Wednesday, December 30, 2009

Cinta Mona Gersang

hehehe...adakah ini tajuk nobella terbaru aku ? Cam besh jer kan...cerita kisah wanita bernama Mona yang kegersangan, macam aku...

Ya...Ini pendedahan berani aku...Tanpa malu, aku ingin berkongsi derita hati ni dengan seantero pembaca di dunia blogger ini.

Aku sedang gersang sekarang ni. Rasa resah gelisah, gundah randah, bagai arwah arowana aku yang kelemasan di dalam air. Keinginan yang membuak buak pada ONE THING, and ONE THING ONLY, namun aku masih belum dapat melampiaskan serakahku pada keinginanku tersebut.

Sudah seminggu aku menahan keinginan ini. Terasa bagaikan dipanggang hidup-hidup. Siang malam aku asyik teringat, rindu dendam tidak tertahan. Memendam keinginan yang satu,menanti saatnya untuk aku melepaskan serakahku ini. Namun aku masih hampa.

Sia Dia, Teddy suamiku, bagaikan tidak memahami kehendak napsu ku ini. Sudah berbagai isyarat aku lontarkan padanya. Sudah pelbagai posisi aku peragakan padanya, namun dia seakan buta, seakan tertutup minda nya untuk memahami hasratku. Bagaikan ada hijab antara kami. Dan aku bagaikan si gila yang menjerit sekuat hatiku, namun dia tidak mendengarnya. Atau mungkinkan dia sengaja ingin menyiksa batinku ????

Kau kejam Teddy, kejam !!!!!!

Maka hari ini aku mengambil keputusan drastik.

I DO IT MYSELF.

I WILL SATISFY MYSELF.

Maka di rumah Batik, aku tanpa segan silu terus melampiaskan hawa nafsu yang sudah seminggu tertahan.

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

What a feeling. I hit euphoria. Bagai di awang-awangan saat napsu sudah ditunaikan.

Seminggu tak dapat bertenet dan update blog sebab modem aku mampuih dipanah petir, hari ini akhirnya dapat jugak aku tunaikan hajatku untuk bertenet dan update blog aku.

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Bestnya.....

Sekian, kisah benar aku yang kegersangan internet akibat modem yang rosak....errr korang ingta aku cakap pasal apa ? Choiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............

Monday, December 21, 2009

Cissss!!!!

Ini adalah kesinambungan dari episod takdak mood aku 2-3 hari lepas. Selain dari tengok TV (selepas sesi rampasan kuasa dan pengishtiharan bahawa akulah pemerintah unggul (skrip : I AM YOUR MOTHER, I HAVE THE RIGHTS TO WATCH TV TOO, NOW GO UPSTAIRS AND PLAY YOUR PS2!!! - note: caps lock letters, untuk menunjukkan betapa seriusnya dialog aku).

But of course I didn't win every war. The thing about the battle is, you need to form a strategic plan, you must chose which battle that you must win, and which battle that you must PURPOSELY lose, in order to gain victory on a much greater battle. Geez...I sound exactly like Sun Tsu...sigh.

Anyway, setelah PURPOSELY 'kalah' dalam peperangan perebutan remote control TV, aku rasa lagi buhsan. Tahap kronik punya buhsan. Nak blogging pun tarak mood. Nak tengok TV takleh, sebab diktator sebenar (Incek Teddy) pegang kuasa veto, so depa anak beranak pulak pakat rampas kuasa dan tengok TV. Apa nak buat apa nak buat ????

Nak tidur, masa tu dah lepas Asar. Kata orang, tak boleh tidur lepas waktu Asar, cukup 40 hari (or something like that), nanti ko jadi mental. Ieeeeee...takuttt. So aku surf lam tenet, surf food n recipes sites. And voila! I scored!

Aku jumpa resepi bersama gambo yang bertajuk cream cheese bars. Wahlau, I loike! Cream cheese, butter, gula halus sumer ada. Pastry puff yang jiran aku yang sangat baik hati kasi pun ada lagi 4 keping (yg belen tu aku dah buat sosej pastry hari sebelumnya). Hoh. Ngam sangat la tuh.

So apalagi, aku pun segera la feeling2 like Nigella (complete with boobs hahaha), dan jalankan operasi.

Dan taadaaa!!! Here's the result.

Aku tahan napas waktu ambil gambar ini, pastu dengan rakusnya aku mms kat ahkakbatik. sajerrr...kasi dia jelesss hahaha I am evil!

Sodap!!!!!! Dan paling penting, senang banget sich!!!! Nak resepi ? Nah kelik di sini.

Nota : Itu gamba cream cheese bar aku yg asli tawww, bukan hijack dari orang len. Tengok tuuu, tu alas meja umah ai tuuu !!!

