Thursday, February 24, 2011

Haruskah Aku Menangis ? Sebuah catatan duka...

Ini ialah sebuah entri yang sangat serius. Serius ni. Aku sangat sangat sedih di waktu dan kala ini. Dari tadi, airmataku merembes keluar bagaikan Lembangan Yang Tze pada musim hujan lebat. Airmata duka. Duka belangsukawa meratapi gerhana yang membadai kamar hatiku.


Kenapa ini semua harus terjadi ?

Berkali-kali aku bertanya pada suamiku. Mengapa sayang ? Mengapa ?

Kenapa Teddy kenapa ?

Benci sangatkah kau padaku ?

Sanggup kau hancurkan harapanku ?

Teganya hatimu melukai aku ?

Setelah kau berikan 100% pengharapan, dan dengan begitu sahaja kau musahkan harapan itu.

Why babe, why ?????????

Dan dia tidak mampu memberikan jawapan konkrit.

Hanya mampu tertunduk.

Dan aku bagaikan perempuan gila yang kerasukan syaiton, aku terus memukul-mukul dada Teddy sambil menangis hiba.



"Abang kejam !" aku meratap, bagaikan tertusuk sembilu yang merobek-robek hatiku.


"Kenapa bang ??????", raungku, tanpa peduli pada ibu mertuaku yang kehairanan.


"Sabarlah....saya tak sengaja, saya terr" belum sempat Teddy habiskan jawapannya, aku terus mengongoi kehibaan.


"Sabarlah. Ni dah ada yang lain ni", jawab Teddy.



Dan aku terus menangis dengan sekuat hati bila mendengar jawapan Teddy.


Pedih
Luka
Hiba

Arghhhhhh semuanya tersimpul menjadi satu.











"Takmo ! Takmo ! Saya nak enpon Blackberry awak yang lama jugak, dalam tu ada SIM card DIGI yang saya dah register !!! Saya dah tak sabo nak eksen kat kengkawan saya kat tenet yag saya udah ada enpon Blackberry, apsal awak tinggalkan SIM card kat Kolumpo ????" jeritku pada Teddy.


"Tuh...CheOdah Vogeh dalam pesbuk saya tuh, dah sindir2 dah ngapa posting saya takdak tulih pong mesej dihantar oleh Blackberry. Tuu ha saya dah hapdet kat blog yang saya akan pakei enpon Blackberry utk bertenet...mana saya nak letak muka gorjes saya neh?????" jeritku, tapi yang ini cumalah jeritan batin jer la...


Ceritanya : Imbas kembali, bagaimana aku dah war-warkan pada seantero doniya, yang aku akan pakai enpon Blackberry. Walaupun cuma Blackberry lamo Teddy, namun daku tetap gumbiraaa.

Alih-alih, petang nih dia balik dari KL dengan Blackberry Pearl. Aku tak kisah yang tu. AKu tetap bersyukur. Apa-apa aje lah. Asei biri-biri hitam eh silap, beri hitam idamanku.



Dan aku tatau naper Teddy tetiba beli enpon Blackberry Pearl. Jangan tanya aku pasal rega ka apa ka. Aku buto Blackberry. Yang menjadi punca amukan dan kesedeyan ati aku ialah...........kat dalam enpon Blackberry lama dia tuh, ada tersemat SIM card DIGI yang aku dah gigih register dari last week utk dipakai utk urusan bertenet.


Nak pakai Celcom mahey nak mampoih, 6 hingget sehari...gilo apo...DIGI la paling murah, 2 hingget jer sehari.


Tapi dia terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrtinggal pulok Blackberry lamo dio tuh kat Kay El. Next week dia pi Sabah. Nampak gayanya, minggu depan masuk bulan March lah baru aku buleh berlagak dengan Blackberry Pearl tuh. huh hampeshhhh....

dalam blekberi inilah tersematnya sekeping SIM card DIGI milik ai...ado kat Equine...kalo kakbatik duk kat situ musti ai paksa dia panjat umah ai utk amik enpon neh...



Blackberry Pearl yang takdak SIM card. hampeh...




Sekian, catatan duka ai....

5 comments:

  1. hahahaaaa...sat naaa kasik aku abeh gelak dulu......

    -kaktek post comment via hp notebook-

    ReplyDelete
  2. wahhh aku baru tau ada pearl belekbiri...lawa gak noOOooOoo

    "kak limah ghairah"

    ReplyDelete
  3. eh lupes nk gelak

    MuUHAhjahUAHUAhHAjHhHHAhahHAhahAHhahahhahahahHHHAHAHAAAAHhHAHHAhahahahahha

    "kak limah ghairah"

    ReplyDelete
  4. huh kak limah ghairah nih sohih ada makan ubat kuat..itu pasal la asik ghairahhhh jewwrrrrr (dengan molot termoncong2)

    ReplyDelete