Saturday, November 28, 2009

I'm On Vacation !!!!!!!!




Memandangkan aku pun turut dilanda sindrom cili BUH dan Sarjan HaSAN (buhsan daaa) dengan ketiadaan jiran aku disisi, maka aku dah siap kemas kain baju nak pergi bercuti di Bahamas dengan berjemur di bawah sinaran mentari dengan memakai bikini...

bersiar2 di persisiran pantai dengan hanya memakai short skirt dan tube oren...err gambar sapa ntah....ini gambar hiasan semata-mata...


Erk ??? hehehe sekali lagi aku hanyut dibawa arus imaginasi...

Yang sebenonya eh...adik beradik aku dari Ganu datang sempena Raya Haji ni. Port diorang ialah di rumah abang aku...So aku saja la nak menyibuk bikin gamat suasana di sana...Then Teddy pun dengan baik hatinya suruh aku n kids tido kat rumah abang aku...

Katanya, dia kena siapkan kerja, Tuesday ni kena hantar...so kalau aku nak bersukaria dengan kelorga, pi la kat sana, dia tak apa (eh, macam berirama pulak ekk)..

Pucuk dicita salad kentaki yang datang la...aku tak tunggu dia ubah pikiran, so lepas ni aku akan berehat dari arena blogging (ceh, macam la aku berblogging 24 jam sehari...ehhh iyelah...aku memang antu blog, I don't have a life, so pathetic!hehehe saja kutuk diri sendiri)

Anyway...bubye all...catch ya later alligators!!!!!

Thursday, November 26, 2009

Tangis Syukur Aidiladha-Kelahiran Yang Dinanti...

Aidiladha dan Aidilfitri adalah 2 perayaan utama bagi umat Islam. Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam dalam berperang dengan hawa nafsu dan berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.

Aidiladha pula adalah hari ibadah korban, sebagai signifikan kasih Nabi Ibrahim yang patuh pada suruhan Allah, sehingga sanggup untuk mengorbankan anak baginda, Ismail untuk memenuhi perintah Allah. Namun, Allah Maha Penyayang. Di saat pisau sudah terletak di leher Ismail, turunlah wahyu yang meminta Ibrahim agar menggantikan korban Ismail dengan korban binatang ternakan. Maha Suci Allah...

Dan sebagai signifikan kasih kita terhadap Allah, maka umat Islam merayakan hari raya korban. Dan jangan lupa, Aidiladha juga adalah hari penting kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah Haji di Mekah. Demikian betapa pentingnya Aidiladha kepada kita, umat Islam...


Berasal dari Pantai Timur, Aidiladha lebih meriah berbanding Aidilfitri. Dan bagi aku sendiri, Aidiladha mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, terutamanya Aidiladha pada tahun ini.

Kepulangan arwah kekanda Hayati ke hadrah Ilahi pada bulan Ogos lalu masih terasa pedihnya. Dan aku sendiri bagaikan cuba lari dari kenangan Aidiladha bilamana tiap-tiap tahun sebelumnya aku pasti pulang, merayakan Aidiladha dengan kanda Hayati. Namun, tahun ini Aidiladha bagaikan hilang serinya, dan aku sendiri tidak membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha.

Namun, Allah begitu Penyayang lagi Maha Mengetahui...


Setelah sekian lama menunggu, hari ini aku dapat perkhabaran gembira. Yes, novel Ryan-Raihana Kisah Cinta Dua Dunia akhirnya siap dicetak !!! Kata Mitha, hari ini juga mereka akan menghantar novelku itu kepada MPH untuk edaran seterusnya.

Syukur, syukur, syukur.

Aku rafakkan setinggi tinggi syukur pada Ilahi atas kelahiran novel pada tarikh ini. Hari yang menjadi simbol ketulusan hati hamba kepada Allah...

Petang menjelang Aidiladha, aku menangis. Tangis syukur dengan kelahiran novel pertama ini.

Maka, aku herharap yang novel ini menjadi titik pertama dalam perjuanganku untuk terus menulis.

Mudah-mudahan Allah akan terus melimpahkan rahmat-Nya padaku....amin...

Tuesday, November 24, 2009

French Fries ???

