Thursday, February 11, 2010

Tragedi Sepasang Sandal Yang Dimadukan....Sandarkan Pada Kenangan...

Aku ialah sepasang sandal. Aku berwarna putih berseri, dengan sedikit taburan permata pada badanku. Aku adalah produk buatan Malaysia, 100% tulen bang..., walaupun jenamaku kedengarannya seperti nama negara Swiss dan permainan Polo.

Setelah aku dicipta, aku dan kawan-kawanku dibawa menaiki lori ke suatu lokasi. Owh. Jusco Taman Equine rupanya. Pada suatu hari yang indah, sedang aku berehat-rehat di dalam kotakku di bilik stor Jasko, tiba-tiba aku terasa kotakku diangkat. Kemudian, apabila kotakku dibuka, aku terkesima sekali melihat seorang wanita jelita lagi gorjes yang begitu ghairah menyarungkan aku ke kakinya yang halus mulus itu. 'Ini mesti kaki anak dara ni', bisikku di dalam hati. Ternyata tanggapanku jauh meleset, kerana wanita ini sebenarnya sudah beranak tiga! Wah, pandai betul dia menjaga body beautiful nya itu. (Tempat muntah di sini).

Dan saat itu, aku jatuh cinta padanya. Dia juga jatuh cinta padaku kerana ku lihat dia dengan rakusnya terus membayar hargaku di kaunter Jasko itu. Dan dari saat itu, bermulalah kehidupanku sebagai sandal rasmi kepada tuanku itu, yang biarlah aku gelarkan saja sebagai Puan Berlian (bukan nama sebenar).

Aku memberikan khidmat yang tidak berbelah bagi kepada tuanku itu. Ke mana sahaja dia pergi, pasti tuanku akan membawa aku bersama. Ke pasar, ke Jasko, ke kedai runcit, atau kadangkala ke rumah jirannya yang dipanggil ahkakbatik pun kami sering bersama.

Oh, sungguh indah detik-detik manis itu. Terasa kebahagiaan itu memang milikku. Namun...ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ada salji turun di tengahari. (bermula irama gesekan biola yang syahdu).

Pada suatu hari, tuanku dan keluarganya keluar bersiar-siar. Menurut perbualan suami tuanku, dia mahu ke IOI Mall, kerna dia mahu membeli sepasang sandal jenama Crocs. Aku tidak mengambil pusing hal itu. Not my business.

Tiba sahaja di kedai Crocs, suami tuanku itu terus mencuba sepasang sandal dan membelinya. Sebelum membayar, dia menyuruh tuanku mencuba sepasang sandal Crocs. Tuanku kulihat agak keberatan untuk mencubanya, namun suaminya dan juga budak kedai Crocs itu begitu beria-ia menyuruh tuanku mencuba juga. Akhirnya, tuanku menurut.

Dia mencuba sepasang sandal, dan suami tuanku terus sahaja menyuruh tuanku membeli sandal itu. Tuanku cuba menolak, namun suaminya memberi satu renungan tajam, lalu tuanku mengalah lalu memilih sepasang sandal Crocs Mary Jane berwarna hitam untuk dibeli. Kemudian, suami tuanku membayar harga sandal-sandal tersebut.

Dan bermula detik itulah, aku dimadu !!!!!!!!!!!

Suami tuanku melarang tuanku dari memakai aku apabila keluar berjalan-jalan, sebaliknya menyuruh tuanku memakai sandal Crocs baru itu. Ku lihat tuanku agak keberatan, kerana Crocs itu agak huduh dan tidak lah se-vogeh aku, namun suaminya tetap menyuruh tuanku memakai Crocs itu. "Alah, pakai sandal biarlah selesa, awak tu dah la peknen, tak payah nak vogue lah", demikian kata-kata pedih menghiris yang keluar dari mulut suami tuanku itu.

Dan tuanku tiada pilihan selain menurut sahaja kehendak suaminya itu. Kadangkala aku merasa kasihan dan rasa nak tergelak melihat gaya tuanku yang sudah tidak vogue itu. Mana tidaknya, tuanku banyak koleksi seluar panjang yang berpotongan ranggi, iaitu agak ketat di bahagian paha dan mengembang sedikit ke bahagian bawah (ala2 bell bottom gitu, tapi ianya menyerlahkan lagi sepasang kaki tuanku yang begitu gorjes itu), dan ianya begitu huduh apabila tuanku memakai sandal Crocs, macam tak kena gaya pulak...

Hatiku masih pedih terhiris dan terguris dengan peristiwa ini, dan apa yang aku mampu lakukan sekarang ialah cuma sandarkan pada kenangan....(ending lagu filem Azura, Sandarkan Pada Kenangan nyanyian mokcik Ogy dan pokcik Jamal)

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

Oh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasih mu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

5 comments:

  1. hoh!!! sahih ko ciplak karangan aku sebatang pensel anak ko nih..

    ReplyDelete
  2. hoh bananassssssss...macamana ko leh tahu ciplakan aku pada mahakarya budak darjah satu nehhhh??? ko skodeng aku ke?

    ReplyDelete