Monday, November 2, 2009

Ide!!! Mana Ide!!!!

Idea. Kalau dulu ikut sebutan baku, idea=ide (e-dey)...

Idea atau Ilham...

Hari ini aku ketiadaan ilham untuk menulis dan melakarkan garapan di dalam blog mahakarya ini. Maka aku akan berbahasa tinggi supaya pembaca blog sekalian akan merasa teruja dengan ketinggian bahasa yang aku miliki lalu lupa bahawa sebenarnya aku cuma sekadar berpusing-pusing di dalam satu bulatan, tanpa satu perhentian mutlak.

Ah. Ilham. Ke mana kau menghilang,wahai ilham ? Sedetik bayangmu muncul, lalu aku berkejaran ke arahmu, cuba menggapai dirimu, tapi aku hampa...yang ada cuma lah refleksi, sekadar arca di dalam cermin mimpi. Bayangan tanpa jasad. Lalu aku tersedu, menangis pilu. (seperti tangisan jiranku yang lakinya sudah berada di bumi Indon. kesian dia...)

Oh Ilham. Datanglah padaku,wahai ilham. Sesungguhnya dikau amat berharga. Ya, bak kata iklan L'oreal, kerana dirimu begitu berharga. Umpama berlian (teka siapa yg suka pakai nama berlian. Kilauan berlian itu amat indah, seindah pemakai nama berlian itu sendiri. (sila muntah di sini)

Oh terima kasih wahai ilham. Terima kasih kerana hadir lalu memberi peluang kepadaku untuk menukilkan karya ini seterusnya aku bisa hapdet blog aku untuk pembaca blog tegar aku yang sering kelik ke blog ini kerana rindu untuk membaca hasil mahakarya ku ini. hahahaha korang nak muntah lagi ke ????

1 comment:

  1. cheh!! buang masa betoi aku baca.. pusing-pusing tang tu.. pusing-pusing takdak isi.. baik aku wat ciskek...
    eh salah.. baik aku tunggu ko wat ciskek!!

    ReplyDelete