr lagipun manalah dia reti main games, dia baru 2 tawon la deyy). Kat atas pulak si abang2 nya gigih bertempur jadi Ultraman lawan raksaksa jugak...so aku pun termenung la lagi dengan disulami muzik background pertempuran ultraman menentang reksakse ganas.....


Hafiz bravely faced the ferocios dinasour. My son, my hero....


Up close and personal with the dinasour. Ensem jugak reksakse ni ekk....



Otomen yang menjadi idola anak2 aku....macam2 spesies ada....



And I was thinking.....hadoiiiii...kesiannya anak2 aku....zaman aku dulu, sori naik lori la kalau petang2 nak terperuk dalam rumah. Zaman tu mana ada video games ke PS1/Ps2/Ps3 ke Wii ke X-Box ke....tapi aku happy....petang2 keluar bermain, berlari situ sini dengan kawan-kawan (errr mostly cousins la, sebab sekerat penduduk kampung aku juga adalah sanak saudara aku)

Maka aku terus flashback games aku zaman kanak2 ribena dulu. Memandangkan kampung aku tepi pantai Laut China Selatan, maka naturally, pantai dan laut menjadi playground aku. Mandi laut, main pasir tu entah berapa juta kali aku dah buat. AKtiviti lain ialah main perang2.

Kitorang akan gali lubang, agak2 boleh duduk cukup lah. Lepas tu, kitorang akan tambun pulak bahagian depan lubang tu, buat kubu kononnya. Then, it's time to create our weapons. Kitorang pergi dekat gigi air, ambil tanah lembab di situ, kepal2 dan golekkan pulak dekat pasir pantai yang kering. Buatlah sebanyak mungkin.

Voila! Our own sand bombs. Then we head back to our own forts, and all hell will break loose....pasir masuk dalam mata, dalam mulut, dalam telinga etc etc....Untuk menyucikan badan dari pasir(kununnya lah), kitorang akan terjun dalam laut. Lepas mandi biasanya arwah moyang memang tengah stand by, tegak jer tunggu dengan pelepah kelapa di tangan. She was merciless, and will smack whoever foolish enough to walk near her...hehehe....amik kau, sapa suruh mandi laut tanpa orang tua2 teman ?

Kalau budak2 lelaki yang lebih advanced, diorang buat handmade shotguns. Pakai reja2 kayu, dan dengan menggunakan getah sebagai slingshots atau lastik, dan biji2 buah sebagai peluru...wooo ini kalau kena sakit wooo...mau lebam kulit....so aku jarang masuk game ni....ganeh sangat....

Lain, kitorang main hopscotch, main galah panjang ke polis sentri ke atau apa-apa je lah kat tepi pantai tu...windu la dengan pantai...


Aku nak flashback banyak lagi, tapi Teddy pulak dah balik. So aku serbu Tuk Mudim dalam beg notebook dia, dan aku pun tercongok kat depan notebook layan Internet...Aiyyoh...2 x 5, 5 x 2....

Ah. Welcome to the millennia, brothers and sisters....hehehehe

Tuesday, November 17, 2009

Oh My Own King....

Sejak beberapa minggu lepas, aku perasan akan kehadiran seekor burung cantik berwarna biru yang sering bertenggek di atas pintu pagar rumahku. Burung itu berwarna biru (a gorgeous blue) pada badan dan flight feathers/kepaknya, paruhnya agak besar berwarna oren/coklat, dan badan serta ekor atau tail feathers berwarna coklat dan dadanya putih.

Cantik, sungguh cantik. Serious, memang cantik. Macam aku. hahaha...

Aku cuba snap gambarnya, tetapi tidak pernah berjaya. Adakalanya dia sedar bila aku terlalu dekat, dan kalau aku berdiri dari dalam rumah dan snap, maka gambar itu cuma nampak pokok sahaja. Errr...errr....macam cerita mistik pulak kan....choyyyyy....dah la tengah2 malam ni...

Anyway, anak-anak aku pun selalu nampak burung itu. Cik Man akan terpekik pekik 'bu dong...bu donggg ma'. Ishhhh pelat la pulak ye....Dan kami anak beranak akan stalk atau mengendap burung itu diam diam...hehehe we are great bird stalkers....


