Tuesday, October 5, 2010

Ah...Daku Teringin : Cerita 18SX

Emmmm...Daku teringin...teringin untuk memenuhi tuntutan naluri asas...Rasa yang sekian lama ku pendam selepas melahirkan anak keempatku, 35 hari nan lalu...

Dan bagaikan benda terlarang yang lainnya, yang mana semakin dilarang, semakin enak dan eksotik rasanya...

ah....the glory of the forbidden taste...sinfully sweet...


Sudah beberapa hari aku menahan gelojak napsu yang membuak-buak ini. Semakin cuba ku kawal, makin tidak keruan aku jadinya...Bagaikan rasukan setan, perasaan teringin ini terus memburuku, dan aku bagaikan tidak mampu berlari lagi dari rasukan ini....oh kenapa ???


Lalu kuhitung hari...baru tiga puluh lima hari...belum cukup empat puluh hari....adakah aku cukup kuat untuk mengawal napsu ku ?? Tinggal lima hari sahaja, dan selepas itu aku bakal merdeka dari tempoh berpantang...kuatkan iman, astaghfirullahalazim !!!


Namun naluri nan satu itu terus memburuku, menghantuiku sehingga ke dalam mimpi ! Tidur malamku...ah....malam terasa begitu panjang, dan ranjang pembaringanku bagaikan dinyalai bara api ! (errr yang ni mungkin sebab aku pakai tilam thermal Zhulian ....panassss)...



AKu....resah....gelisah...tidak keruan aku jadinya....


emmmm...aku mahu....itu....


Aku mesti dapatkan....itu....

emmmmmmmmm....

Malam ini, bakal menjadi malam yang terindah.....akan ku tunaikan tuntutan naluri ini....



Walaupun aku mungkin melanggar tempoh berpantang, semua itu tidak ku hirau!

AH persetan dengan tempoh berpantang yang belum selesai...Yang pentingnya, aku harus melunaskan gelojak nafsu yang membara ini....



Inilah yang kumahu....



one bite of heavenly, sinfully rich, moist chocolate cake.....emmmmmmmmm...
Gosh I can just taste the luscious chocolate melting in my mouth...................oh paradise......
Secret Recipe, tunggulah kehadiranku !






Abih, korang hengat aku cakap pasai apa ????? Choiiiiii !!!!!!!!!