Wednesday, December 30, 2009

Cinta Mona Gersang

hehehe...adakah ini tajuk nobella terbaru aku ? Cam besh jer kan...cerita kisah wanita bernama Mona yang kegersangan, macam aku...

Ya...Ini pendedahan berani aku...Tanpa malu, aku ingin berkongsi derita hati ni dengan seantero pembaca di dunia blogger ini.

Aku sedang gersang sekarang ni. Rasa resah gelisah, gundah randah, bagai arwah arowana aku yang kelemasan di dalam air. Keinginan yang membuak buak pada ONE THING, and ONE THING ONLY, namun aku masih belum dapat melampiaskan serakahku pada keinginanku tersebut.

Sudah seminggu aku menahan keinginan ini. Terasa bagaikan dipanggang hidup-hidup. Siang malam aku asyik teringat, rindu dendam tidak tertahan. Memendam keinginan yang satu,menanti saatnya untuk aku melepaskan serakahku ini. Namun aku masih hampa.

Sia Dia, Teddy suamiku, bagaikan tidak memahami kehendak napsu ku ini. Sudah berbagai isyarat aku lontarkan padanya. Sudah pelbagai posisi aku peragakan padanya, namun dia seakan buta, seakan tertutup minda nya untuk memahami hasratku. Bagaikan ada hijab antara kami. Dan aku bagaikan si gila yang menjerit sekuat hatiku, namun dia tidak mendengarnya. Atau mungkinkan dia sengaja ingin menyiksa batinku ????

Kau kejam Teddy, kejam !!!!!!

Maka hari ini aku mengambil keputusan drastik.

I DO IT MYSELF.

I WILL SATISFY MYSELF.

Maka di rumah Batik, aku tanpa segan silu terus melampiaskan hawa nafsu yang sudah seminggu tertahan.

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

What a feeling. I hit euphoria. Bagai di awang-awangan saat napsu sudah ditunaikan.

Seminggu tak dapat bertenet dan update blog sebab modem aku mampuih dipanah petir, hari ini akhirnya dapat jugak aku tunaikan hajatku untuk bertenet dan update blog aku.

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Bestnya.....

Sekian, kisah benar aku yang kegersangan internet akibat modem yang rosak....errr korang ingta aku cakap pasal apa ? Choiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............

Monday, December 21, 2009

Cissss!!!!

Ini adalah kesinambungan dari episod takdak mood aku 2-3 hari lepas. Selain dari tengok TV (selepas sesi rampasan kuasa dan pengishtiharan bahawa akulah pemerintah unggul (skrip : I AM YOUR MOTHER, I HAVE THE RIGHTS TO WATCH TV TOO, NOW GO UPSTAIRS AND PLAY YOUR PS2!!! - note: caps lock letters, untuk menunjukkan betapa seriusnya dialog aku).

But of course I didn't win every war. The thing about the battle is, you need to form a strategic plan, you must chose which battle that you must win, and which battle that you must PURPOSELY lose, in order to gain victory on a much greater battle. Geez...I sound exactly like Sun Tsu...sigh.

Anyway, setelah PURPOSELY 'kalah' dalam peperangan perebutan remote control TV, aku rasa lagi buhsan. Tahap kronik punya buhsan. Nak blogging pun tarak mood. Nak tengok TV takleh, sebab diktator sebenar (Incek Teddy) pegang kuasa veto, so depa anak beranak pulak pakat rampas kuasa dan tengok TV. Apa nak buat apa nak buat ????

Nak tidur, masa tu dah lepas Asar. Kata orang, tak boleh tidur lepas waktu Asar, cukup 40 hari (or something like that), nanti ko jadi mental. Ieeeeee...takuttt. So aku surf lam tenet, surf food n recipes sites. And voila! I scored!