Sunday, December 20, 2009

BUHSAN ATTACK : Hari-Hari Yang Malassss

Tah kenapa, 3-4 hari ni aku dilanda dengan sindrom yang lebih dahsyat dari sindrom cili BUH dan Sarjan HaSAN (buhsan daa, tiru ayat ahkakbatik, nanti aku bayo la royalti ekk).....


Serius. betul2 tarak mood.

So aku habiskan masa emas aku dengan tengok TV. Macam-macam cerita aku tengok. Stardust ( I'm lovin it! Robert de Niro ohmygod Robert de Niro jadi 'lanun' yg baik!) . Horton (2 kali siot!). Pastu aku tengok dokumentari Final Battle:Satan vs God (tapi tak abis, sebab mood buhsan mai attack jugak). Emma. Ah yes! aku tengok Emma. Finally!

Cakap pasal Emma, aku pernah baca buku dia, tapi tak abis, sekerat jalan jer...(ni pendedahan berani maut ni). AYoyo...malu gaks nak ngaku yang aku tak abih baca pun buku Jane Austen. I mean, HELLO!!!!!! Jane Austen is sooooo famed in English high literature world, and I didn't even finish her books! What a shame.

Alasan kaver line aku: well, aku bukan budak TESL walopun aku pernah dikelilingi oleh bidadari TESL wahahaha, baek punya excuse! Seriously, masa kat UK aku pernah beli paperbacks Emma kats second hand bookshop, tapi tah ke mana hilangnya.

Then, masa kat Sydney pun sama, aku beli jugak paperback Emma, tapi aku tinggal jer kat serviced apartment tempat aku duduk tu, pun cuma sempat baca 20-30 pages max, tapi Bram Stoker's Dracula aku leh baca sampai abis, siap tapau bawak balik Mesia lagi. Padahal, masa baca Dracula tu aku dah seram sejuk...duk terbayang2 jer abe Drac ada kat sebelah. Sib baik la Bram Stoker buat citer Dracula tu dengan latar belakang di Romania, kalau dia cakap kat Sydney aku musti dah awal2 tempah tiket balik Mesia, ngeri wooo...dah la duk kat apartment sensorang...

But I really like the movie Emma. Jalan cerita dia tak berubah, walaupun dah di adaptasi jadi filem. Pastu aku pun feeling2 nostalgia la zaman kegemilangan aku waktu di UK dulu...huhuhu...itu saja yang aku lakukan....tak macam jiran blog aku tuuuuu...feeling-feeling like a virgin kununnnnnnnnnnnnnn....choiiiiiiii....

alamak, angin buhsan dah mai balik...so tatatititutu!!!!!

Sunday, December 13, 2009

Hairstyles

Untuk entri kali ini, aku nak bercakap mengenai rambut. Ya, rambut. Ala...yang atas kepala kita tuuu....Sebenarnya, dari last week aku nak bukak topik ni, tapi kena sidetracked dengan isu-isu lain yang lebih memerlukan prioroti dan perhatian (ceh, sejibik macam YB berkata-kata), maka aku postpone sahaja topik ini.


Now back to topic...

Rambut itu mahkota wanita, kata pepatah.

Hoh...nasib baik mahkota wanita, bukan lelaki.

Tengok ni.

(Pssst tenkiu ahkak batik,pandai ahkak batik snap gambo...nampak golang omeh ai yeeww!)

Inilah rupabentuk topografi kepala CikMan selepas dia dikeronyok oleh kedua orang abang-abangnya untuk satu sessi hairstyling. Terkejut ? Hoh. Aku lagi tekezut. Pada masa dan ketika itu, aku sedang khusyuk menjalankan tugas rutin selaku surirumah yang berkaliber lagi inteligent. Rutin la...memasak 5 course dinner sambil gosok baju sambil mop lantai sambil cangkul tanah. Betul bang, sumpah!


OK you got me....hehehe

Sebenarnya, ketika kejadian, akus sedang tekun mengadap laptop, bertenet. Bebudak di living room, tengok TV. Teddy tiada di tempat kejadian, belum balik kerja. Masa aku tengah syok berforum, tiba-tiba CikMan masuk ke dalam bilik. Ketika itu, aku nampak muka CikMan ni lain macam jerrr...aku ingatkan dia main air, sebab rambut dia nampak macam 'flat' atau lepeh.


So aku mulakan bebelan tahap 2 sambil dukung dia (eyyy, I ni penyayang tawww). Ketika itulah aku perasan....rambut CikMan bukan lepeh, tapi sebenarnya sudah dicantas dengan fesyen ala2 butch cut! (Butch cut ni potongan rambut ultra pendek, very close to the scalp...macam asko). Nak tahu lebih pasal butch cut klik sini.