Burung itu membuat sarang di dalam lubang di hadapan rumah aku. Tak boleh imejin burung buat sarang dalam tanah ? Haishhhh...Bayangkan ini...Betul-betul di depan rumahku ialah kawasan tanah tinggi lebih kurang 5-6 kaki yang dipenuhi semak samun. Burung tu buat sarang di dalam rentasan tanah di situ la. (Belakang dari kawasan semak samun itu la kawasan perumahan mewah lagi elit...mansion orang kaya-kaya la tuuu...jiran kesayangan aku merangkap bakal besan aku tu duk kat situ la...nanti dia pi US aku la duk kat situ harharhar)


Kata Teddy, itu burung raja udang....ooooo baru ahdek tahu banggg.....nama omputehnya ialah kingfisher bird....I named the little birdie...Mr King....hehehe...itu pasal tajuk entri aku ialah my own King...hail the king!

Tapi...burung itu memang menceriakan hari-hariku...esp jika Teddy bawa Tuk Mudim kesayanganku lalu membiarkan aku kegersangan tanpa belaian manja Internet. Errr aku cakap pasal modem, jangan lak ingat aku ada affair dengan Tuk Mudim. (By the way, cuti sekolah lepas ni Tuk Mudim laku macam hotcakes la kann?)

Oh Mr King...you are drop dead gorgeous...


Gambar ini aku cilok dari internet. Belum dapat snap gambar Mr King...

Diamonds Are Forever....

Hari ini jiran aku salin kain batik Jawa dia yang sudah lusuh tu...Memakai kain batik baru warna hijau yang bercorak wiron (apa aku cakap ntah). Baguslah....

Tapi aku tetap aku...aku tidak akan mudah terpengaruh dan terperangkap dalam konflik envy, irihati dan mainan emosi bahawa the grass is always greener on somebody else's lawn (walaupun memang template baru di ia memang kaler ijo pun!)...Itu semua hanyalah polemik diri bagi mereka yang paranoid lagi rendah self esteem nya....dan aku bukan begitu....




Aku tetap aku. Umpama berlian (cheh dah buat dahhh), aku tidak memerlukan hiasan lain untuk menyerlahkan keanggunan diriku. Biarlah blog ini kekal dengan gaya ringkas bersahaja wlaaupun kadang kadang kegedikan terserlah...Ya, berlian itu istimewa buatku, dan bagiku tiada permata lain yang dapat menyaingi keindahan berlian. Maka atas dasar itu, aku meng-asimilasikan berlian menjadi ikon blog ini. Biarlah blog aku ini kekal menjadi seperti berlian, indahnya terserlah, namun berlian tetap utuh. Dan atas keutuhan berlian, maka hanya berlian yang dapat memotong berlian..(wei, falsafah ni!)



Kerana padaku, apa yang penting ialah isi kandungan, atau content blog itu, dan bukannya hiasan pinggiran yang menjadi bumbu bumbu perencah penyedap rasa walaupun nilai zatnya sifar. Umpama lambakan permata separa berharga yang bertaburan di atas lantai, namun hanya sinar berlian yang menyerlah indahnya. Dan bukan hanya Jauhari yang mengenal manikam, kerana Jauhari juga kenal pada Maniam, Kumala Devi, Pukurandi, Letchumy dan lain lain lagi sanak saudara mereka....


Ya....biarlah aku kekal seperti berlian....






[sebenarnya, aku masih rabun, tak boleh pakai contact lens....sakit mata dah baik, tapi aku puasa kan mata aku....sapa tak sayang mata oiiiii....nanti la, bila aku dah boleh melihat dengan vision 20/20 (atas bantuan contact lens), maka mungkin jua aku turut tekun menggodek template blog lain yang lagi indah menawan gunawan minarwan ! Watch out!!!!]

Monday, November 16, 2009

Epidemik Cinnamon Donuts!!!! oh No...Oh Yess!!!!

hehehe...hari ini aku dilanda dengan wabak cinnamon donuts...so dari tadi aku gigih main tepung, uli2 dough dan guna donut cutter yang aku baru beli tu....masih buat cinnamon donuts...dapat almost 2 tupperware besar...