Aku jumpa resepi bersama gambo yang bertajuk cream cheese bars. Wahlau, I loike! Cream cheese, butter, gula halus sumer ada. Pastry puff yang jiran aku yang sangat baik hati kasi pun ada lagi 4 keping (yg belen tu aku dah buat sosej pastry hari sebelumnya). Hoh. Ngam sangat la tuh.

So apalagi, aku pun segera la feeling2 like Nigella (complete with boobs hahaha), dan jalankan operasi.

Dan taadaaa!!! Here's the result.

Aku tahan napas waktu ambil gambar ini, pastu dengan rakusnya aku mms kat ahkakbatik. sajerrr...kasi dia jelesss hahaha I am evil!

Sodap!!!!!! Dan paling penting, senang banget sich!!!! Nak resepi ? Nah kelik di sini.

Nota : Itu gamba cream cheese bar aku yg asli tawww, bukan hijack dari orang len. Tengok tuuu, tu alas meja umah ai tuuu !!!

Sunday, December 20, 2009

BUHSAN ATTACK : Hari-Hari Yang Malassss

Tah kenapa, 3-4 hari ni aku dilanda dengan sindrom yang lebih dahsyat dari sindrom cili BUH dan Sarjan HaSAN (buhsan daa, tiru ayat ahkakbatik, nanti aku bayo la royalti ekk).....


Serius. betul2 tarak mood.

So aku habiskan masa emas aku dengan tengok TV. Macam-macam cerita aku tengok. Stardust ( I'm lovin it! Robert de Niro ohmygod Robert de Niro jadi 'lanun' yg baik!) . Horton (2 kali siot!). Pastu aku tengok dokumentari Final Battle:Satan vs God (tapi tak abis, sebab mood buhsan mai attack jugak). Emma. Ah yes! aku tengok Emma. Finally!

Cakap pasal Emma, aku pernah baca buku dia, tapi tak abis, sekerat jalan jer...(ni pendedahan berani maut ni). AYoyo...malu gaks nak ngaku yang aku tak abih baca pun buku Jane Austen. I mean, HELLO!!!!!! Jane Austen is sooooo famed in English high literature world, and I didn't even finish her books! What a shame.

Alasan kaver line aku: well, aku bukan budak TESL walopun aku pernah dikelilingi oleh bidadari TESL wahahaha, baek punya excuse! Seriously, masa kat UK aku pernah beli paperbacks Emma kats second hand bookshop, tapi tah ke mana hilangnya.

Then, masa kat Sydney pun sama, aku beli jugak paperback Emma, tapi aku tinggal jer kat serviced apartment tempat aku duduk tu, pun cuma sempat baca 20-30 pages max, tapi Bram Stoker's Dracula aku leh baca sampai abis, siap tapau bawak balik Mesia lagi. Padahal, masa baca Dracula tu aku dah seram sejuk...duk terbayang2 jer abe Drac ada kat sebelah. Sib baik la Bram Stoker buat citer Dracula tu dengan latar belakang di Romania, kalau dia cakap kat Sydney aku musti dah awal2 tempah tiket balik Mesia, ngeri wooo...dah la duk kat apartment sensorang...

But I really like the movie Emma. Jalan cerita dia tak berubah, walaupun dah di adaptasi jadi filem. Pastu aku pun feeling2 nostalgia la zaman kegemilangan aku waktu di UK dulu...huhuhu...itu saja yang aku lakukan....tak macam jiran blog aku tuuuuu...feeling-feeling like a virgin kununnnnnnnnnnnnnn....choiiiiiiii....

alamak, angin buhsan dah mai balik...so tatatititutu!!!!!

Sunday, December 13, 2009

Hairstyles

Untuk entri kali ini, aku nak bercakap mengenai rambut. Ya, rambut. Ala...yang atas kepala kita tuuu....Sebenarnya, dari last week aku nak bukak topik ni, tapi kena sidetracked dengan isu-isu lain yang lebih memerlukan prioroti dan perhatian (ceh, sejibik macam YB berkata-kata), maka aku postpone sahaja topik ini.


