Sunday, January 31, 2010

The Lion Sleeps Tonight

In the jungle, the mighty jungle
the lion sleeps tonight
In the jungle, the mighty jungle
the lion sleeps tonight
Hush my darlin, don't fear my darlin
the lion sleeps tonight
Hush my darlin, don't fear my darlin
the lion sleeps tonight...


Spot on. Itu soundtrack dari movie The Lion King. Pada yang perasan mudos, hek elehhh movie tu keluaran lewat 90s, so buang la perasaan mudos tu jejausss. Aku tengok movie tu kat The Mall, pu-yohhhhh...jaman tu, The Mall la port paling happening beb!

Wait. So kenapa aku melalut pasal soundtrack movie tu pulak ? Well, because itu lah apa yang aku rasakan sekarang. Setelah beberapa minggu mengharungi detik derita (OK, now start lagu gesek biola), constant nausea, constant pening, muntah etc etc, hari ni tetiba aku sihat walafiat. Alhamdulillah. Truthfully, I really feel like the lion sleeps tonight, so tonight I want to dance in the moonlight! Pheewwiiitt!!!!

Serious. Last 2 weeks had been like hell. At one point, aku rasa macam nak collapsed. No energy, nak makan takleh, or apa2 saja yang aku makan bakal di eject keluar...So aku pegi klinik, jumpa ob-gyn aku...the doctor took one look at me, and suggested "OK...why don't you lie down, I masukkan IV drip, and see if it makes you feel any better?". Masa tu aku dah lembik, so aku just angguk kapla.

And Alhamdulillah, lepas masuk 1 botol intravenous drip tu, aku rasa OK skit walaupun masih letih sangat2. Lega. The next few days wasn't easy, selera makan takde, nasi takleh telan...huhuhu sengsaranya...aku cuma leh minum Nestum drinks. Pagi2 telan Nestum, tengahari nestum, petang Nestum hatta malam pun aku togok Nestum...(psst, lagu gesek biola tu jangan rentikan tawww)...

Huh...Tapi aku masih sangat2 bersyukur...dalam aku duk uwek uwek tu, Hafiz masih boleh aku uruskan untuk dia pergi sekolah. Dan Hafiz pun tak banyak songeh. Suruh naik bas, dia naik bas. (Nota:first day dia naik bas skola aku nangis...hajat hati nak hantar sendiri, tapi apakan daya...) Pastu takde la nak nangis2 merengek2 mintak aku temankan dia masuk dalam dewan skolah tu (sambil jeling2 kat ahkakbatik...hahaha sempat jugak aku sindir ko ye!).

Ada satu hari tu....dia balik skola dengan penuh excited. Dalam aku duk pening2 tu, dia nakkk jugak cerita. so aku dengo jer la. Katanya..."Mama...tadi Abang jumpa Syasya masa rehat". Aku pun angguk jer la. "So ?" aku tanya dia. "Pastu, Abang ajak dia pegi kantin, makan sama-sama. Abang belanja dia makan burger, abang makan sosej". Tweeettttt! Aku pause pening aku kejap.

"Abang makan sama-sama dengan Syasya?" aku tanya dia.
"Iyelah. Pastu, abang Ajik datang, makan sama ngan kitorang", dia cerita dengan jujur.

Oh my son. His first lunch date!!!!!!!! Tapi appa da si Ajik tu datang kaco daun. Huh!


Errr apa aku melalut ni ha...Inilah akibatnya bila aku dah trigger happy...excited maa....

OK la nanti sambung lagi....


Hush...the lion sleeps tonight.....

Sunday, January 17, 2010

Bagaikan Cinderella...la la la!!!!

Yups, hari ni aku rasa bagaikan Cinderella. Bukan sebab aku ada pari pari. Bukan juga sebab aku ada kereta pumpkin yg transformasi jadi Porche Cayenne pujaan hatiku. Bukan juga sebab aku ada glass slippers size 6. Atau sebab aku pakai baju gown ballroom kaler putih yang makin menonjolkan ke-gorjes-san diriku yang sudah semulajadi gorjes ini. No no no.

