Tuesday, March 30, 2010

My 7 year old took LINUX test ??? wow

My eldest otomen came back from school yesterday with his test results. Here's the score:-

Mathematics : 78%
BM Penulisan : 80%
BM Kefahaman : 63%
Agama Islam : 65% (euuwww, malu!)

The rest of the results are yet to be known. Well, he is just 7 years old, and it was just a monthly test, so I shrugged off the results. OK per...not like he is taking UPSR or whatever...

Wait a minute. Below the test results, there's a letter from school. So I read that letter, uninterestedly at first, but when I read through the whole letter, it felt like I had a heart attack. The letter is telling me that my otomen will be transfered to another class, as he did not pass the LINUS saringan test.

And I was like, wtf, LINUX ? Why in the world should a seven year old took a LINUX test ? Oh, for the ignoramus, LINUX is a UNIX-like operating system, which was developed thanks to the open source system. Difficulty level in LINUX ? Like cracking your heads against the wall -lah. That's how difficult Linux is. So why did my seven year old boy took a Linux test ?


Whoops...it's not Linux lohhhhh...it's Linus. Aiyyah...my eyes....


And what does Linus stands for ? It's the elegant Literasi & Numerasi test. Owh. But I still don't know head or tails about Linus. So I asked my best friend Mr G. When I typed LINUS, Mr G gave me 9,020,000 hits. The first page is mostly about Linus Torvalds, a Finnish software engineer, who is by the way, the very person who initiated the Linux kernel, and from which the Linux name in IT world was coined from.

But I persevered, and after a few pages, I stumbled across Linus program as introduced by Malaysian Ministry of Education, which kicks of in year 2010. Oh wow, it has just begun. I had also stumbled across some blogs, most of which are angry parents whose children was unlucky enough to not pass the Linus test, and be forced to join the rehab class. Oh yes, it's a rehab class for those kids who didn't pass the Linus test. In bahasa, it's the dreaded kelas pemulihan.

And again, I muttered some expletives. Kelas Pemulihan ? WTF ? My boy can read, spell and do simple maths, he is just in standard one, and it is just March for crying out loud, why should he enter kelas pemulihan ? And so I researched some more. Here's what I found about Linus.


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “BUNGAJAMBUL:BHA19471” dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Februari 2010 – ‘Pengenalan Program Linus dalam Tahun Satu hanya akan menjadikan kurikulum tahun satu semakin bercelaru’.

Kementerian Pelajaran Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahun Satu. Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, kementerian telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.

Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana.

Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan guru pemulihan khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.

Diharap penjelasan dan penerangan ini boleh mengatasi keraguan tuan tentang pelaksanaan program ini.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Source:


Well, it is still not enough to pacify me. So I called ahkakbatik for some taxi cum nanny service (heh heh jangan marah, nanti ko pi US takde dah orang nak nyusahkan ko lagi!), and she was kind enough to oblige me. And so we went to the school. I was lucky enough that Hafiz's classroom teacher was in the Teacher's Lounge (damn, I made it sound so elegant, kan?), and armed with Hafiz's test results papers, I bombarded her with questions.

Puan Syahidah was kind enough to listen to my grumbles, and then when I took out the test papers, she kindly told me that the Linus test result did not come from the test papers that I brought. I froze. WTF ? Was there another test that I am not aware of ? Yes, she told me. There was a separate test for Linus, in which the student took the test, and the teachers keyed in the data (as collected from students' answer) to the computer, who analyzed the answers, and decided if the student pass the test and should join the mainstream class (meaning normal classes) or failed the Linus test, and should join the rehab classes.


And to console me, Puan Syahidah told me that there are even students with excellent test results who failed Linus test and be forced to join the rehab class. And there's another repeat test in June, in which if my boy pass the test, he can join the mainstream class. And if not, well...I hope that my boy will find his way out....

Sigh...

Monday, March 8, 2010

Chef Diva Malasssss...

Heh heh...minggu ni aku extra malas...bak kata tagline HotFM...lebih MALAS dari biasa...

Tapi bukanlah bermaksud yang aku hanya makan tido aje...aku aktif join forum merangkap mesorat tingkap versi virtual...tengok tibi pun rajin...makan lagi la...tapi entah mengapa aku malas beno nak hapdet blog...bak kata Carlo the final contestant dalam The Biggest Loser Asia...maybe I had hit the plateau...owh Carlo ko sungguh ensem sekali.....

Erk! Fokus fokussssss....


Entry aku kali ini ialah tentang febret subjek aku...iaitu makan....

