Thursday, February 18, 2010

Sambungan Kisah Sandal Yang DiMadu:Crocs No More!

Korang ingat lagi tak kat aku ? Ala...aku ni kan sepasang sandal putih yang telah bermadu dengan sepasang slipa Crocs...Nak tahu satu cerita gumbira ? Crocs dah tarak!

Yiieeehaaaaaaa, andre yiba yiba!

Kisahnya begini...Last week, ketika perayaan CNY merangkap Valentine's No Panties Day (errr aku pun tak pakai panties ari tu...hahaha! psttt...aku ni kan sandal la weih, mana leh pakai panties!) merangkap besday anak sulung tuanku, mereka sekluarga, yakni tuanku dan keluarganya telah balik ke kampung Inchek Teddy iaitu suami tuanku.

Ketika itu, aku sungguh sedih sekali. Dan tuanku pula kulihat bagaikan teragak-agak sama ada untuk memilih aku atau Crocs untuk dibawa pulang ke kampung. Akhirnya dia memilih Crocs, dan ketika itu tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis. Berendamlah aku dalam limpahan airmata ketika CNY menjelang, ditemani dengan dentuman mercun dan pertunjukan bunga api dari kawasan kejiranan tuanku. Aghhhh.... tensen dan sedihnya saat itu.


3 hari kemudiannya, tuanku dan keluarganya pulang dari kampung Teddy. Ku kesat airmata hibaku, lalu ku sedut kembali saki baki hangus yang masih berkampung dalam hidungku. Aku tidak mahu tuanku melihat aku bersedih....Ah, mulia sungguh hatiku, kannn ?

Namun...ketika tuanku melangkah masuk, aku terperanjat sekali melihat sandal lain yang sudah lusuh di kaki halus mulus tuanku itu. "Mana Crocs ?" Bisikku di dalam hati.

Maka tanpa lengah, aku pun terus bertanya pada sandal lusuh yang telah dipakai oleh tuanku itu. Menurut sandal lusuh itu, dia asalnya adalah milik ibu mertua tuanku, iaitu ibu Inchek Teddy. Ketika di kampung, tuanku telah beriya-iya sekali bercerita tentang ke-besh-an selipar Crocs itu. Tak lupa juga, tuanku turut meng-highlight tentang harga Crocs kepada ibu mertuanya. Ketika itu, ibu mertuanya hanya mendengar penuh minat.

Dan sejurus sebelum berangkat pulang, Inchek Teddy telah menyuruh ibunya mencuba slipa Crocs itu, sekadar untuk memastikan saiz kaki ibunya. Kata suami Tuanku, lain kali dia akan belikan selipar Crocs untuk ibunya. Namun, un-sangkarable sekali, ibunya terus berkenan dengan selipar itu. Dan kebetulan pula, Crocs saiz 7 itu padan pula dengan kaki ibu mertua Tuanku. Apalagi, Crocs itu sekarang sudah berpindah milik kepada ibu mertua tuanku la!

Dan supaya tuanku tidak berkaki ayam ketika pulang ke Kuala Lumpur, maka ibu mertuanya telah memberikan sandal lusuh itu untuk dipakai dalam perjalanan...

Wahhhhhhhhhh...daku teruja sekali mendengar penerangan sandal lusuh itu...

Ternyata titis kebahagiaan itu masih milikku, dan masih ada sinar mentari yang bakal menyirami kedukaanku semalam...

Sekian, inilah kisahku...Kisah sepasang sandal yang bermadu, namun berkat ketabahan dan kesabaran, yang pahit itu kan manis akhirnya....(ayat pengubat luka tak boleh blah)

Thursday, February 11, 2010

Tragedi Sepasang Sandal Yang Dimadukan....Sandarkan Pada Kenangan...

Aku ialah sepasang sandal. Aku berwarna putih berseri, dengan sedikit taburan permata pada badanku. Aku adalah produk buatan Malaysia, 100% tulen bang..., walaupun jenamaku kedengarannya seperti nama negara Swiss dan permainan Polo.