Now back to topic...

Rambut itu mahkota wanita, kata pepatah.

Hoh...nasib baik mahkota wanita, bukan lelaki.

Tengok ni.

(Pssst tenkiu ahkak batik,pandai ahkak batik snap gambo...nampak golang omeh ai yeeww!)

Inilah rupabentuk topografi kepala CikMan selepas dia dikeronyok oleh kedua orang abang-abangnya untuk satu sessi hairstyling. Terkejut ? Hoh. Aku lagi tekezut. Pada masa dan ketika itu, aku sedang khusyuk menjalankan tugas rutin selaku surirumah yang berkaliber lagi inteligent. Rutin la...memasak 5 course dinner sambil gosok baju sambil mop lantai sambil cangkul tanah. Betul bang, sumpah!


OK you got me....hehehe

Sebenarnya, ketika kejadian, akus sedang tekun mengadap laptop, bertenet. Bebudak di living room, tengok TV. Teddy tiada di tempat kejadian, belum balik kerja. Masa aku tengah syok berforum, tiba-tiba CikMan masuk ke dalam bilik. Ketika itu, aku nampak muka CikMan ni lain macam jerrr...aku ingatkan dia main air, sebab rambut dia nampak macam 'flat' atau lepeh.


So aku mulakan bebelan tahap 2 sambil dukung dia (eyyy, I ni penyayang tawww). Ketika itulah aku perasan....rambut CikMan bukan lepeh, tapi sebenarnya sudah dicantas dengan fesyen ala2 butch cut! (Butch cut ni potongan rambut ultra pendek, very close to the scalp...macam asko). Nak tahu lebih pasal butch cut klik sini.


Paling tak tahan hatiku...udahlah ala2 crew cut gitu, tapi cantasannya tak rata! Nampak berbelak2. Naik juling mataku tengok panorama kepala CikMan. Berpinar-pinar. Apalagi, bebelan aku terus naik ke tahap 5, kaler jingga dah! Abang2 yang lagi 2 orang tu saling tuduh menuduh. Sessi mahkamah bermula!


Setelah mendengar hujah hujah pembelaan daripada kedua-dua belah pihak, aku tanya saksi utama merangkap mangsa kejadian. Soalan aku mudah saja.

Tuan Hakim(aku la) : Sapa gunting rambut Man?

Saksi Utama/Mangsa : Abang (lalu finger pointing pada kedua2 abang)

Hoh. Setelah aku panggil pakar CSI (aku jugak) yang meneliti keadaan topografi kepala CikMan, aku mencapai konklusi bahawa perbuatan dan aktiviti hairstyling itu dilakukan oleh Hafiz, dan Hakim pula jadi tukang pegang CikMan.

So aku pun kasi amaran keras dekat kedua-dua tertuduh. Kedua-duanya mengangguk penuh keinsafan. Tapi sukarnya aku untuk buat2 serius sebab asal aku toleh tengok CikMan aje aku rasa nak gelak...

OK la...to their credits, aku rasa anak2 aku ada talent untuk jadi hairstylist jugak....so sapa lagi nak volunteer potong rambut kat saloon I ????

Friday, December 11, 2009

Fantasia Bulan Madu, Wet Dream Dan Tragedi Part II

OK...(drumroll please) as promised, inilah sequel kepada entry aku yang tajuknya menonjolkan ciri-ciri ghairah yang membuatkan Puan Sri Bananas klik pada blog aku dengan penuh rakus, namun hampa kerna tajuk saja 18SX sedangkan isinya cumalah sekadar label U sajork....heh heh....

Meh kita re-cap balik apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 48 jam nan lalu...

Hari Rabu pagi,
aku pergi ke PD,
ikut Teddy, my laki....
Masa di PD,
ketika mandi,

aku teringat perihal mimpi
mandi laut di selat melaka dalam mimpi
dan rupanya mimpi jadi realiti,
mula la aku perasan ada kuasa sakti!