Paling tak tahan hatiku...udahlah ala2 crew cut gitu, tapi cantasannya tak rata! Nampak berbelak2. Naik juling mataku tengok panorama kepala CikMan. Berpinar-pinar. Apalagi, bebelan aku terus naik ke tahap 5, kaler jingga dah! Abang2 yang lagi 2 orang tu saling tuduh menuduh. Sessi mahkamah bermula!


Setelah mendengar hujah hujah pembelaan daripada kedua-dua belah pihak, aku tanya saksi utama merangkap mangsa kejadian. Soalan aku mudah saja.

Tuan Hakim(aku la) : Sapa gunting rambut Man?

Saksi Utama/Mangsa : Abang (lalu finger pointing pada kedua2 abang)

Hoh. Setelah aku panggil pakar CSI (aku jugak) yang meneliti keadaan topografi kepala CikMan, aku mencapai konklusi bahawa perbuatan dan aktiviti hairstyling itu dilakukan oleh Hafiz, dan Hakim pula jadi tukang pegang CikMan.

So aku pun kasi amaran keras dekat kedua-dua tertuduh. Kedua-duanya mengangguk penuh keinsafan. Tapi sukarnya aku untuk buat2 serius sebab asal aku toleh tengok CikMan aje aku rasa nak gelak...

OK la...to their credits, aku rasa anak2 aku ada talent untuk jadi hairstylist jugak....so sapa lagi nak volunteer potong rambut kat saloon I ????

Friday, December 11, 2009

Fantasia Bulan Madu, Wet Dream Dan Tragedi Part II

OK...(drumroll please) as promised, inilah sequel kepada entry aku yang tajuknya menonjolkan ciri-ciri ghairah yang membuatkan Puan Sri Bananas klik pada blog aku dengan penuh rakus, namun hampa kerna tajuk saja 18SX sedangkan isinya cumalah sekadar label U sajork....heh heh....

Meh kita re-cap balik apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 48 jam nan lalu...

Hari Rabu pagi,
aku pergi ke PD,
ikut Teddy, my laki....
Masa di PD,
ketika mandi,

aku teringat perihal mimpi
mandi laut di selat melaka dalam mimpi
dan rupanya mimpi jadi realiti,
mula la aku perasan ada kuasa sakti!

(perghh, it rhymes! oh I'm so talented! bhahaha sila muntah di sini).


Anyway, aku balik ke rumah disambut tragedi...(sila bayangkan background lagu sedeh dengan iringan gesekan biola).....uhuuukkkkk....

Tragedi ikan arowana Teddy mati!


Arwah Arowana dalam kenangan...Kau pergi jua akhirnya....


Kalau korang nak tahu, aku yang meroyan lebey dari Teddy dengan kematian arowana ini. Dia sedey jugak, tapi aku laaagiiiiiii sejota kali lebeih sedey. Masa kitorang sampai kat umah, arowana tu tengah nazak...errr nyawa-nyawa ikan....Siap aku cakap kat arowana tu..."Please don't die...please, please please!!!!". Kalau la boleh buat CPR aku dah buat dah kat arowana tuuuu...


Teddy pelik bercampur terharu dengan kesedihan aku. Maka dia janji nak beli arowana baru...

Uuuwaaaaaaaaa !!!! Lagi kuat aku nangih teriak...dia tak tahu yang aku sebenonya sedih mengenangkan harga arowana Red Tail Golden itu yang sebanyak RM850.00 seekor, namun hampesh burn begitu sahaja dengan kematian arowana itu....Dah la cakap2 pujuk nak beli lagi seekor arowana nak ganti yang telah pergi ini...

Perasaanku...sayu, pilu sedih pedih luka terhiris ditusuk sembilu berbisa...ohh...dalam melayani kesedihan itu aku sempat calculate dalam kepala...arowana yang dah jadi arwah tu harganya RM850, kalau dia beli seekor lagi dengan harga yang sama....ohhh dah dekat 2 ribu hingget!!!!


Kalau kasi kat aku wit tu, sahih aku dah bawak buat investment kat kedai ahkak Zabedah tokeh emas nunnnn di Terengganu...dapat golang omeh 3 line, buat eksen kat ahkak Batik yang pakai golang omeh dabel line itu!!!!!

maka biarkan aku menangis....





Udang2 galah dalam akuarium itu pun turut menangis, kesian kat aku yang tak dapat golang triple line agaknya....

Penghargaan : Timokacih ahkakbatik!

Thursday, December 10, 2009

Fantasia Bulan Madu, Wet Dream Dan Tragedi...