Setelah aku dicipta, aku dan kawan-kawanku dibawa menaiki lori ke suatu lokasi. Owh. Jusco Taman Equine rupanya. Pada suatu hari yang indah, sedang aku berehat-rehat di dalam kotakku di bilik stor Jasko, tiba-tiba aku terasa kotakku diangkat. Kemudian, apabila kotakku dibuka, aku terkesima sekali melihat seorang wanita jelita lagi gorjes yang begitu ghairah menyarungkan aku ke kakinya yang halus mulus itu. 'Ini mesti kaki anak dara ni', bisikku di dalam hati. Ternyata tanggapanku jauh meleset, kerana wanita ini sebenarnya sudah beranak tiga! Wah, pandai betul dia menjaga body beautiful nya itu. (Tempat muntah di sini).

Dan saat itu, aku jatuh cinta padanya. Dia juga jatuh cinta padaku kerana ku lihat dia dengan rakusnya terus membayar hargaku di kaunter Jasko itu. Dan dari saat itu, bermulalah kehidupanku sebagai sandal rasmi kepada tuanku itu, yang biarlah aku gelarkan saja sebagai Puan Berlian (bukan nama sebenar).

Aku memberikan khidmat yang tidak berbelah bagi kepada tuanku itu. Ke mana sahaja dia pergi, pasti tuanku akan membawa aku bersama. Ke pasar, ke Jasko, ke kedai runcit, atau kadangkala ke rumah jirannya yang dipanggil ahkakbatik pun kami sering bersama.

Oh, sungguh indah detik-detik manis itu. Terasa kebahagiaan itu memang milikku. Namun...ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ada salji turun di tengahari. (bermula irama gesekan biola yang syahdu).

Pada suatu hari, tuanku dan keluarganya keluar bersiar-siar. Menurut perbualan suami tuanku, dia mahu ke IOI Mall, kerna dia mahu membeli sepasang sandal jenama Crocs. Aku tidak mengambil pusing hal itu. Not my business.

Tiba sahaja di kedai Crocs, suami tuanku itu terus mencuba sepasang sandal dan membelinya. Sebelum membayar, dia menyuruh tuanku mencuba sepasang sandal Crocs. Tuanku kulihat agak keberatan untuk mencubanya, namun suaminya dan juga budak kedai Crocs itu begitu beria-ia menyuruh tuanku mencuba juga. Akhirnya, tuanku menurut.

Dia mencuba sepasang sandal, dan suami tuanku terus sahaja menyuruh tuanku membeli sandal itu. Tuanku cuba menolak, namun suaminya memberi satu renungan tajam, lalu tuanku mengalah lalu memilih sepasang sandal Crocs Mary Jane berwarna hitam untuk dibeli. Kemudian, suami tuanku membayar harga sandal-sandal tersebut.

Dan bermula detik itulah, aku dimadu !!!!!!!!!!!

Suami tuanku melarang tuanku dari memakai aku apabila keluar berjalan-jalan, sebaliknya menyuruh tuanku memakai sandal Crocs baru itu. Ku lihat tuanku agak keberatan, kerana Crocs itu agak huduh dan tidak lah se-vogeh aku, namun suaminya tetap menyuruh tuanku memakai Crocs itu. "Alah, pakai sandal biarlah selesa, awak tu dah la peknen, tak payah nak vogue lah", demikian kata-kata pedih menghiris yang keluar dari mulut suami tuanku itu.

Dan tuanku tiada pilihan selain menurut sahaja kehendak suaminya itu. Kadangkala aku merasa kasihan dan rasa nak tergelak melihat gaya tuanku yang sudah tidak vogue itu. Mana tidaknya, tuanku banyak koleksi seluar panjang yang berpotongan ranggi, iaitu agak ketat di bahagian paha dan mengembang sedikit ke bahagian bawah (ala2 bell bottom gitu, tapi ianya menyerlahkan lagi sepasang kaki tuanku yang begitu gorjes itu), dan ianya begitu huduh apabila tuanku memakai sandal Crocs, macam tak kena gaya pulak...

Hatiku masih pedih terhiris dan terguris dengan peristiwa ini, dan apa yang aku mampu lakukan sekarang ialah cuma sandarkan pada kenangan....(ending lagu filem Azura, Sandarkan Pada Kenangan nyanyian mokcik Ogy dan pokcik Jamal)

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

Oh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasih mu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

Saturday, February 6, 2010

Be My Valentine...

