Thursday, November 19, 2009

Hari Nostalgia

Hari ini Teddy ada meeting kat luar. Maka Tuk Mudim kesayanganku dibawa pergi.

OK...I'm cool with that. Aku masih puasa kan mata ku dari memakai contact lens. Sakit mata dah baik, dah tak merah, tapi eyelids atau kelopak mata aku macam swollen sikit. Maybe water retention, sebab dah berapa hari aku duk titis eyedrops dalam mata.
(Nota:Mata aku jadi extra kuyu la sekarang. Macam mata Garfield wa cakap lu...omputeh kata sexy eyes...bedroom eyes hehehe...)

Jadi hari ini aku banyak termenung situ, termenung sini. Nak tengok TV asik bergadoh dengan bebudak. Itu pun minggu lepas aku dengan bijaksana nya telah gigih tranfomasi bilik bebudak jadi bilik PS2, so kurang lah sedikit adegan perebutan kuasa untuk main Ps2 atau tengok TV. Aku ingatkan settle lah masalah aku. Rupanya tidak....Cik Man berkeras nak tengok DVD citer Otomen, takmo main PS2 (errr lagipun manalah dia reti main games, dia baru 2 tawon la deyy). Kat atas pulak si abang2 nya gigih bertempur jadi Ultraman lawan raksaksa jugak...so aku pun termenung la lagi dengan disulami muzik background pertempuran ultraman menentang reksakse ganas.....


Hafiz bravely faced the ferocios dinasour. My son, my hero....


Up close and personal with the dinasour. Ensem jugak reksakse ni ekk....



Otomen yang menjadi idola anak2 aku....macam2 spesies ada....



And I was thinking.....hadoiiiii...kesiannya anak2 aku....zaman aku dulu, sori naik lori la kalau petang2 nak terperuk dalam rumah. Zaman tu mana ada video games ke PS1/Ps2/Ps3 ke Wii ke X-Box ke....tapi aku happy....petang2 keluar bermain, berlari situ sini dengan kawan-kawan (errr mostly cousins la, sebab sekerat penduduk kampung aku juga adalah sanak saudara aku)

Maka aku terus flashback games aku zaman kanak2 ribena dulu. Memandangkan kampung aku tepi pantai Laut China Selatan, maka naturally, pantai dan laut menjadi playground aku. Mandi laut, main pasir tu entah berapa juta kali aku dah buat. AKtiviti lain ialah main perang2.

Kitorang akan gali lubang, agak2 boleh duduk cukup lah. Lepas tu, kitorang akan tambun pulak bahagian depan lubang tu, buat kubu kononnya. Then, it's time to create our weapons. Kitorang pergi dekat gigi air, ambil tanah lembab di situ, kepal2 dan golekkan pulak dekat pasir pantai yang kering. Buatlah sebanyak mungkin.

Voila! Our own sand bombs. Then we head back to our own forts, and all hell will break loose....pasir masuk dalam mata, dalam mulut, dalam telinga etc etc....Untuk menyucikan badan dari pasir(kununnya lah), kitorang akan terjun dalam laut. Lepas mandi biasanya arwah moyang memang tengah stand by, tegak jer tunggu dengan pelepah kelapa di tangan. She was merciless, and will smack whoever foolish enough to walk near her...hehehe....amik kau, sapa suruh mandi laut tanpa orang tua2 teman ?

Kalau budak2 lelaki yang lebih advanced, diorang buat handmade shotguns. Pakai reja2 kayu, dan dengan menggunakan getah sebagai slingshots atau lastik, dan biji2 buah sebagai peluru...wooo ini kalau kena sakit wooo...mau lebam kulit....so aku jarang masuk game ni....ganeh sangat....

Lain, kitorang main hopscotch, main galah panjang ke polis sentri ke atau apa-apa je lah kat tepi pantai tu...windu la dengan pantai...


Aku nak flashback banyak lagi, tapi Teddy pulak dah balik. So aku serbu Tuk Mudim dalam beg notebook dia, dan aku pun tercongok kat depan notebook layan Internet...Aiyyoh...2 x 5, 5 x 2....

Ah. Welcome to the millennia, brothers and sisters....hehehehe

7 comments:

  1. police sentry went to jungle
    police catch me.. la la la..

    err lupa lirik lah pulak!
    he he

    best zaman kanak2 kan.. main bola cap tu paling tak tahan.. sakit!

    paling suka main teng-teng.. draw teng-teng tu besor2.. bagi thrill sikit nak lompat.

    ReplyDelete
  2. tp kan.. main nyorok2 paling tak berani lah. sbb kami tinggal kt kawasan polis - kt Polis Depoh tu. byk hantu!

    depa pernah jumpa hantu jepun tarak kepala.

    mlm td ter-tengok cerita "jangan tegur".. scary gak ek?

    ReplyDelete
  3. lerrrr aku terlepas arrr cite jgn tegur, anak aku nk tengok cite hindustan ni semua hero ashley punyo pasei!!! ...

    weh ko wat la cite arr antuuuu.. cite arrr cite arrrrr...

    ReplyDelete
  4. huh! citer-citer jaman mudos remajos.. aku dah setat main barbie... jangan tak caya... sebab aku pun rasa macam tipu je....

    ReplyDelete
  5. aik?
    barbie doll?
    nak beranak layi ko?

    ReplyDelete
  6. barbie di strictly banned in my house...

    hb hangin tgk.. pernah ada utk doter terus dia buang...

    ReplyDelete
  7. polis sentri,
    one two jaga
    polis mati penchuri jaga....

    hehehe...itulah versi kat kampung ai di miami beach, terengganu

    ReplyDelete