Alkisahnya, last week 6 March ialah tarikh keramat bagi Teddy...tu lah tarikh besday dia...petang sebelumnya aku dah buat mabeles chocolate cake yg sangat gorjes lagi delisyes (kalau la cikgu English aku tengok aku mencabul ejaan bahasa Inggeris nih mau pengsan 40 ari)...tapi Teddy balik lambat....kul 10 malam baru sampai umah...by that time, kek yg mabeles, gorjes lagi delisyes itu dah tinggal separuh dah....otomen aku la belasah...heh heh...so gamba takde la ekk...use your imagination OK....


Maka 6 March tu terpaksa lah aku berkungfu kat kitchen...kek tu kira tak sah...choiiiiiii....

anyway...taadaaaaaaaaaaaa...



Inilah hasilnya...aku masak Roast lamb chop with side dish of steamed broccoli and baby carrots, pastu ada mashed potato, buttered rice and veggie salad medley....


Erk!!!! Aku lupa lah nak letak lamb chop tu ateh pinggan Royal Doulton aku yg aku beli ngan harga RM2ribu satu set tuh....heh heh use your imagination OK!!!!




CikMan yang kekenyangan...

Sekian...aku nak sambung mood malas....


Wednesday, March 3, 2010

Ratapan Pilu Nan Syahdu : Trauma Satu Kehilangan

Puhhhh...tajuk...jiwang tahap dewa! hikssss....

Dah seminggu aku tak hapdet blog. Semuanya kerana aku terlalu sibuk. Sibuk dengan aktiviti forum NGO.(Cheh, mula la prasan macam somebody important). Forum NGO tu sebenonya cumalah forum di alam virtual aje, tempat aku bersidai, bergosip sambil berdebat secara ilmiah dan menjana minda dengan diskusi yang begitu menganjakkan paradigma. Eerrrr....apa aku cakap ntah....

Yang sebenarnya, aku malas. Kan senang kan. Short, simple and straighforward jer alasannya.

Berbalik pada tajuk, setelah dikejutkan dengan berita kematian tragis adik Syafia, dan setelah aku memuntahkan laharan dan kutukan sepanas lava, sehebat ledakan Krakatoa di atas kekejaman pembunuh (and her mother, shame on her for letting this happened to her own child), aku dikejutkan pula dengan tragedi kehilangan di rumahku sendiri...






Inilah mangsa yang hilang. Hewan peliharaan dalam mini zoo kat rumah aku, iaitu Mr Rabbit (or Miss, ntah, aku tak pernah check apa jantina dia ni). Aku pelik macam mana Rabbit boleh hilang, padahal kitorang kasi dia duduk dalam apartment mewah (choiss). OK la, Rabbit nih duduk dalam cage dia, yg kalau ikutkan logik memang tak boleh terbukak sendiri.

Tapi that was what happen. Pagi itu, aku bangun lambat, sebab malamnya aku ada aktiviti qiamullail dan tadarus sampai ke pagi. OK you got me. Tipu lah. Malam tu aku tido lambat sebab layan Slumdog Millionaire. Ingatkan nak tengok sikit jer, tapi sebab citer tu beshhhhh sangat, maka tanpa aku sadari, aku tengok sampai habih, siap tunggu movie credits lagi...ni kalau makan ni ibaratnya hingga menjilat pinggan la nih...heh heh...

Anyway, pagi itu...pagi yang malang (atau happy!) itu, ketika aku membuka pintu rumah, aku perasan yg cage Rabbit terbuka, dan Rabbit tiada dalam cage nya itu. Aku pun terus suruh anak-anak aku membuat pengumuman penting kepada tuan punya mini zoo, iaitu laki aku Mr Teddy. Maka terkocoh-kocoh lah zoo keeper tu bangun, lalu mencari di sekitar neighborhood aku. Hampagas. Rabbit tiada.

Maka aku pun tunjuk concern, dan lakonan mantap tahap first class pun bermula! Siap aku pegi dekat cage, buat siasatan ala2 CSI macamana cage boleh terbukak sendiri...tang ni betul naa...aku bukak2 pintu jer tengok2 cage Rabbit dah terbukak luas....


Heh heh...Padahal dalam hatiku berbunga riang.....inilah nyanyian di dalam qalbu ku saat itu....

Yabedabedooooooooooooooo!!!!!
Yandre yiba yibaaaaaaaaaaaa !!!!!!!
Yennaporinggeyyyyyy amma!!!!....eh silap lagu....


Sebenarnya....walaupun aku sedih jugak lah atas kehilangan Rabbit itu (iyelah, masa dia ada, mana2 sayur yg aku tak habih masak tu aku letgo kat Rabbit la...kira Rabbit ni ibarat waste disposal aku la)...namun...aku tatap gumbira kerna...sekarang...no more Rabbit poops in my yard!!!!