Aku baru jer dapat tips utk buat donat segera....utk kekalkan shape donat yg gebus, montoks dan jelitas itu, gorengkan sekejap donat2 anda, agak2 putih kekuningan. Lepas dah siap goreng tu, simpan dalam freezer...Voila! Your own instant donuts, minus the preservatives...Tips ni aku dapat dari fotopages sifoo mamafami.fotopages.com


So...lepas ni sapo2 datang umah aku jamu donat jer la...tu pun kalau belum habih anak2 aku belasah...

Really, my boys are the ultimate eating machine....tapi badan tak beso2...macam tuuu jugak...I wonder where did they get such good genes ???? ( sambil pandang sekeliling dan lihat pinggang ku....ramping kennnnn ???? ). Sila muntah, jangan segan segan....


Tak tepek gambar....donat2 aku sedang bertapa dalam fridge...lagipun, korang takkan takleh imejin rupa paras donat ???? Use your imagination la....


Dengan penuh humble lagi rendah hatinya, aku akui yang donat2 aku rupa nya lebih kurang macam Big Apple Donuts jer...rasa pun lebey kureng jer la hehehehe....

Sunday, November 15, 2009

Aktivi Berpaedah Ketika Sakit Mata

hehehe.... sajer je la nak cerita kannn...alkisahnya, aku start dilanda virus mata zombi ini pada hari Jumaat...petang Jumaat, to be precise...pagi nya aku sempat buat donat yang sangat gebuss dan beshhh (siyes, ni bukan aku nak puji diri sendiri walaupun aku sedang puji diri sendiri la ni...err korang paham tak ni?)... anyway...donat tu jadi besh sebab aku buh secret ingredient aku....haishhhhhhhhh....bukan taik mata la....korang ni coba la pikir positip skit....

Aku letak sedikit cinnamon powder atau dalam bahasa Melayu nya...serbuk kulit kayu manis dalam adunan donut...aku jumpa resepi tu kat belakang donut cutter yang aku baru beli....fuyyohhhh....dengan serta merta, donat yg rasa macam biasa telah di transpomasi menjadi ala2 Auntie Anne's cinnamon sticks yang sangat2 aku cintai itu...(err aku cinta cinnamon sticks Auntie Anne, bukan AUntie Anne atau Anne's Craft owner hahahaha)...dan aku campur juga sedikit cinnamon powder ke dalam gula utk golekan donat....fuhh...marvellous I tell you...

Kata omputeh, the proof of the pudding is in the eating....ha...cakap beso tu takde la...tapi bebudak tu belasah semua donat tanpa membazir barang sedikit pun...siap dapat complement lagi dari abang Long...."eee...pandai lah Mama masak ni....abang suka....Mama ni cantik, lawa, jelita gorjessss...." (OK lah...yang belakang2 tu dialog yang aku reka sendiri, tapi sekadar untuk menjelaskan kepada Puan Patin, my boys memang selalu cakap Mama ni cantik...cantik tawww, bukan cumil cam Lisa cakap pasal umi dia... hehehe)


Sori gamba donat takde....aku bila dah siap masak tu takde nya nak pikir nak snap2 gamba ke hapa ke....tafadhal jer la....hehehe....len kali la aku suh donat tu posing maut ekk....



Lagi....setelah aku dah confirm kena virus mata zombi tu, maka aku terpaksa lah buka contact lens aku (ya...aku rabun)...nak tenet tak dapat sebab Teddy bawak Tok Mudim kesayangan aku...maka aku bantai tengok TV la...

Cerita yang aku tengok....semestinya citer2 yang menayangkan watak2 lelaki yang ganteng lagi seksi dowhhh....somehow, mata zombi aku bagaikan segar kembali bila dapat tengok wajah2 ensem di TV...hehehe (puhhhhh, mintak2 la Teddy tak jumpa blog aku nehhhh....but if you do, you know I love you babe!)

Aku tengok Mission Impossible....fuhhh....Tom Cruise memang drop dead gorgeous...paling ku tak tahan....even masa dia tengah berkungfu lawan orang jahat pun dia tetap maintain kehenseman beliau....contohnya masa dia kena tumbuk ke kena tendang ke, pengarah mesti akan slow motion the frames, which will highlight TC's beautiful long hair.... my god...that man is totally beautiful la...