J'ai compris tous les mots, j'ai bien compris, merci
Raisonnable et nouveau, c'est ainsi par ici
Que les choses ont change, que les fleurs ont fane
Que le temps d'avant, c'etait le temps d'avant
Que si tout zappe et lasse, les amours aussi passent

Il faut que tu saches

J'irai chercher ton coeur si tu l'emportes ailleurs
Meme si dans tes danses d'autres dansent tes heures
J'irai chercher ton ame dans les froids dans les flammes
Je te jetterai des sorts pour que tu m'aimes encore

Fallait pas commencer m'attirer me toucher
Fallait pas tant donner moi je sais pas jouer
On me dit qu'aujourd'hui, on me dit que les autres font ainsi
Je ne suis pas les autres
Avant que l'on s'attache, avant que l'on se gache

Il faut que tu saches

J'irai chercher ton coeur si tu l'emportes ailleurs
Meme si dans tes danses d'autres dansent tes heures
J'irai chercher ton ame dans les froids dans les flammes
Je te jetterai des sorts pour que tu m'aimes encore

Je trouverai des langages pour chanter tes louanges
Je ferai nos bagages pour d'infinies vendanges
Les formules magiques des marabouts d'Afrique
J'les dirai sans remords pour que tu m'aimes encore

Je m'inventerai reine pour que tu me retiennes
Je me ferai nouvelle pour que le feu reprenne
Je deviendrai ces autres qui te donnent du plaisir
Vos jeux seront les notres si tel est ton desir
Plus brillante plus belle pour une autre etincelle
Je me changerai en or pour que tu m'aimes encore


No...korang tak silap masuk blog. Yang kat atas tu lirik lagu Pour Que Tu M'aimes Encore by Celine Dion. Dulu, suatu ketika dulu aku suka sangat lagu ni...still do, actually...tapi aku tensen sebab aku tak reti nyanyi lagu tu...kalau aku nyanyi pun, bunyi macam merapu...or worse, macam mencarut pun ada....Tapi aku tak kira, aku nyanyi jugak...hehehe...ada la bau2
French jugak, walaupun sekali dengo macam aku tengah mencarut...kasi can la ekk...

Aku memang suke bahasa Perancis ni...seksi sangat bunyinya...kata omputeh, this is the language of love...tapi memang betul la...dari segi fonetik atau bunyi, memang French ni bahasa cinta...kalau nak maki orang, go for Italiano...nescaya kata-kata makianmu akan begitu melodious sekali hehehe...

Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat lagu ni padahal aku tak paham sepatah haram pun apa yang Celine Dion duk merapu dalam lagu ni...I guess it's the melody, the rhythm...macam happy jer bila dengar lagu ni....

Ini translation lirik lagu dalam English...Kalau ikut terjemahan, Pour Que Tu M'aimes Encore maksudnya ialah For You To Love Me Again, atau For You to Love Me Still...(encore=again/still)...dalam bahasa Melayu, tajuknya ialah Untuk Kau Masih Menyintaiku....

Tapi aku lebih suka lagu ni dalam French, ala2 misteri nusantara gituuuu...hehehe...enjoy...

I understood all the words, I understood, thank you.
They were new and made sense, that's why here
Things have changed, and the flowers have wilted
That's why the past was the past
That's why, if everything changes and wears out, then loves also fade away

You should know
I'll look for your heart if you take it somewhere else
Even if when you dance, others are dancing with you
I'll look for your soul in the cold, in the flame
I'll cast a spell on you, so that you love me still

You shouldn't have started, attracted me, touched me
I shouldn't have given so much, I don't know how to play
People tell me that today, they tell me that's how other women do things
I'm not other women
Before we get too close, before we throw it away

You should know
I'll look for your heart if you take it somewhere else
Even if when you dance, others are dancing with you
I'll look for your soul in the cold, in the flame
I'll cast a spell on you, so that you love me still

I'll find other languages to sing your praises
I'll pack our bags for the fields of eternal harvests
I'll say those magic words spoken by African healers
I'll say them with no regrets, so that you love me still

I'll make myself a queen so that you don't leave me
I'll make myself new so the fire starts again
I'll become like those other women who make you happy
Your games will be our games, if that's what you desire
I'll make myself brighter, more beautiful, to rekindle the spark
I'll turn myself to gold, so that you love me still














My son the KING !!!

Tadi masa aku sibuk lap lantai, sapu sampah sambil2 jemur baju dan masak (err saja la aku exaggerate skit tentang kerajinan aku, nak tunjuk yang aku tidakla hanya berlonggok depan laptop ajer), Hafiz sibuk duk nyanyi lagu NegaraKu. Wah, anakku sungguh patriotik sekali....Merdu pulak suaranya walaupun sumbang di sana sini...


Habis nyanyi lagu tu, dia datang dekat aku yang tengah sibuk menyapu lantai sambil lipat baju (sekali lagi aku exaggerate).


"Mama, bertakhta tu apa Mama?" soal Hafiz. Ala..kan dalam lirik lagu NegaraKu tu ada sebut...'Raja kita...selamat bertakhta'...itu pasal la member sudah tanya....