(perghh, it rhymes! oh I'm so talented! bhahaha sila muntah di sini).


Anyway, aku balik ke rumah disambut tragedi...(sila bayangkan background lagu sedeh dengan iringan gesekan biola).....uhuuukkkkk....

Tragedi ikan arowana Teddy mati!


Arwah Arowana dalam kenangan...Kau pergi jua akhirnya....


Kalau korang nak tahu, aku yang meroyan lebey dari Teddy dengan kematian arowana ini. Dia sedey jugak, tapi aku laaagiiiiiii sejota kali lebeih sedey. Masa kitorang sampai kat umah, arowana tu tengah nazak...errr nyawa-nyawa ikan....Siap aku cakap kat arowana tu..."Please don't die...please, please please!!!!". Kalau la boleh buat CPR aku dah buat dah kat arowana tuuuu...


Teddy pelik bercampur terharu dengan kesedihan aku. Maka dia janji nak beli arowana baru...

Uuuwaaaaaaaaa !!!! Lagi kuat aku nangih teriak...dia tak tahu yang aku sebenonya sedih mengenangkan harga arowana Red Tail Golden itu yang sebanyak RM850.00 seekor, namun hampesh burn begitu sahaja dengan kematian arowana itu....Dah la cakap2 pujuk nak beli lagi seekor arowana nak ganti yang telah pergi ini...

Perasaanku...sayu, pilu sedih pedih luka terhiris ditusuk sembilu berbisa...ohh...dalam melayani kesedihan itu aku sempat calculate dalam kepala...arowana yang dah jadi arwah tu harganya RM850, kalau dia beli seekor lagi dengan harga yang sama....ohhh dah dekat 2 ribu hingget!!!!


Kalau kasi kat aku wit tu, sahih aku dah bawak buat investment kat kedai ahkak Zabedah tokeh emas nunnnn di Terengganu...dapat golang omeh 3 line, buat eksen kat ahkak Batik yang pakai golang omeh dabel line itu!!!!!

maka biarkan aku menangis....





Udang2 galah dalam akuarium itu pun turut menangis, kesian kat aku yang tak dapat golang triple line agaknya....

Penghargaan : Timokacih ahkakbatik!

Thursday, December 10, 2009

Fantasia Bulan Madu, Wet Dream Dan Tragedi...

Demi cintaku padamu
Ke mana pun kan ku bawa
Ke hujung dunia ke bintang kejora

Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Punah asmara


hohoho...itu lagu Fantasia Bulan Madu by Search. Lagu tu sangat popular zaman aku sekolah dulu. Saja je aku tepek lagu tu, mengenangkan jiran aku tu sedang mengecapi saat indah bulan madu dengan suami tersayang....heh heh...jangan runtuh katil sudahlah yerrrr....


Aku baru balik dari PD. Bukan bulan madu, tapi ikut montot laki. Iyelah, aku ni kan ala2 istri mithali walaupun kengkadang aku boleh transformasi jadi istri DEGIL-li (err puas aku try cari perkataan yg seirama dengan mithali, tapi sebab aku tengah blank, maka that's the best I can come out with. Deal with it, OK!).

Kisahnya, pada suatu pagi Rabu yang berseri, sedang aku sibuk mengacau mi goreng spesel dalam kuali, tiba-tiba Teddy buat kejutan yang ngeri, katanya hari ni nak ke PD, cepat kemas kain baju suruh anak2 mandi! (errr perasan tak aku akhiri setiap ayat aku dengan huruf 'i', supaya berirama? tepuk la sikit atas kegegehan aku OK)


Hoh...apalagi, mencecet2 la aku kemas kain baju, basuh piyuk pinggan mangkuk. Mana nak mandikan budak, nak kemas baju yang sesuai bla bla bla. But I did it. All in less than 1 hour's time. Pandai nyerrrrr!!!!!