From Wiki,

Saint Valentine's Day[1] (commonly shortened to Valentine's Day[1][2][3]) is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions.[1][3] The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.

Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have largely given way to mass-produced greeting cards.[4

heh heh...saja jer buat tajuk gempaq bersempena dengan kedatangan hari Valentine yang semakin hampir ini. Padahal aku tak pernah sambut Valentine's Day. Sumpah!

Tapi Valentine's day yang disambut pada setiap 14 Februari pada setiap tahun, yang konon-kononnya adalah satu haribagi meng-ekspresi dan memperingati kekasih juga adalah satu tarikh keramat dalam hidup aku.

Here's the reason why.

Introducing : Muhammad Hafiz on his first day on earth, 14th February 2003.

Unsangkarable sungguh yang aku beranak pada hari itu, padahal due date aku ialah pada early March. And he was so tiny, just 1.8kg at birth. But gosh, he was strong like an ox. Biasanya babies yang under 2kg ni doktor akan letak under NICU/Neo natal care, tapi memandangkan vital signs dia yang sungguh power maka doktor kasi lepas saja dia bersama dengan aku...

That was yesterday. Sekarang Hafiz dah besar pun, errr tapi badan masih kecik la. Tak apa lah...walaupun kecik tapi anak ahkakbatik tetap sukakan dia heh heh. Anak aku pun buleh tahan gatal nya...hehehe...where does the gravy drop if not to the rice, kan ? Cepat la aku dapat menantu nanti...hikhikhik....

Sekian, entri yg tiada unsur ilmiah pada hari ini.

Monday, February 1, 2010

Sallahuddin...I fell in love with you...

Ni apa cerita pulak ni ? Takkan la aku ada skandal-mendal pastu sudi pula berkongsi pengalaman ini dengan pembaca blog aku yang budiman lagi cendikiawan lagi rupawan ?

Gilo ko apo aku ni ? Terlebih estrogen ? Kolestrol tinggi ? Hemoglobin kurang ? Tak cukup oksigen ? Brain malfunction ?

Bukan bukan bukan....

Heh heh...alkisahnya....Baru baru ini, aku tengok History channel...ada satu dokumentari pasal pahlawan Islam zaman silam...iaitu Salahuddin Al-Ayubi...atau mengikut sebutan lidah omputeh...Salladin...

Owh...dari dulu memang aku dah admire Sallahudin. Esp selepas aku tengok movie The Kingdom Of Heaven. Wow. Dalam movie tu, Sallahudin memang digambarkan sebagai seorang lelaki yang begitu budiman, a great warrior, a brilliant strategist dan paling penting, seorang Muslim yang begitu taat pada Allah. Memang. Dari dulu lagi sudah aku terkesima padanya.


Tapi, masalahnya, dalam movie tu jugak ada watak Balian yang dipegang oleh Mr Orlando Bloom aku, so mata keranjangku lebih suka melihat kelibat Balian, lalu otakku cuma mampu mencerna watak Balian...Balian...Bloom....dan bahagianya kalau la aku jadi Mrs Bloom....




Eh apa aku melalut ni....Fokus....fokus....kita cakap pasal Sallahudin la deyyy...

Anyway, dokumentari yang aku saksikan lewat pancaran Astro BYOND dengan menggunakan paparan High Definition menerusi kaca televisyen widescreen LCD di rumah aku itu (hahaha saja aku tulis tu, mesti ahkakbatik membara jer baca khannn?), betul-betul membuatkan aku memikirkan balik tentang insan yang bernama Sallahudin Yusof Ibn Ayyub ini.

Menyaksikan rentetan peristiwa perang Salib atau the Crusaders wars, bagaimana dia berjaya menakluki kota suci Juruselam, Acre etc etc dan bagaimana pintarnya dia mengatur strategi, membuatkan aku meraba raba perut aku...Rayyan Sallahuddin...

Sigh...

Hadoiiiii...Nampaknya, aku rasa aku bakal dapat baby boy lagi la...hehehe...

Takpe la...asal leh kasi nama Salahuddin...ambil berkat kaedahnya....