Pastu aku tengok citer 27 Dresses...mula2 buhsan giler layan citer tu...pastu bila masuk hero dia James Marsden....wahlau....mata aku yang sakit tiba2 jer segar buntang....hehehe kalo korang tak kenal James Marsden....dia ni la yg berlakon jadik Cyclops lam citer X-Men...ala yg pakai spek itam manjang tuuuu....

This is James Marsden....wow !!!!

saja jer aku pilih gamba ni...mak tirguda nyahhhh.....






Nota : Timo kacih la pada Inchek Tom Cruise dan Inchek James Marsden yang telah sanggup menemani aku dan menceriakan mata jombi ku ini....hehehe...ni aku menulis blog yang kedua pada hari ini, masih tanpa memakai contact lens...tapi takde la sampai langgar tiang kan...kalau langgar James Marsden OK gak hehehe...


Alamak Inchek Teddy sudah panggil la....nak suh aku letak obat mata la dalam mata dia....korang hengat apa ???? haishhhhhh.....

For Your Eyes Only...

For your eyes only...
You can see me through the night...

sekonyong-konyong lagu tema citer James Bond/For Your Eyes Only lakonan Roger Moore (the best Mr Bond, ever!) yang terlintas dalam kepala aku ketika nak tulis tajuk entri aku kali ini...kenapa ek ????


...dari kerana mata yang mempunyai kuasa...
owhhh daku tirgoda daku tirgoda terpedaya...
dari kerana mata......


pulak dahhhh...aku dah merapu nyanyi lagu R Azmi pulak.....kenapa ni ???? Kenapa yang aku obses dengan mata ??????

sebab AKU TENGAH SAKIT MATA !!!!!
Ya....sejak hari Rabu lepas, rumah aku dilanda epidemik sakit mata yang diimport dari jiran kesayangan aku tu la...mula-mula, Hafiz yang kena...bangun pagi, matanya merah...pastu jangkit kat Cik Man....pastu kat Hakim....Hari Jemahat tiba lah giliran aku, dan last sekali, Inchek Teddy pun turut berjangkit penyakit ini....lalu kami telah transpomasi menjadi zombi mata merah yang suka makan otak manusia...

Erk ???? Sori....itu ledakan imajinasi aku tu......maklum lah, dah berapa hari aku tak pegang notebook...rakus la skit hehehe....

Tapi kan....sakit woooo sakit mata ni....baru lah aku tahu....al maklum lah....aku tak pernah kena sakit mata ni...sepanjang 25 tahun usia aku (wahahahaha!), tak pernah kena sakit mata ni...even masa kecik-kecik dulu pun tak pernah kena sakit mata....aku ingatkan tak sakit....sebab tengok bebudak tu rilek jer siap buleh main PS2 berjam-jam dengan mata jombi tu...tapi bila turn aku yg kena....Ya Rabbi.....

Mataku rasa macam berpasir....my eyeballs felt swollen, itchy and sore...paling teruk bila aku tunduk...rasa macam eyeballs aku nak tercabut dari soket mata.....sekonyong-konyong aku teringat cerita the Pirate of Carribean...one of the pirates character...yang krew lanun Kapten Barbossa tu....Ragetti ke hapa namanya...ala....yang pakai mata pelesu tu...dan bijimata dia selalu tercabut tuuuu....hahahaha....sempat jugak aku gelak masa tengah2 sakit berdenyut2 tu....

Aku siap demam2...aku pulak bila domam musti manja terlebey....exxagerrate jer tuuuu...tapi kali ni aku takleh manja2 ngan Teddy...sebab dia pun sakit mato....huhuhu.....sedey...sedey sedey....so sad....


OK...mata dah pedih balik tengok skrin notebook lama2....I go n rest my eyes...my eyes...my eyes...........

pesanan dari penaja : sayangilah mata anda.....


errr ari ni aku tak tepek gambo...aku gigih berblogging ni walopun dengan mata yang masih pedih dan tanpa pakai contact lens...nak tengok gamba pi kedai gamba hehehe.....