So lepas breakfast kitorang berangkat. First stop was Seremban, then we moved to Tampin, then Rembau. Final destination baru la PD. Sumernya tu atas urusan Teddy la. Aku tunggu jer la dalam keta ngan 3 otomen masa dia turun tengok sites. Hoh. Rabak telinga aku tak payah cakap la. Tapi aku masih cool. Yeah baybee!

I enjoyed the journey. AKu ni kalau traveling memang jarang tidur. Naik kereta ke naik bas ke naik train ke hatta naik kapal terobang sekalipun aku memang tak tidur. Aku suka tengok scenery jalan. Dan kalau naik flight lagi la. Aku biasanya akan request windows seat, dan tak puas-puas tengok landscape bumi from a bird's eye view. Cantik sehhh. Nampak sungai, nampak hutan etc etc. Dan kalau kapalterbang tu sedang terbang tinggi, aku suka tengok awan. Pastu aku imejin la aku bulanmadu di awan biru...ala macam lagu yang aku tepek kat atas tuuuu....

Anyway, lepas dah siap kerja dia, kitorang pun check in ke hotel. Lepas check in, apalagi....acara terjun ke dalam laut pun bermula! Want to know something weird ? Masa mandi tu aku baru teringat...for the past few weeks, aku memang asyik bermimpi. 2-3 kali mimpi yang sama. Wet dream lagi.

hohoho...Jangan pikir 18SX hokeh. Aku kata wet dream, sebab dalam mimpi tu aku sedang mandi dekat SELAT MELAKA. So memang basah la. Itu pasal la aku kata wet dream hahaha...(weh...kalau aku ada wet dream, aku tak akan cerita kat korang, kena kutuk kaw2 jerrr)

Dan, masa aku syok2 mandi, aku teringat balik...hoh...patutlah 2-3 aku asyik mimpi mandi dan berenang di Selat Melaka. Memang betul lah. Macam deja'vu. Really. In my dreams, ianya nyata lagi clear yang aku sedang berenang di Selat Melaka, bukan Lautan Atlantik ke Laut Artik ke hatta Laut China Selatan ke....

Wah. Ini sudah magika. Maybe after this I would have some magical powers, like touching something, and it turns into gold ????? so far belom lagi....but I'm still hoping....

Hoh. Gold ke hapa nya....aku balik ke rumah, dan terkejut disambut tragedi....nanti lah aku cerita tentang tragedi yang berlaku di rumah, sepeninggalan kami ke PD...

to be continued.... (saja aku bikin saspen)

Tuesday, December 8, 2009

Bad Day

No...I didn't have a bad day. And if I did, well..that's usual lah...no big deal.

Earlier, when I logged out of my yahoo I saw the news header that the song Bad Day by Daniel Powter was crowned as the one hit wonder song of the decade by the Billboard mag. Click here for more details.

And I was like...what song is this ? Never heard it before. So I read thru the article, and when it said that this is the song played in American Idol whenever a contestant is eliminated, everything clicks together....I love this song actually!

Tapi tak penah ambik tahu siapa penyanyi dia. What an ignoramus. I asked my best friend Mr G to search the lyrics, and here it is...




enjoy...


GRADUATED!



Ini Hakim, my second prince. Dalam ramai-ramai putera aku (errr ramai tu tigo jahhhh), dia la yang paling ensem. Aku paling jeles tengok eyelashes dia. Tebal melentik tanpa bantuan maskara. Rambut dia pun lembut beralun, dengan warna coklat tua. Oh my boy is sooooo gorgeous (ala, kalau aku tak puji dia, sapa lagi nak puji kannn).

