Friday, December 4, 2009

Look East Policy

Look East Policy, atau Dasar Pandang Ke Timur adalah sebuah dasar yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Dasar ini mula diumumkan pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.
(Source: Pusat Maklumat Rakyat)

Erk. Anda tidak salah masuk blog. Ini bukan kelas sivik, kajian tempatan atau blog politik. Cuba baca balik apa yang aku penat2 tulis di atas, dan cari perkataan yang aku highlight dengan warna merah. Yup, Jepun is the operational word. Tahniah kerana anda semua tahu membaca, dan ini membuktikan bahawa anda juga bukan buta warna. Sekali lagi, tahniah. Hip hip hurray !!!!


Jadi apa kaitannya Jepun dengan entri aku kali ini ?

Ini kaitannya. A hero from Japan.


Ultraman strikes a pose.


Hero pujaan anak-anak aku yang berjumlah 3 orang. Diimport dari Jepun. Boleh dikatakan, rumah aku mengamalkan dasar pandang ke timur, mengikut saranan Tun M. Yes, we are 27 years too late, but that doesn't matter in my household. Yang pentingnya, ketiga-tiga anak aku mengambil idola dari Jepun sebagai adiwira (superhero daa...) mereka. Bukan Superman, bukan Batman, bukan Plasticman, He-Man, Incredible Hulk dan lain-lain superhero yang diimport dari Amerika. No. Only Ultraman.

Perbarisan segala spesies ultraman.


Dan ketiga-tiga hero aku ini pula memang pakar lagi arif tentang ultraman dan spesies-spesies ultraman. Ada Ultraman Gaia, Nexus, Seven, Mebius, Zearth, Max, Dyna etc etc. CikMan, my youngest son can easily differentiate between the specieses. Serius. Tengok gambar aje, dia boleh cakap ini Ultraman Max ke Dyna ke Gaia ke. Hebat kan ??? That's cool, dude!



Para Ultraman khusyuk bermesyuarat, ala2 persidangan Umno gamaknya...



Yang tak cool nya ialah...mereka bertiga dah tahu yang Internet juga adalah satu saluran yang amat marvelous untuk menonton klip-klip video Ultraman. Dan walaupun klip-klip video ultraman tu pendek-pendek sahaja durasi nya (dalam 2-5 minit), namun mereka tetap tekun menonton. Satu persatu. One by one. Dan kalau ada 18759376 klip video Ultraman di Internet, maka bayangkan perasaan aku bila mereka bertiga sepakat merampas kuasa laptop untuk menonton klip video Ultraman?


Macamana aku nak blogging ? Nak tahu perkembangan hal ehwal terkini dunia ? Nak dengar gusip-gusip liar lagi panas artis tempatan dan luar negara? Nak join forum-forum NGO yang amat mendambakan kehadiranku dan minda intelek ku? Bagimana aku nak bergusipan dengan jiran-jiran cyber ku ? How ????


OK, maybe aku masih boleh exercise kuasa autonomi dan diktaktor dengan anak sulung dan yang nombor 2, but how do you reason out with a 2 year old boy ??? Ohmygod...I am defeated by a 2 year old boy who can't even speak properly. He can't even pronounce Ultraman, for crying out loud!


It's hard to believe that I am defeated by this comot guy.


Ni pun aku tak boleh lama-lama kat depan laptop. CikMan dah meraung2, guling2 nak tengok Ultraman. Sigh....

I rest my case.

11 comments:

  1. lohhh comot ker? ingatkan cikman da tumbuh misai hehehehe

    ReplyDelete
  2. people of my era.. we equate japan to sanita or kotex.

    what say you?

    ReplyDelete
  3. seriously speaking.. in relation to LEP as per this entry:

    i would love to "strip" one student of her governmental scholarship.. NOW!

    and re-route the scholarship to academic opportunity in japan instead of that particular country.

    ReplyDelete
  4. and yeah! no wonder you wrote R&R.

    you are born writer!

    ReplyDelete
  5. den paling suko image hok ni:

    "Para Ultraman khusyuk bermesyuarat, ala2 persidangan Umno gamaknya..."

    ReplyDelete
  6. hehehe...ado jugak iras-iras perwakilan Umno tuuu....

    ReplyDelete
  7. aiseyman.. ultraman pun ado dyna ek?

    ingat laki den yo meroyan ket dyna tu.. dyna atok eh.. nk tgk.. ket sini:

    http://www.harleykualalumpur.com/Motorcycles/index.php?fam=DY

    ReplyDelete
  8. aku tau tajuk novel terkini ko....
    'cinta ultraman 7 lapisan langit..'

    oleh sebab heroinnya anak aku... komisyen royalti fifty percennn....

    ReplyDelete
  9. wahhhh bagus2 cikman... buat rampasan kose... bior mama tak sempat hapdet blog... burwahahhahaha....

    p/s: i wonder dari sapeeee laaaa dia blaja nengok otomen kat utube tu ek? hurmmmm..

    ReplyDelete
  10. ekeke.... ssyyyhhh.... berkesan ek tektik aku...

    ReplyDelete