Thursday, November 12, 2009

Hujan Turun Lagi

...tik tik tik...
titis titis hujan gugur ke bumi...
menyirami kegersangan tanah
membawa kesegaran dan kedinginan
lalu membelai pepohonan yang kehausan
lalu seluruh flora dan fauna
bergembira menarikan dansa kesyukuran

...tik tik tik...
titis titis hujan bagaikan irama indah
mendamaikan pada hati yang gundah
menenangkan pada jiwa yang resah
mendinginkan pada jasad yang panas

tik tik tik...
hujan turun lagi...
titis titis hening membangkitkan satu nurani
titis titis tenang menyedarkan aku bahawa
hadoiii ujan-ujan gini perut aku lapo laa !!!!

p/s :
tik tik tik....
aku tingat kat ahkak batik.....hahahaha

sekian perjiwangan aku pada suatu petang yang dilanda kehujanan....


errr ini bukan gambo aku...kuasa aku nak amik gambo masa tengah ujan...makan lagi beshhhh...hehehehe lapo la....

Wednesday, November 11, 2009

UP! UP! ....and away!!!!!

No. I'm not quoting Superman's immortal dialogue. I have nothing againts Superman, except for his weird sense in fashion (I mean, HELLO!!!! That guy wears RED underwear outside his ultra tight baby-blue spandex pants, and my hyper-active imagination runs wild hehehe)...



see what I mean ????? kannnnn ????








errr ini gambar superman junior merangkap otomen sulung aku...sian kan, superman kena trapped...hehehe...gambo lama ni....see, aku boleh hapa letak gambo tanpa cilok dari page orang lain....saja jer aku malas (ni aku menjawab sindiran batik la ni)




Anyway, it's been 3 days without internet bcoz Teddy had to bring the broadband modem...In a nutshell, it's like 3 days of hell and boredom....that is why I am writing this entry in English...u know la when I meroyan, I always meroyan in English heh heh....

Anyway, I know you guys must really missed me and my sweet charms heh heh...itu pasal la korang asik asik jengah2 blog ni hehehe (sila la muntah, jangan segan segan ye Tuan Tuan dan Puan Puan sekalian). 3 hari tanpa internet tu aku isi dengan tengok movies (kecuali pada hari Selasa yang indah bila aku pegi jalan-jalan cari makan kat umah batik, tapi petang tu jugak abe gapor dia decided utk balik Mesia lalu menghancur luluhkan jiwa raga ku, merobek-robek perasaanku...uwaaaaa pas ni susah la ahkak nak bertenggek kat umah batik....psst batik, aku pun windu la kat cikmat...aku rasa cikmat pun musti windu kat aku gak.....bwarhahaha, ni aku saja saiko sama batik u know...)

Anyway, (eh masuk ni udah 3 kali aku cakap anyway...saja je, biasa kan budak2 urban suka sebut anyway...sebut tu biar dengan itonasi yang betul tau, teleng kepala sikit, baru la urban beb...heh heh) aku nak cerita pasal movie UP yang aku tengok ketika ketiadaan Tok Mudim errr broadband modem la...best sangat movie ni...aku memang niat nak tengok di cinema, tapi apakan daya...dia on air ketika Ramadhan...jadi terpaksa lah aku tengok kat rumah aje....



ini gambo cover movie UP...















Nah. Ini sinopsis cerita. Gambar ni aku cilok dari Pixar punya website....


Review : Best gilerrrrrrrrrrrrrrr wa cakap lu....ada komedi, dan ada jugak touching2 moments...Really, I felt like laughing and crying at the same time....errr I'm not crazy OK...it's just that the story really moves me...(OK I confess, I'm a hopeless romantic....so tengok citer gini pun aku leh rasa syahdu jer....)


OK dapatkan DVD UP....yang ORI tau...sesuai untuk tontonan seisi kelorga bahgia.....


Alamak dah dekat pukul 12 tengahmalam...gigih aku menulis ni untuk tidak menghampakan harapan ramai peminat tegar aku di arena blogging ini (hehehe sekali lagi, sila la muntah). Diharap catatan ini dapatlah sedikit sebanyak mengubati kerinduan korang pada aku...hehehe...


errr lupa nak cakap....salam 1Malaysia bebehssss!!!!!!

p/s: aku tak tahu untung nasibku besok...jika Tok Mudim ada bersamaku atau bersama Teddy....owhhhhh syahdunya....ai lap yu, tok mudimmmm.....



Inilah wajah Tok Mudim pojaan hatiku....ensem kan dia....heh heh...
saja jer aku tepek...mood menepek gambo sudah tiba (sambil jeling batik hohoho)

Saturday, November 7, 2009

Rain....rain....