Hakim dah masuk lima tahun dah. Dan minggu ni, Hakim graduated! hehehe...graduated dari unibesiti diapers daaa....aku tahu aku memang lambat kasi toilet train si Hakim ni. Tapi dia asyik tak ready jer sebelum ni. Kalau aku takmo kasi dia pakai diapers, dia cakap "Hakim keshik lagi la mama...". Or kalau aku paksa jugak dia tak pakai diapers...huh tengok la..sat lagi mesti dia cakap dia nak buat NUMBER TWO (beyak daaa) . PAstu aku yang hangin kena pegang tangan dia masa dia mencangkung atas toilet bowl. Pastu aku pun pakaikan diapers kat dia, sebab NUMBER TWO tak kunjung tiba...Mission abandoned. Sigh....


Sebenarnya, Hafiz (my crown prince merangkap anak sulung aku) - pun lebih kurang umur baya Hakim jugak baru grad diapers. Tapi, bila dah grad diapers, dia terus boleh full kontrol bladder dia. Tidur malam pun jarang 'accident'. Dan aku pun boleh tidur tanpa memikirkan apakah tragedi tilam banjir akan terjadi...heh heh....


So melihat contoh abang long dia, aku takmo rush Hakim. Let him take his own sweet time. And he did. Sekarang ni, Hakim goes diapers-less. Kecuali masa nak NUMBER TWO, dan aku masih terpaksa pegang tangan dia masa dia duduk di atas takhta singgahsana toilet bowl. Adehhhh... nak kena beli 'mini takhta' la ni...


Ini mungkin aku, sedang memberi penerangan pada Hakim tentang cara penggunaan mini takhta itu....chehhh feeling caucasian eyyyy.....




But as for now, I am very proud of Hakim...may the Force be with you, my young padawan...
(cheh prasan Jedi pulok dohhhh)


Nota : Ini gambarJedi MasterYoda, bukan aku. Tiada sebarang persamaan WAJAH antara aku dan Yoda OK...But Yoda is so smexxyyyy (ohmygod I can't believe I said that!)

Friday, December 4, 2009

Look East Policy

Look East Policy, atau Dasar Pandang Ke Timur adalah sebuah dasar yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Dasar ini mula diumumkan pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.
(Source: Pusat Maklumat Rakyat)

Erk. Anda tidak salah masuk blog. Ini bukan kelas sivik, kajian tempatan atau blog politik. Cuba baca balik apa yang aku penat2 tulis di atas, dan cari perkataan yang aku highlight dengan warna merah. Yup, Jepun is the operational word. Tahniah kerana anda semua tahu membaca, dan ini membuktikan bahawa anda juga bukan buta warna. Sekali lagi, tahniah. Hip hip hurray !!!!


Jadi apa kaitannya Jepun dengan entri aku kali ini ?

Ini kaitannya. A hero from Japan.


Ultraman strikes a pose.


Hero pujaan anak-anak aku yang berjumlah 3 orang. Diimport dari Jepun. Boleh dikatakan, rumah aku mengamalkan dasar pandang ke timur, mengikut saranan Tun M. Yes, we are 27 years too late, but that doesn't matter in my household. Yang pentingnya, ketiga-tiga anak aku mengambil idola dari Jepun sebagai adiwira (superhero daa...) mereka. Bukan Superman, bukan Batman, bukan Plasticman, He-Man, Incredible Hulk dan lain-lain superhero yang diimport dari Amerika. No. Only Ultraman.

Perbarisan segala spesies ultraman.


Dan ketiga-tiga hero aku ini pula memang pakar lagi arif tentang ultraman dan spesies-spesies ultraman. Ada Ultraman Gaia, Nexus, Seven, Mebius, Zearth, Max, Dyna etc etc. CikMan, my youngest son can easily differentiate between the specieses. Serius. Tengok gambar aje, dia boleh cakap ini Ultraman Max ke Dyna ke Gaia ke. Hebat kan ??? That's cool, dude!



Para Ultraman khusyuk bermesyuarat, ala2 persidangan Umno gamaknya...