Heh heh....Rabbit ni makan banyak gila...kalau aku kasi carrot, kejap jer habih la...pastu pantang nampak aku keluar rumah, musti Rabbit nih akan panjat2 cage dia...mintak carrot lagi la tuuuu...hehehe cute kan?

Tapi yg aku tak tahan...dia ni nampak jer kecik, tapi kerjanya asik2 poop aje....bertaburan lah di sekitar kawasan rumah aku dengan 'hasil nukilan' masterpiece Rabbit nih....sib baik la bau dia kira tak la busuk sangat, tapi aku still geli la weiiii....banyak beno pellets Rabbit nih...Zoo keeper yakni Inchek Teddy pulak 2-3 hari sekali baru la terhegeh-hegeh nak cuci toilet dia (tang ni aku dah sain kontrak disclaimer awal2, I'm not touching the poops hokkay!)...


Anyway...bubye Rabbit...we'll miss you, but it's OK...have fun out there!!!!!!

Hasta la vista bebeh...

Sekian ratapan pilu yang tak syahdu langsung pada malam ini....

Thursday, February 18, 2010

Sambungan Kisah Sandal Yang DiMadu:Crocs No More!

Korang ingat lagi tak kat aku ? Ala...aku ni kan sepasang sandal putih yang telah bermadu dengan sepasang slipa Crocs...Nak tahu satu cerita gumbira ? Crocs dah tarak!

Yiieeehaaaaaaa, andre yiba yiba!

Kisahnya begini...Last week, ketika perayaan CNY merangkap Valentine's No Panties Day (errr aku pun tak pakai panties ari tu...hahaha! psttt...aku ni kan sandal la weih, mana leh pakai panties!) merangkap besday anak sulung tuanku, mereka sekluarga, yakni tuanku dan keluarganya telah balik ke kampung Inchek Teddy iaitu suami tuanku.

Ketika itu, aku sungguh sedih sekali. Dan tuanku pula kulihat bagaikan teragak-agak sama ada untuk memilih aku atau Crocs untuk dibawa pulang ke kampung. Akhirnya dia memilih Crocs, dan ketika itu tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis. Berendamlah aku dalam limpahan airmata ketika CNY menjelang, ditemani dengan dentuman mercun dan pertunjukan bunga api dari kawasan kejiranan tuanku. Aghhhh.... tensen dan sedihnya saat itu.


3 hari kemudiannya, tuanku dan keluarganya pulang dari kampung Teddy. Ku kesat airmata hibaku, lalu ku sedut kembali saki baki hangus yang masih berkampung dalam hidungku. Aku tidak mahu tuanku melihat aku bersedih....Ah, mulia sungguh hatiku, kannn ?

Namun...ketika tuanku melangkah masuk, aku terperanjat sekali melihat sandal lain yang sudah lusuh di kaki halus mulus tuanku itu. "Mana Crocs ?" Bisikku di dalam hati.

Maka tanpa lengah, aku pun terus bertanya pada sandal lusuh yang telah dipakai oleh tuanku itu. Menurut sandal lusuh itu, dia asalnya adalah milik ibu mertua tuanku, iaitu ibu Inchek Teddy. Ketika di kampung, tuanku telah beriya-iya sekali bercerita tentang ke-besh-an selipar Crocs itu. Tak lupa juga, tuanku turut meng-highlight tentang harga Crocs kepada ibu mertuanya. Ketika itu, ibu mertuanya hanya mendengar penuh minat.

Dan sejurus sebelum berangkat pulang, Inchek Teddy telah menyuruh ibunya mencuba slipa Crocs itu, sekadar untuk memastikan saiz kaki ibunya. Kata suami Tuanku, lain kali dia akan belikan selipar Crocs untuk ibunya. Namun, un-sangkarable sekali, ibunya terus berkenan dengan selipar itu. Dan kebetulan pula, Crocs saiz 7 itu padan pula dengan kaki ibu mertua Tuanku. Apalagi, Crocs itu sekarang sudah berpindah milik kepada ibu mertua tuanku la!

Dan supaya tuanku tidak berkaki ayam ketika pulang ke Kuala Lumpur, maka ibu mertuanya telah memberikan sandal lusuh itu untuk dipakai dalam perjalanan...

Wahhhhhhhhhh...daku teruja sekali mendengar penerangan sandal lusuh itu...

Ternyata titis kebahagiaan itu masih milikku, dan masih ada sinar mentari yang bakal menyirami kedukaanku semalam...