It's November, and it's raining...my dirty laundries are piling high, the boys are acting up more than usual, and I found myself in a melancholic mood....and somehow, it reminded me of the song November Rain by THE Guns n Roses. So I asked Mr Google to find me the video and the lyrics...


November Rain/Guns n Roses

When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same
'Cause nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain
We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain
But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's lettin' go today
Walking away
If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin' that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin'
In the cold November rain

Do you need some time...on your own
Do you need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone
I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you

Sometimes I need some time...on my
own Sometimes I need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone

And when your fears subside
And shadows still remain, ohhh yeahhh
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain


Don't ya think that you need somebody
Don't ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one
You're not the only one



The song took me to my early adulthood, my early 20s, to be precise...Ah, memories. Bittersweet memories. The falling in love (I love you till the end of time, till eternity bla bla bla) , the dramas, the confrontations, the falling out of love (I hate you ! You chauvinist womanizing *TUT*!, and I hope that you will have a miserable life! bla bla bla)...and then more yellings and cursings...


And after that, there was the healing time. Sigh. I got a big headache just by walking down my own memory lane.


But I hope that you will enjoy this...I had always loooveddd the original video clip...
Very very dramatic, very very BIGGER THAN LIFE (do I have to write that in big caps?? hehehe), very very classy, and very very ROCKIN'!!!!! Rock kapak, wa cakap lu beb!!!!


Thursday, November 5, 2009

Design Baru, lagi cun dan menggoda serta menikam estetika sukma!


Oleh kerana semalam aku tiada akses internet, maka hari ini barulah aku dapat check e-mail. Ada surat, ada surat ada surat!!!! (nyanyi macam lam Blue's Clues) dari publisher...ahemmm...

Publisher hantar design front cover yang baru, dan personally aku pun lebih suka design baru...hehehe...kata publishing manager aku, depa 'beli' gambar Ryan tu...hensem kan, brown hair, green eyes, exactly like how I described Ryan...more over, he also got a Gaelic look, iaitu rupa paras keturunan Scottish/Irish...

Gambar Raihana pula memang cun, macam aku la! She's also a real person, kenalan boss besar publisher...hebat, hebat...Thank you publisher/editors for being so understanding...

Tadi pun Mitha/my publishing manager call, saspen dia sebab aku tak reply/approve design terkini tu sebab hari ini diorang dah nak sent the front cover design for print...hehehe...so I had to explain to her that yesterday I have no internet access...poyo punya writer...

Anyway, kata Mitha, text/content novel memang sudah dihantar untuk printing, cuma front cover aje lambat sikit sebab mereka pun buat survey untuk pilih design terbaik...so lepas aku dah approve tu mereka akan hantar the selected front cover design for press, dan by end November the latest, Cinta Ryan-Raihana akan keluar di pasaran....

Tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!!

Review I-Phong

Semalam Teddy bawa modem lagi...maka terkontang kantinglah aku di rumah, mati kutu tak tahu nak buat apa. Nasib baik ada I-Phong, maka sepanjang hari semalam aku menggodek I-Phong, merapatkan silaturrahim dengan encik I-Phong...

Review aku : huh, dasat jugak I-Phong ni, almost mirror to mirror klon dengan I-Phone yang ori. Eksterior nya, memang tak boleh bezakan dengan I-Phone, nampak sama. Then the features, graphics, interfaces etc etc memang dia tiru bulat-bulat (aku paling suka touch screen dia, al maklumlah, jari jemariku yang halus dan runcing, nampak cun je bila aku seret2 icon dia hehehe, sila muntah ye tuan tuan dan puan puan!)

Sound dia superb! Aku rasa Sony Ericsson pun boleh kalah dengan sound encik I-Phong. Aku kan mudos jelitos, so aku suka dengo gak lagu2 dance, rock, R&B etc. I tell you, the bass is superb. Very sharp, clean and clear sound. Skang ni ringtone aku set pada lagu Nirvana...hail Kurt Kobain !!!



Cuma kamera dia je la yang hancur. In fact hari tu masa Teddy first time bawa balik I-Phong, aku perasan kelainannya sebab bila aku try nak snap picture, dan kamera dia Ya Rabbi!!!! blurry gila. Lens kamera berbintik2, entah berapa megapixel punya kamera. That's how I know...