Yang tak cool nya ialah...mereka bertiga dah tahu yang Internet juga adalah satu saluran yang amat marvelous untuk menonton klip-klip video Ultraman. Dan walaupun klip-klip video ultraman tu pendek-pendek sahaja durasi nya (dalam 2-5 minit), namun mereka tetap tekun menonton. Satu persatu. One by one. Dan kalau ada 18759376 klip video Ultraman di Internet, maka bayangkan perasaan aku bila mereka bertiga sepakat merampas kuasa laptop untuk menonton klip video Ultraman?


Macamana aku nak blogging ? Nak tahu perkembangan hal ehwal terkini dunia ? Nak dengar gusip-gusip liar lagi panas artis tempatan dan luar negara? Nak join forum-forum NGO yang amat mendambakan kehadiranku dan minda intelek ku? Bagimana aku nak bergusipan dengan jiran-jiran cyber ku ? How ????


OK, maybe aku masih boleh exercise kuasa autonomi dan diktaktor dengan anak sulung dan yang nombor 2, but how do you reason out with a 2 year old boy ??? Ohmygod...I am defeated by a 2 year old boy who can't even speak properly. He can't even pronounce Ultraman, for crying out loud!


It's hard to believe that I am defeated by this comot guy.


Ni pun aku tak boleh lama-lama kat depan laptop. CikMan dah meraung2, guling2 nak tengok Ultraman. Sigh....

I rest my case.

Thursday, December 3, 2009

So You Think You Can Dance ???

OK so now you know it. This is my confession. Memandangkan jiran aku buat open confession bahawa dia kemaruk dengan citer NurKasih maka aku pun nak citer jugak pasal rancangan poojaan hatiku...

Program So You Think You Can Dance (AXN, Tuesday 8:30pm onwards) ialah rancangan yang menjadi kegilaanku sekarang. I just loooove to watch the program. Especially this season. To the ignoramus aka orang yg tatau apo ko rancangan yg aku duk bebel ni, this is a reality TV show about some struggling young dancers who tried to make it to the top. Ala2 American Idol, Akademi Pantasia etc etc. Cuma platform nya ialah tarian. And this season, the top 20 yg masuk semuanya mabelesssss...

Aku memang suka menari. Erk...dulu2 la...sekarang ni bila urat2 dah banyak putus (orang tua2 kata beranakkan anak lelaki ni lagi banyak urat putus, banding ngan beranak baby girl. I gave birth to 3 boys, so you do the maths la), aku lebih suka tengok orang menari la pulak...hehehe...jadi lah...senaman mata...


Peserta pebret aku adalah Twitch n Kherington, dan Gev n Courtney (the first few episodes, the contestants are being paired, then the elimination begins, they kick 1 couple/2 people each week, sampai la tinggal 10 orang pastu baru depa bertanding secara individu).

Last week, Twitch and Kherington did a superb job doing the Viennese Waltz, accompanied by Celine Dion's A New Day Has Come song. Wow...Macam tak caya lak tengok Twitch - a black Hip hop dancer doing the waltz like a pro! Minggu ni pulak depa buat hip hop dance, tema nya ialah prison break...fuhhh Kherington betul2 macam gangsta doing the hip hop....

Tapi....aku merembesssssss tengok Gev and Courtney minggu ni. Depa kena buat rhumba routine...mula2 aku dengar rhumba...hek elehhh musti buhsan...tapi fuhhhhhhhhhh...aku rasa stage tu panas macam nak terbako bila diorang start menari...the chemistry, the passion, the fire fuh...aku pun rasa macam nak terbako sama heh heh heh...tak caya ? nah tengok sini. Tapi risiko tanggung sendiri OK...(pesanan ini khas buat orang2 yg laki takde depan mata heh heh)

Dah la Courtney pakai baju ala orang semekin tak cukup kain, baju tutup sebelah bodi jer, Gev yang biasanya style muka nerd pun dah jadi macam James Bond, so suave and handsome, I loike!!!!


Raya tawun depan aku nak tempah baju pesen Courtney pakai tu...harharhar!

Wednesday, December 2, 2009

It's a roller coaster ride!!!!!!!!!!!