Sekian, inilah kisahku...Kisah sepasang sandal yang bermadu, namun berkat ketabahan dan kesabaran, yang pahit itu kan manis akhirnya....(ayat pengubat luka tak boleh blah)

Thursday, February 11, 2010

Tragedi Sepasang Sandal Yang Dimadukan....Sandarkan Pada Kenangan...

Aku ialah sepasang sandal. Aku berwarna putih berseri, dengan sedikit taburan permata pada badanku. Aku adalah produk buatan Malaysia, 100% tulen bang..., walaupun jenamaku kedengarannya seperti nama negara Swiss dan permainan Polo.

Setelah aku dicipta, aku dan kawan-kawanku dibawa menaiki lori ke suatu lokasi. Owh. Jusco Taman Equine rupanya. Pada suatu hari yang indah, sedang aku berehat-rehat di dalam kotakku di bilik stor Jasko, tiba-tiba aku terasa kotakku diangkat. Kemudian, apabila kotakku dibuka, aku terkesima sekali melihat seorang wanita jelita lagi gorjes yang begitu ghairah menyarungkan aku ke kakinya yang halus mulus itu. 'Ini mesti kaki anak dara ni', bisikku di dalam hati. Ternyata tanggapanku jauh meleset, kerana wanita ini sebenarnya sudah beranak tiga! Wah, pandai betul dia menjaga body beautiful nya itu. (Tempat muntah di sini).

Dan saat itu, aku jatuh cinta padanya. Dia juga jatuh cinta padaku kerana ku lihat dia dengan rakusnya terus membayar hargaku di kaunter Jasko itu. Dan dari saat itu, bermulalah kehidupanku sebagai sandal rasmi kepada tuanku itu, yang biarlah aku gelarkan saja sebagai Puan Berlian (bukan nama sebenar).

Aku memberikan khidmat yang tidak berbelah bagi kepada tuanku itu. Ke mana sahaja dia pergi, pasti tuanku akan membawa aku bersama. Ke pasar, ke Jasko, ke kedai runcit, atau kadangkala ke rumah jirannya yang dipanggil ahkakbatik pun kami sering bersama.

Oh, sungguh indah detik-detik manis itu. Terasa kebahagiaan itu memang milikku. Namun...ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ada salji turun di tengahari. (bermula irama gesekan biola yang syahdu).

Pada suatu hari, tuanku dan keluarganya keluar bersiar-siar. Menurut perbualan suami tuanku, dia mahu ke IOI Mall, kerna dia mahu membeli sepasang sandal jenama Crocs. Aku tidak mengambil pusing hal itu. Not my business.

Tiba sahaja di kedai Crocs, suami tuanku itu terus mencuba sepasang sandal dan membelinya. Sebelum membayar, dia menyuruh tuanku mencuba sepasang sandal Crocs. Tuanku kulihat agak keberatan untuk mencubanya, namun suaminya dan juga budak kedai Crocs itu begitu beria-ia menyuruh tuanku mencuba juga. Akhirnya, tuanku menurut.

Dia mencuba sepasang sandal, dan suami tuanku terus sahaja menyuruh tuanku membeli sandal itu. Tuanku cuba menolak, namun suaminya memberi satu renungan tajam, lalu tuanku mengalah lalu memilih sepasang sandal Crocs Mary Jane berwarna hitam untuk dibeli. Kemudian, suami tuanku membayar harga sandal-sandal tersebut.

Dan bermula detik itulah, aku dimadu !!!!!!!!!!!

Suami tuanku melarang tuanku dari memakai aku apabila keluar berjalan-jalan, sebaliknya menyuruh tuanku memakai sandal Crocs baru itu. Ku lihat tuanku agak keberatan, kerana Crocs itu agak huduh dan tidak lah se-vogeh aku, namun suaminya tetap menyuruh tuanku memakai Crocs itu. "Alah, pakai sandal biarlah selesa, awak tu dah la peknen, tak payah nak vogue lah", demikian kata-kata pedih menghiris yang keluar dari mulut suami tuanku itu.

Dan tuanku tiada pilihan selain menurut sahaja kehendak suaminya itu. Kadangkala aku merasa kasihan dan rasa nak tergelak melihat gaya tuanku yang sudah tidak vogue itu. Mana tidaknya, tuanku banyak koleksi seluar panjang yang berpotongan ranggi, iaitu agak ketat di bahagian paha dan mengembang sedikit ke bahagian bawah (ala2 bell bottom gitu, tapi ianya menyerlahkan lagi sepasang kaki tuanku yang begitu gorjes itu), dan ianya begitu huduh apabila tuanku memakai sandal Crocs, macam tak kena gaya pulak...