Tapi tak kisahlah nyahhhh...barang free kannnnn....Bukannya kitorang beli pun...hehehe

Yang penting ada rupa I-Phone, cukuplah!

Tuesday, November 3, 2009

I got an I-Phone!!!!! Fuyyohhh!!!!!


Ini Apple I-Phone...aku udah lama mengidam kat I-Phone...tapi sekadar pandang sambil telan airliur je la kann...oleh kerna harga satu I-Phone tu aku boleh buat golang omeh dabel line, maka aku istighfar banyak2, zikir lawan nafsu....hehehe...



Anyway, semalam my husband Teddy bawak balik I-Phone...dan dengan murah hatinya dia kasi kat aku I-Phone itu!!!! Hoh! Biar betul! I mean, biar betul-betul !!!!

Sekilas aku terpikir eh, laki aku ni nak join Kelab Poligami yang merupakan serpihan kumpulan Al-Arqam ke ? Banyak jugak benda yang terlintas dalam minda ku ketika itu...Kira masa tu sel2 otak aku lagi laju bertindak dari sel otak jiran aku yang sudah boleh solve rubic cube puzzle tu la...elehhh...setakat solve rubic puzzle sambil tengok solution dalam Internet apalah sangat kannnn (stetmen dengki+jeles+envy)

Eh back to topic OK....fokus....fokusss...apa motif dia begitu murah hati ? Memang dia ada janji nak kasi aku I-Phone la notebook baru la (MAC! ohmygod, dia nak kasi MAC!) tapi aku tidaklah terlalu menaruh harapan...katanya, dia support aku menulis (finally !) dan a writer should use I-Phone, and MAC notebook, apa barang pakai Acer ni, katanya...kata dia lah...bukan kata aku tawww...dalam hati aku sempat jugak menjawab, hello!!! sib baik la ada Acer cabuk ni, boleh aku berkarya (sebenarnya aku lebih banyak habiskan masa masuk forum sambil bergado sini sana hehhehe)...


Lalu aku pun belek2 la I-Phone itu...dia tersengih-sengih. Lagi aku saspen...aku kontrol muka cool sambil godek-godek I-Phone dalam tangan...something is off somewhere...macam ada yang tak kena je...dan I-Phone idaman yang dalam genggaman tangan aku tu macam tiada 'chemistry' dengan aku...macam tak ada feeling siok ke nafsu berahi ke..."Kenapa lain macam je I-Phone ni ekk ?" aku tanya sambil tenung dia...


Sambil tersengih, Teddy cakap..."OK lah....I confess...ini China made I-Phone...heh heh!" chaissssssss......... I knew it! I knew it! @#$%^&*(&**

Kata Teddy, boss dia pegi China dan beli I-Phone versi made in China tu dan kasi pada dia...Dia pulak tunjuk kat aku sebab dia kata aku memang pro pasal detect barang fake nih...dan since aku buleh detect kepelesuan I-Phone itu, maka dia kasi kat aku je la sebagai reward...hoh!

Tapi tak apa lah...konsep aku senang je...tak baik tolak rezeki...aku terima jer la I-Phong (iye lah, bukan I-phone, tapi I-phong la sebab cina mari ma)...kalau aku tak cakap lam blog ni mahu terjojol mata Batik ngan Patin nengok aku pakai I-Phone wahahahahahaha!


Ini bukan gambar I-Phong aku...takkan lah tangan aku kasar gegarrr macam tu!

Monday, November 2, 2009

Haloween oh Haloween...antu!!!!!








Trick or treats, anyone ???

Heh heh....masa kat UK dulu time Haloween ni aku selalu menyorok dalam rumah diam2...budak2 datang untuk ber- trick or treats, dan sebagaimana adatnya, tuan rumah kena la kasi coklat/candy kat diorang....cheh, dari aku kasi kat bebudak baik la aku makan sendiri coklat tu kannnn hohoho....kudukut punya orang!

Anyway, it's the end of October, Halloween time and the TVs are all playing horror movies...

Aku layan je...best siott...ada citer 13th Floor, The Covenant, 30 Days of Night (yg ni ganas giler), The Exorcism of Emily Rose and pastu ada series True Blood yg aku tak sempat tengok sumer siri nya....huh...minggu yg penuh violent, full of blood and gory murders...rate 18PG la...majoriti hantu adalah dari spesies vampire, ada werewolf seekor dua dan juga Poltergeist...



