Sunday, December 13, 2009

Hairstyles

Untuk entri kali ini, aku nak bercakap mengenai rambut. Ya, rambut. Ala...yang atas kepala kita tuuu....Sebenarnya, dari last week aku nak bukak topik ni, tapi kena sidetracked dengan isu-isu lain yang lebih memerlukan prioroti dan perhatian (ceh, sejibik macam YB berkata-kata), maka aku postpone sahaja topik ini.


Now back to topic...

Rambut itu mahkota wanita, kata pepatah.

Hoh...nasib baik mahkota wanita, bukan lelaki.

Tengok ni.

(Pssst tenkiu ahkak batik,pandai ahkak batik snap gambo...nampak golang omeh ai yeeww!)

Inilah rupabentuk topografi kepala CikMan selepas dia dikeronyok oleh kedua orang abang-abangnya untuk satu sessi hairstyling. Terkejut ? Hoh. Aku lagi tekezut. Pada masa dan ketika itu, aku sedang khusyuk menjalankan tugas rutin selaku surirumah yang berkaliber lagi inteligent. Rutin la...memasak 5 course dinner sambil gosok baju sambil mop lantai sambil cangkul tanah. Betul bang, sumpah!


OK you got me....hehehe

Sebenarnya, ketika kejadian, akus sedang tekun mengadap laptop, bertenet. Bebudak di living room, tengok TV. Teddy tiada di tempat kejadian, belum balik kerja. Masa aku tengah syok berforum, tiba-tiba CikMan masuk ke dalam bilik. Ketika itu, aku nampak muka CikMan ni lain macam jerrr...aku ingatkan dia main air, sebab rambut dia nampak macam 'flat' atau lepeh.


So aku mulakan bebelan tahap 2 sambil dukung dia (eyyy, I ni penyayang tawww). Ketika itulah aku perasan....rambut CikMan bukan lepeh, tapi sebenarnya sudah dicantas dengan fesyen ala2 butch cut! (Butch cut ni potongan rambut ultra pendek, very close to the scalp...macam asko). Nak tahu lebih pasal butch cut klik sini.


Paling tak tahan hatiku...udahlah ala2 crew cut gitu, tapi cantasannya tak rata! Nampak berbelak2. Naik juling mataku tengok panorama kepala CikMan. Berpinar-pinar. Apalagi, bebelan aku terus naik ke tahap 5, kaler jingga dah! Abang2 yang lagi 2 orang tu saling tuduh menuduh. Sessi mahkamah bermula!


Setelah mendengar hujah hujah pembelaan daripada kedua-dua belah pihak, aku tanya saksi utama merangkap mangsa kejadian. Soalan aku mudah saja.

Tuan Hakim(aku la) : Sapa gunting rambut Man?

Saksi Utama/Mangsa : Abang (lalu finger pointing pada kedua2 abang)

Hoh. Setelah aku panggil pakar CSI (aku jugak) yang meneliti keadaan topografi kepala CikMan, aku mencapai konklusi bahawa perbuatan dan aktiviti hairstyling itu dilakukan oleh Hafiz, dan Hakim pula jadi tukang pegang CikMan.

So aku pun kasi amaran keras dekat kedua-dua tertuduh. Kedua-duanya mengangguk penuh keinsafan. Tapi sukarnya aku untuk buat2 serius sebab asal aku toleh tengok CikMan aje aku rasa nak gelak...

OK la...to their credits, aku rasa anak2 aku ada talent untuk jadi hairstylist jugak....so sapa lagi nak volunteer potong rambut kat saloon I ????

14 comments:

  1. seni haper... geliati aku nengok... kang pi 1utama orang hengat anak ko lebih dari author buku..

    ReplyDelete
  2. err jap.. jap.. 1st thing 1st.. kenapa dok sebut 1Utama tu?

    novel dah ada kat situ lah ni ek?

    ReplyDelete
  3. BuuwarhahhHAhAHh...lawaks bebenor....cian cikman..ini mengingatkan aku yg berjaya menyetop minimeku melakukan perkara yg serupo ahhahahah

    ReplyDelete
  4. n back to issue of the entry..

    wah! creativity at work tu!

    err cite scissors tu.. ala yg pelakon tu hok berlian suka.. apa ke namanya.. saya dh lupa.

    he he he.. twin boy kita org.. dok cukur kening dia.. lepas tu.. tgh ready nk cukur kening twin girl.. abg kakak depa nampak.

    ReplyDelete
  5. tai, dok tau dah ada ke belum... semalam pi alamanda, lom adooo...

    tapi kan 17hb ni ado author's booth kat mph 1utama kul 3-4pm...

    psstt.. berlian, ado reporter tak? depa tangkap gambo tak? selit muko aku leh tak?

    ReplyDelete
  6. batik, ko dah abis hanimun ???

    wei korang jangan silap date ekk...author's session kat mph 1Utama tu ialah pada 17 JANUARI, diulangi 17 JANUARI, bukan 17 december esok lusa tu...harap maklum....

    ReplyDelete
  7. ah lega nya.. 17dis saya masih kat PD lagi le.

    ReplyDelete
  8. yeeeeee 17jan hari ahad.. den nak vroooooooooom gegar gempak!

    ReplyDelete
  9. loh!! 17 jenuwarii..... emmm.. iyo-iyo aku hapal map pi 1utama, bape sen tol kena bayo... citt!

    abe gapo kul 5 tadi dah bangkat pi epot... haninum lagi 2 minggu lagi... heh heh heh.... jus qaseh doh abis.....

    ReplyDelete
  10. umang ai, opocot!

    otai ni...lom apo2 esei dah tokojut...itu lom dengor bunyi vrooommmm moto beso kat 1utama lagi tuu...hehehe meh la,ajak la geng bikers skali....fuyyooooo

    ReplyDelete
  11. hahaha cian cikman... liesa masa kecik2 dia pi gunting sendiri... satu spot botak... hahahhaa...

    ReplyDelete
  12. loh!!! tobek2...hahahahha
    tingat lah kat sepupu yg sy kejakan masa kecik2 dulu....konon nak layered kan rambut tp gunting bertingkat mcm anak tangga....hahahhah...

    ReplyDelete
  13. he he he

    semalam best oh! kita org vrooooooooooom keliling taman kat semenyih.. bawa bebudak nak potong.

    ada satu tu.. kawan kita org sakat dia.. arghhhhhhhhhhh budak tu torayak sepanjang naik motor tu.. takut nak kena potong.

    ReplyDelete
  14. 17 jan? cehhhhh aku hengat 17 dec, aku ada kl aritu leh la paksa minime ku mintak sign otograph ala2 diva popular kat ko... disebabkan 17jan tak dapek la den nk nolong..

    ReplyDelete