Thursday, February 18, 2010

Sambungan Kisah Sandal Yang DiMadu:Crocs No More!

Korang ingat lagi tak kat aku ? Ala...aku ni kan sepasang sandal putih yang telah bermadu dengan sepasang slipa Crocs...Nak tahu satu cerita gumbira ? Crocs dah tarak!

Yiieeehaaaaaaa, andre yiba yiba!

Kisahnya begini...Last week, ketika perayaan CNY merangkap Valentine's No Panties Day (errr aku pun tak pakai panties ari tu...hahaha! psttt...aku ni kan sandal la weih, mana leh pakai panties!) merangkap besday anak sulung tuanku, mereka sekluarga, yakni tuanku dan keluarganya telah balik ke kampung Inchek Teddy iaitu suami tuanku.

Ketika itu, aku sungguh sedih sekali. Dan tuanku pula kulihat bagaikan teragak-agak sama ada untuk memilih aku atau Crocs untuk dibawa pulang ke kampung. Akhirnya dia memilih Crocs, dan ketika itu tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis. Berendamlah aku dalam limpahan airmata ketika CNY menjelang, ditemani dengan dentuman mercun dan pertunjukan bunga api dari kawasan kejiranan tuanku. Aghhhh.... tensen dan sedihnya saat itu.


3 hari kemudiannya, tuanku dan keluarganya pulang dari kampung Teddy. Ku kesat airmata hibaku, lalu ku sedut kembali saki baki hangus yang masih berkampung dalam hidungku. Aku tidak mahu tuanku melihat aku bersedih....Ah, mulia sungguh hatiku, kannn ?

Namun...ketika tuanku melangkah masuk, aku terperanjat sekali melihat sandal lain yang sudah lusuh di kaki halus mulus tuanku itu. "Mana Crocs ?" Bisikku di dalam hati.

Maka tanpa lengah, aku pun terus bertanya pada sandal lusuh yang telah dipakai oleh tuanku itu. Menurut sandal lusuh itu, dia asalnya adalah milik ibu mertua tuanku, iaitu ibu Inchek Teddy. Ketika di kampung, tuanku telah beriya-iya sekali bercerita tentang ke-besh-an selipar Crocs itu. Tak lupa juga, tuanku turut meng-highlight tentang harga Crocs kepada ibu mertuanya. Ketika itu, ibu mertuanya hanya mendengar penuh minat.

Dan sejurus sebelum berangkat pulang, Inchek Teddy telah menyuruh ibunya mencuba slipa Crocs itu, sekadar untuk memastikan saiz kaki ibunya. Kata suami Tuanku, lain kali dia akan belikan selipar Crocs untuk ibunya. Namun, un-sangkarable sekali, ibunya terus berkenan dengan selipar itu. Dan kebetulan pula, Crocs saiz 7 itu padan pula dengan kaki ibu mertua Tuanku. Apalagi, Crocs itu sekarang sudah berpindah milik kepada ibu mertua tuanku la!

Dan supaya tuanku tidak berkaki ayam ketika pulang ke Kuala Lumpur, maka ibu mertuanya telah memberikan sandal lusuh itu untuk dipakai dalam perjalanan...

Wahhhhhhhhhh...daku teruja sekali mendengar penerangan sandal lusuh itu...

Ternyata titis kebahagiaan itu masih milikku, dan masih ada sinar mentari yang bakal menyirami kedukaanku semalam...

Sekian, inilah kisahku...Kisah sepasang sandal yang bermadu, namun berkat ketabahan dan kesabaran, yang pahit itu kan manis akhirnya....(ayat pengubat luka tak boleh blah)

5 comments:

  1. oooo kalo dulu tuan ko amik madu cung macam maya karin la ni dah beralih kat nirmala bonat la?

    huh! sadis betul selera tuang mung!

    ReplyDelete
  2. kah kah kah!!!!... kang bagus barang baik dihadiahkan buat yg tersayang.. byk pahala... (lain kali tu..entah bila dapat..ini kata ibu nyer en. teddy tau)

    ReplyDelete
  3. aku saspek la...mak tedi pun rasa macam yg bloom kata tu la...nak tunggu len kali ? huh lambat beno la wehhh...

    ReplyDelete
  4. aku pung saspek mak teddy dah bangan pakai kerok pi paso..... apekejadah menantu dia pakai kerok pi jalan-jalan pulak...

    ReplyDelete
  5. maya karin pon da nk cerai daaaaaaaa

    ReplyDelete