Bagi aku, cerita hantu yang paling seram ialah The Ring yang asalnya ialah cerita hantu Korea, tajuk dia Ringu. Mula-mula macam boring je jalan cerita dia...tapi yang last scene tu membuatkan aku takleh tido malam...dah lah masa tengok tu aku tengok sorang2...


Adegan yang aku takleh lupa ialah adegan ni...

Hantu tu keluar dari TV dan merangkak pergi bunuh sesiapa yang tengok video misteri tu....
Masa first time tengok, aku confuse, hantu tu keluar dari TV yang dalam TV tu ke atau hantu tu keluar dari TV kat rumah aku ??? Dah lah masa tu aku tengok seorang diri..hahaha...



Tapi aku memang suka tengok cerita hantu...dan bila tengok cerita hantu aku mesti akan menjerit kuat-kuat...adik aku selalu marah, sebab dia lagi terkejut dengar aku menjerit dari apokobondo antu yang keluar dalam TV tu...hehehe...apa barang tengok cerita hantu tapi menelan jeritan macam tengok drama TV Pendidikan kannnn ??? hehehe...lepaskan jeritan itu sayang....don't hold back...



Aku pun suka cerita Sleepy Hollow. Dalam filem ni, abe Joni Depp aku jadi ala2 nerd dengan wataknya sebagai Ichabod Crane...








Walaupun nerd, tapi dia tetap gorjessss....cerita ni pun seram, esp. bila the Headless Horseman itu muncul untuk memenggal kepala mangsanya...tengok muka Headless Horseman tu pun ngeri semacam jerrrrr...err tak payah tepek gambo Headless Horseman lah, kang terkujat mak buyong sorang tuu...hehehe






Tapi...cerita hantu yang paling best ialah An Interview With The Vampire...motif cerita ini yang aku angkat sebagai the best horror movie, ever ????
Sebab...vampire dalam cerita tu semuanya gorjessss....kenapa, tak percaya ? Ni buktinya....



Tom Cruise and Brad Pitt are two good looking vampires, kan, kan, kan ???





macam siok jer Tom geget Brad...hehehe





Tom, geget la I...I rela, you!!!! auwww!





hensemnya vampire ini...









Erk!!! Gulp! Habih la blog aku kena cop sebagai blog gay lagi la lepas ni.......


Helloooooooo !!!! Ahkak sekadar menikmati keindahan ciptaan Ilahi, OK ???

I'm straight....tulen bangggg....

Ide!!! Mana Ide!!!!

Idea. Kalau dulu ikut sebutan baku, idea=ide (e-dey)...

Idea atau Ilham...

Hari ini aku ketiadaan ilham untuk menulis dan melakarkan garapan di dalam blog mahakarya ini. Maka aku akan berbahasa tinggi supaya pembaca blog sekalian akan merasa teruja dengan ketinggian bahasa yang aku miliki lalu lupa bahawa sebenarnya aku cuma sekadar berpusing-pusing di dalam satu bulatan, tanpa satu perhentian mutlak.

Ah. Ilham. Ke mana kau menghilang,wahai ilham ? Sedetik bayangmu muncul, lalu aku berkejaran ke arahmu, cuba menggapai dirimu, tapi aku hampa...yang ada cuma lah refleksi, sekadar arca di dalam cermin mimpi. Bayangan tanpa jasad. Lalu aku tersedu, menangis pilu. (seperti tangisan jiranku yang lakinya sudah berada di bumi Indon. kesian dia...)

Oh Ilham. Datanglah padaku,wahai ilham. Sesungguhnya dikau amat berharga. Ya, bak kata iklan L'oreal, kerana dirimu begitu berharga. Umpama berlian (teka siapa yg suka pakai nama berlian. Kilauan berlian itu amat indah, seindah pemakai nama berlian itu sendiri. (sila muntah di sini)

Oh terima kasih wahai ilham. Terima kasih kerana hadir lalu memberi peluang kepadaku untuk menukilkan karya ini seterusnya aku bisa hapdet blog aku untuk pembaca blog tegar aku yang sering kelik ke blog ini kerana rindu untuk membaca hasil mahakarya ku ini. hahahaha korang nak muntah lagi ke ????