Picture this. You are standing in front of a huge and very exciting looking roller coaster ride. The ride looks like a fun and torture equipment, all in one. The riders are screaming madly, some are letting go of their hands freely, and some are clinging tightly to the safety bars like their life depends on it.

And you, well, you are standing right in front of the monstrous machine, patiently waiting for your turn for that ride from hell. Waiting and waiting, and the anticipation is building. Would you enjoy the ride, laughing and screaming, or would you cry like a baby and pee in your pants ?
You have no idea until you take the ride.

And then it's your turn. You take your seat, tighten your seat belt, and when the safety bar is lowered, you wonder if you are insane or simply a masochist who loves to inflict self torture on yourself. But no, there no backing off now.Because you are entering what the pilots call it as the point of no return. There is no turning back, you simply have to go forward and trust the machine.


And the machine is slowly climbing, up and up...And then it stops at its highest peak, and you look below you, and everything look so tiny and insignificant. And you take a deep, cleansing breath. At that moment, your heart is beating madly, and the adrenaline is running high, and you feel like throwing up, right there, at 30 feet above the ground.

And before you know it, the ride plunges below and you scream...



hehehe...this is how I feel now, after the book is released.

Rasa nak termuntah, rasa gerun, rasa...huh semuanya bercampur baur. Macam rojak daa...

Tuesday, December 1, 2009

Kepulangan Yang Dinanti...

I"M BACK !!!!


Heh heh...mengaku aje lah...korang memang menunggu kepulangan aku ke arena blogging ini dengan penuh rindu dan asyik mahsyuk-nya...kan ??? kann ??? kann ??? (sila angguk kapla, letih aku duk taip kan kan kan)...haippp...jangan cebik bibir yang vogue dengan lipstik Chanel itu, bughok rupanya heh heh heh....

Arakian, kepulanganku dari percutian di Bahamas itu disambut dengan satu perkhabaran yang amat memilukan...laptop Acer ku telah kiok...Innalillahi wa inna ilaihi raji'un....agaknya dia merajuk aku tak bawa dia ikut aku bercuti di Bahamas tempoh hari...

Setelah menitikkan 2 titis airmata duyung (DUYUNG, bukan DUGONG, jangan tersilap hokeh!), aku dengan rakusnya telah menggunakan laptop Inchek Teddy...lagipun, dia memang dah janji nak kasi laptop ni kat aku bila dia dapat laptop baru opis baru dia...


Walaupun Dell putih ini lagi jelita dari Acer cabukku itu, tapi aku masih meratapi kepermegian Acer itu...Dell ni aku rasa macam kureng chemistry jer ngan aku, tapi sebab aku dah tengah kemaruk nak tenet maka aku pendamkan sahaja derita ini di dalam sanubariku....hehehehe....(ayat2 puitis jiwang 14 karat dah kluo....)


Dan khabar gembira pembalut luka handyplast atas kekiokan Acer kesayanganku....(drumroll please)...aku akhirnya sudah dapat author's copies novel sulungku...it feels so good to finally be able to touch and hold my 'baby'...daku teruja !!!!


Lagi satu khabar gumbira...novel ni pun dah masuk dalam website publisher aku...boleh beli secara online jugerrrr kat sini ...selain tu, boleh juga dibeli secara manual dekat MPH....hehehe pomot jangan tak pomot!!!!


OK, aku dah nak titon...tatatititutu!!!!!!!

Errr esok aku mungkin terpaksa sambung cuti lagi memandangkan Acer aku sudah menemui ajalnya....arghhhhhhhhhhhhh tensen!!!!!!!!!!!!!2#$%^&*(*&%%#!

Nampak gayanya, aku akan bercuti lagi...kali ni aku teringin nak bermain ski di St. Moritz pulak....sigh....letih jadi orang kaya ni...asik2 cuti jerrrr....harharhar...sekali lagi aku hanyut dalam arus imaginasi....