Demi cintaku padamu
Ke mana pun kan ku bawa
Ke hujung dunia ke bintang kejora

Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Punah asmara


hohoho...itu lagu Fantasia Bulan Madu by Search. Lagu tu sangat popular zaman aku sekolah dulu. Saja je aku tepek lagu tu, mengenangkan jiran aku tu sedang mengecapi saat indah bulan madu dengan suami tersayang....heh heh...jangan runtuh katil sudahlah yerrrr....


Aku baru balik dari PD. Bukan bulan madu, tapi ikut montot laki. Iyelah, aku ni kan ala2 istri mithali walaupun kengkadang aku boleh transformasi jadi istri DEGIL-li (err puas aku try cari perkataan yg seirama dengan mithali, tapi sebab aku tengah blank, maka that's the best I can come out with. Deal with it, OK!).

Kisahnya, pada suatu pagi Rabu yang berseri, sedang aku sibuk mengacau mi goreng spesel dalam kuali, tiba-tiba Teddy buat kejutan yang ngeri, katanya hari ni nak ke PD, cepat kemas kain baju suruh anak2 mandi! (errr perasan tak aku akhiri setiap ayat aku dengan huruf 'i', supaya berirama? tepuk la sikit atas kegegehan aku OK)


Hoh...apalagi, mencecet2 la aku kemas kain baju, basuh piyuk pinggan mangkuk. Mana nak mandikan budak, nak kemas baju yang sesuai bla bla bla. But I did it. All in less than 1 hour's time. Pandai nyerrrrr!!!!!

So lepas breakfast kitorang berangkat. First stop was Seremban, then we moved to Tampin, then Rembau. Final destination baru la PD. Sumernya tu atas urusan Teddy la. Aku tunggu jer la dalam keta ngan 3 otomen masa dia turun tengok sites. Hoh. Rabak telinga aku tak payah cakap la. Tapi aku masih cool. Yeah baybee!

I enjoyed the journey. AKu ni kalau traveling memang jarang tidur. Naik kereta ke naik bas ke naik train ke hatta naik kapal terobang sekalipun aku memang tak tidur. Aku suka tengok scenery jalan. Dan kalau naik flight lagi la. Aku biasanya akan request windows seat, dan tak puas-puas tengok landscape bumi from a bird's eye view. Cantik sehhh. Nampak sungai, nampak hutan etc etc. Dan kalau kapalterbang tu sedang terbang tinggi, aku suka tengok awan. Pastu aku imejin la aku bulanmadu di awan biru...ala macam lagu yang aku tepek kat atas tuuuu....

Anyway, lepas dah siap kerja dia, kitorang pun check in ke hotel. Lepas check in, apalagi....acara terjun ke dalam laut pun bermula! Want to know something weird ? Masa mandi tu aku baru teringat...for the past few weeks, aku memang asyik bermimpi. 2-3 kali mimpi yang sama. Wet dream lagi.

hohoho...Jangan pikir 18SX hokeh. Aku kata wet dream, sebab dalam mimpi tu aku sedang mandi dekat SELAT MELAKA. So memang basah la. Itu pasal la aku kata wet dream hahaha...(weh...kalau aku ada wet dream, aku tak akan cerita kat korang, kena kutuk kaw2 jerrr)

Dan, masa aku syok2 mandi, aku teringat balik...hoh...patutlah 2-3 aku asyik mimpi mandi dan berenang di Selat Melaka. Memang betul lah. Macam deja'vu. Really. In my dreams, ianya nyata lagi clear yang aku sedang berenang di Selat Melaka, bukan Lautan Atlantik ke Laut Artik ke hatta Laut China Selatan ke....

Wah. Ini sudah magika. Maybe after this I would have some magical powers, like touching something, and it turns into gold ????? so far belom lagi....but I'm still hoping....

Hoh. Gold ke hapa nya....aku balik ke rumah, dan terkejut disambut tragedi....nanti lah aku cerita tentang tragedi yang berlaku di rumah, sepeninggalan kami ke PD...

to be continued.... (saja aku bikin saspen)

Tuesday, December 8, 2009

Bad Day

No...I didn't have a bad day. And if I did, well..that's usual lah...no big deal.

Earlier, when I logged out of my yahoo I saw the news header that the song Bad Day by Daniel Powter was crowned as the one hit wonder song of the decade by the Billboard mag. Click here for more details.

And I was like...what song is this ? Never heard it before. So I read thru the article, and when it said that this is the song played in American Idol whenever a contestant is eliminated, everything clicks together....I love this song actually!

Tapi tak penah ambik tahu siapa penyanyi dia. What an ignoramus. I asked my best friend Mr G to search the lyrics, and here it is...




enjoy...