Aku dah start garu kepala. Seriously, macamana aku nak explain konsep 'bertakhta' pada Hafiz ekk ? Sekilas, otak aku yang mempunyai sel2 yang saling berkait rapat (ingat balik iklan susu baby OK, sel2 otak yang tidak berhubung = orang yang kureng cerdik, sel2 otak aku rapat2 hubungannya hokeh!) terus berputar ligat. Macam gasing daaa...


Bertakhta...root atau kata dasar dia ialah takhta. Takhta = singgahsana/mahkota, simbol kuasa pemerintahan. Bertakhta dalam maksud mudah semestinya memerintah. OK, got it!


"Bertakhta maksudnya memerintah", aku jawab dengan yakin.

"Memerintah ? Siapa yang memerintah?", dia soal aku balik. Budak ni kang...Aku dah tarik napas. Sabar....

"Raja la. Raja bertakhta, raja memerintah", aku jawab. Penat la. Sel2 otak aku masih banyak yang belum berhubung rupanya....

"Owh. Raja. Raja tu kaya tak Mama ?" aduh...aku dah nak tumbuh taring dah. Aku jamah kat mulut rasanya dah 4 pasang taring dah nak menjelma. Tunggu lama skit mesti aku cun skit dari Maryam dalam citer Pontianak Harum S*ndal Malam...

"Mesti lah kaya", aku jawab sambil pejam mata. Anak aku yang sorang ni memang banyak cakap...Genetik sapa lah yerrrr....


Pastu dia diam 5 saat. Oh what a bliss....Silence is golden. Tapi tak lama...Pastu dia dapat ilham baru....


"Ohhh...Kalau macam tu besar nanti abang nak jadi RAJA la Mama!", dia cakap dengan penuh keterujaan. Hehehe....Sori la Batik, nampak gayanya aku kena pinang anak soltan Mizan la untuk anak aku....

Pastu dia cakap lagi...

"Nanti kalau Abang jadi Raja, Mama datanglah rumah Abang", dia pelawa aku dengan penuh E-Class...hoh, apa kelas datang rumah dia ????

"APa? Datang lawat Abang ??? Kalau Abang jadi Raja nanti, Mama DUDUK sekali la dengan Abang!" aku jawab dengan penuh semangat...Nampak sangat aku yang over layan imejinasi anak aku...hehehe...

Layannnnnnnn.....

Inilah gamba bakal besan I...hikhikhik.....

Monday, November 23, 2009

Anakku Rindu...




Semalam Hafiz tanya aku satu soalan cepumas. Dia tanya, "Mama, anak kawan Mama tu dah baik ke sakit mata dia?". Huh...sekilas ikan di akuarium dah aku tahu apa spesiesnya...aku yang tengah rilek tengok TV tanya dia balik. "Anak kawan Mama ? Yang Mana ni ?" (chehh...macam la ramai sangat anak-anak kawan aku yang Hafiz kenal).

"Ala...yang kita selalu pergi rumah dia tuu la", jawab Hafiz, masih cuba cover line dengan tidak menyebut nama kawan dia tu (well, he learned from the best tactician in the world, a master in cover line statements). Aku dah gelak. "Mama, apsal Mama gelak ? Cepatlah, kawan abang tu dah baik ke sakit mata dia?", dia soal aku dengan serius.

"Emm. Dia dah baik sakit mata. Kenapa?" aku soal dia balik.

"Oh dah baik", jawab Hafiz. Dia 'paused' beberapa saat, dan mula tanya soalan cepumas dia...dia tanya...

"Kalau dia dah baik, apasal kita tak pegi rumah dia ????"...


hohohoho....anak aku pun dah perasan yang sudah lebih seminggu kitorang tak bertenggek kat rumah ahkakbatik...

Nampak sangat yang kitorang memang PELEPAK TEGAR di rumah jiran aku yang tuuu la....hehehehe....

Tapi aku suka tengok friendship budak dua orang ni...sweet sangat...at their age now, diorang masih tak concious dengan konsep berkawan dengan orang yang lain jantina...tunggu la 3-4 tahun lagi, mesti masa tu dah reti segan-segan, malu-malu...

Sekian cerita childhood sweetheart...hehehe...ni kira aku booking la ye....

Saturday, November 21, 2009

Oh My Rock Star....

Serious. Felt like I had went through a very huge, hip and happening rock concert marathon tonight. And in that concert, all the rock stars and all the divas were shining brightly, almost to a point where their pure brightness almost blind you.



And their energy....man....you just couldn't help but to just let yourself swept away with their enormous energy. How they hynotized you. They sang, and you just couldn't help from singing along with them. They shout, and you shouted even louder. They jumped, and you stomped furiosly on your feet, like your feet are burning.