Hatiku masih pedih terhiris dan terguris dengan peristiwa ini, dan apa yang aku mampu lakukan sekarang ialah cuma sandarkan pada kenangan....(ending lagu filem Azura, Sandarkan Pada Kenangan nyanyian mokcik Ogy dan pokcik Jamal)

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

Oh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasih mu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

Saturday, February 6, 2010

Be My Valentine...

From Wiki,

Saint Valentine's Day[1] (commonly shortened to Valentine's Day[1][2][3]) is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions.[1][3] The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.

Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have largely given way to mass-produced greeting cards.[4

heh heh...saja jer buat tajuk gempaq bersempena dengan kedatangan hari Valentine yang semakin hampir ini. Padahal aku tak pernah sambut Valentine's Day. Sumpah!

Tapi Valentine's day yang disambut pada setiap 14 Februari pada setiap tahun, yang konon-kononnya adalah satu haribagi meng-ekspresi dan memperingati kekasih juga adalah satu tarikh keramat dalam hidup aku.

Here's the reason why.

Introducing : Muhammad Hafiz on his first day on earth, 14th February 2003.

Unsangkarable sungguh yang aku beranak pada hari itu, padahal due date aku ialah pada early March. And he was so tiny, just 1.8kg at birth. But gosh, he was strong like an ox. Biasanya babies yang under 2kg ni doktor akan letak under NICU/Neo natal care, tapi memandangkan vital signs dia yang sungguh power maka doktor kasi lepas saja dia bersama dengan aku...

That was yesterday. Sekarang Hafiz dah besar pun, errr tapi badan masih kecik la. Tak apa lah...walaupun kecik tapi anak ahkakbatik tetap sukakan dia heh heh. Anak aku pun buleh tahan gatal nya...hehehe...where does the gravy drop if not to the rice, kan ? Cepat la aku dapat menantu nanti...hikhikhik....

Sekian, entri yg tiada unsur ilmiah pada hari ini.

Monday, February 1, 2010

Sallahuddin...I fell in love with you...

Ni apa cerita pulak ni ? Takkan la aku ada skandal-mendal pastu sudi pula berkongsi pengalaman ini dengan pembaca blog aku yang budiman lagi cendikiawan lagi rupawan ?

Gilo ko apo aku ni ? Terlebih estrogen ? Kolestrol tinggi ? Hemoglobin kurang ? Tak cukup oksigen ? Brain malfunction ?

Bukan bukan bukan....

Heh heh...alkisahnya....Baru baru ini, aku tengok History channel...ada satu dokumentari pasal pahlawan Islam zaman silam...iaitu Salahuddin Al-Ayubi...atau mengikut sebutan lidah omputeh...Salladin...

Owh...dari dulu memang aku dah admire Sallahudin. Esp selepas aku tengok movie The Kingdom Of Heaven. Wow. Dalam movie tu, Sallahudin memang digambarkan sebagai seorang lelaki yang begitu budiman, a great warrior, a brilliant strategist dan paling penting, seorang Muslim yang begitu taat pada Allah. Memang. Dari dulu lagi sudah aku terkesima padanya.


Tapi, masalahnya, dalam movie tu jugak ada watak Balian yang dipegang oleh Mr Orlando Bloom aku, so mata keranjangku lebih suka melihat kelibat Balian, lalu otakku cuma mampu mencerna watak Balian...Balian...Bloom....dan bahagianya kalau la aku jadi Mrs Bloom....




Eh apa aku melalut ni....Fokus....fokus....kita cakap pasal Sallahudin la deyyy...

Anyway, dokumentari yang aku saksikan lewat pancaran Astro BYOND dengan menggunakan paparan High Definition menerusi kaca televisyen widescreen LCD di rumah aku itu (hahaha saja aku tulis tu, mesti ahkakbatik membara jer baca khannn?), betul-betul membuatkan aku memikirkan balik tentang insan yang bernama Sallahudin Yusof Ibn Ayyub ini.

Menyaksikan rentetan peristiwa perang Salib atau the Crusaders wars, bagaimana dia berjaya menakluki kota suci Juruselam, Acre etc etc dan bagaimana pintarnya dia mengatur strategi, membuatkan aku meraba raba perut aku...Rayyan Sallahuddin...

Sigh...

Hadoiiiii...Nampaknya, aku rasa aku bakal dapat baby boy lagi la...hehehe...

Takpe la...asal leh kasi nama Salahuddin...ambil berkat kaedahnya....