And when the concert ends, you were left with a hollow spot in your heart, like you had parted with something dear that you just want to cling on forever...It's like a profound silence after a terrible, deafening storm, but it's the dead silence that is more deafening, coz it makes you long for more sounds, more songs, more screams...

Encore! Encore!....One more! One more!

Sigh...








Itulah gambaran mainan emosi dan konflik peribadi aku, sewaktu aku tengok konsert Malam Graduasi tadika anak aku...hehehehe.....


Aku didatang dengan sentimen emosi...my son had grown up...my little baby, my firstborn had graduated from kindergarten. It's like, WOW !!!!!!!!! Bombastic, fantastic, magic!!! It's like supercalifragilisticexpialidocious!

Iyolah...itu anak sulung den...musti lah den raso excited terlebey...itu aku belum sunatkan anak aku lagi tuuuuuu....kut2 dia nak kawin esok2 ntah camana la tahap aku emo ekk hehehehe...





oh welcome to motherhood....

Friday, November 20, 2009

Hari Yang Bingung...

Hari ni, aku bangun tido dengan perasaan yang bersemangat lagi bertenaga. Nothing to do with Friday night's extra curricular activities hokkay...Korang ni, cuba la think outside the box sikit....haishhhhh.....


Bersemangatnya aku pada hari ini ialah kerana telah seminggu aku terperap dalam rumah, contact lens takleh pakai, nak jenjalan tak boleh sebab takut orang lari bertempiaran tengok mata jombi aku...maka dari Jemahat minggu lepas aku self quarantine kan diri aku...buhsan giler duk berkurung lam umah...dah lah takleh bertenggek kat umah batik macam minggu2 sebelumnya.....errr patutla rasa kulit I dah putey melepak yewwww....


Anyway, hari ni aku dah start dapat vision 20/20, yahoooo !!! Barulah terang duniaku....Dan hari ini pun aku dah sound awal kat Teddy yg aku nak pi sekolah abang, nak ambil report card. Report card day sepatutnya last Saturday, tapi sebab aku pesakit mata yang prihatin, maka aku cakap kat cikgu sekolah Hafiz yg aku tengah kuarantin sebab sakit mata. Dia pun apalagi, sokong jer la tindakan bijak aku tu....

Report card dia mak aiiiii...ni result dia ekk...jangan tekejut

BM-60
BI -60 (ni sama rata ni, takleh jeles)
Maths - 92
Science - 95
Drawing - 70
Jawi - 80


And I was like.....aiyyok ! Apasal anak aku punya BM n BI teruk sangat ??????? Tapi Maths n Science tinggi lak...hadoiiiiiii...Kata cikgu, kat sekolah dia talkative bukan main, dan dia memang boleh membaca....tapi tang writing dia malas skit...so subjek yg banyak skit kena menulis memang dia curutttt compared to his classmates....arghhhhhh.....tensennya...camana la mak dia bole lepas jadi penulis ??????? owh...ini musti Hafiz ikut genetik Teddy nih hehehehe....AKu punya genetik terer, math/science n languages pun aku conquer (stetmen arrogant tahap gaban)


ANyway, lepas ambil report card aku merayau kat jasko....aku pi beli card reader memandangkan aku masih tak jumpa kedua2 USB cable utk digi-cam dan henpon aku....aku nak beli benda alah itu ajer, tapi merayau punya la lama...berlegar2 ukur setiap inci bangunan jasko...dengan 3 otomen dalam trolley hehehe....


So balik umah, aku dengan perkasanya terus cucuk card reader dan masukkan memory card henpon dlm slot card reader....sekali peristiwa...folder image aku is not accessible...possibly corrupted...uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Then aku pi la amik digi cam....sekali lagi hampagas ku rasakan....aku main beli jer card reader tu tanpa tengok memory card digi cam aku, tengok2 card reader tak ada slot utk memory card compact flash digi cam aku.....so takleh baca memory card digi cam aku....double uwaaaaaaaaaaaaa !!!!!!


Arghhhhh tensen nya....sib baik gak aku pilih card reader yg paling murah iaitu rega RM29.00, dapat diskaun 4 hingget maka aku cuma bayo RM25.00....so idok la aku rasa macam nak terjun bangunan....


(Tapi tensen jugak sebab 25 hingget tu aku boleh beli 2 dozen Big Apple Donuts siap ada belen nak beli air mineral lagi.....arghhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!)



Errrr tapi takleh tensen over2...jap agi aku nak mekap lawo2....malam ni konvo Hafiz....

Oh my son had grown up....dah nak konvo dah....beruntung sapa dapat Hafiz jadi menantu (sambil pandang keliling, jiran2 blog aku ramei anak pompuan hehehehe....)