Hari ni aku rasa bagaikan Cind, sebab hari ni aku takdak rasa mabuk/pening/muntah. After almost 2 weeks of feeling like being trapped on a ship from hell, constant seasick, constant nausea etc etc, hari ini aku bagaikan berjaya membebaskan diriku dari belenggu mabuk tanpa alkohol itu. And it feels good! (Cue: OK masa ni korang imejin lagu I feel good! aku malas nak cari lam youtube)

Crowd memang tak ramai, aku pun tak expect ramai orang datang esp kat 1Utama tuh. Tapi macam nak juling jugak aku cari muka2 familiar yg janji nak mai (hint: Batik...di mana ko batik!!!!!) Tapi takpe lah...aku syukur sebab at least aku leh baca text aku dengan lancar, takde gagap dan paling penting takde uwek uwek depan crowd.

What more can I ask ?

OK Cinderella nak titon...must catch my beauty sleep....

Monday, January 11, 2010

It's Rock n roll time!

Oh yes baby, it's the rock n roll time. It's the ultimate headbanging time, it's time to sway and feel like the earth move under your feet, feel like the sky is tumbling down, it's time to feel crazy and inhuman.

Nah. I'm not talking about drugs, or seksss (ejaan tu aku sengaja buat gitu supaya blog ni tidak diblacklist oleh server kat opis Puan Banana, how thoughtful of me, kannn?) or lain2 parti liar yg berorientasikan hedonism.

The fact is, keterangan kat perenggan pertama tu ialah penerangan aku tentang simptom mabuk buatan orang (MBO ?), khasnya dalam kes aku ialah buatan Teddy.

Aiyoh. Aku ni memang kategori yg akan melepek macam kain buruk for the first trimester of my pregnancy. 4 bulan pertama tu aku memang akan lomah....mabuk, pening, muntah,loya etc etc. Cukup lengkap. Tapi...as if by magic, once I hit the 4 months milestone, fuhhh...otomatik semuanya OK...

Itu yang aku duk risau tu...17 Januari is my author's session day at MPH 1Utama...dari bulan doblas dulu aku duk plan kunun nak beli baju baru la, nak beli mekap baru la sempena hari berbahgia itu....tapi semuanya hanya tinggal perancangan...aku tak mampu nak pegi supping kerna sibuk dengan uwekk uwekkk...aisehman....guano nih ????

Tapi...nasib baik ada Gardenia Wholemeal bread....bagaikan roti ajaib kiriman Doraemon , siyesssss wa cakap luuuuu!!!!! Makan loti ni bagaikan aku tarok 'penyendal' yg sangat efisyen kat dalam perut aku. No more perut bergelora, rasa tenang jer. Dan bila perut aku tenang, tidak bergelora umpama ribut barat yang menghempas gelombang ke persada pantai (fuh! ayat jiwang seh!), kepala aku pun tak pening. I feel human again. Alhamdulillah....

Dan mintak-mintaknya...17 Januari ini aku masih akan kekal macam ni...pastu kalau nak ribut barat ke sulawesi ke utara uganda ke takpo la....janji, 17 Januari ni aku maintain cun, aminnnn....





Keterangan Gambar, tiada kena mengena dengan imej terbaru aku :
Perkenalkan...Mr Rabbit...hewan terbaru dalam zoo keluarga aku...Inchek Teddy beli Mr Rabbit ni lepas aku confirm pregnant. Jangan silap paham...Mr Rabbit ni ialah hadiah untuk Cik Man yg terpaksa belajo utk melupakan nenen...oh yes, Cik Man masih nenen walopun umornya dah nak masuk 3 tahun...so sebagai hadiah selamat tinggal nenen, terimalah rabbit ini sebagai temanmu...hahaha sian Cik Man....

Friday, January 8, 2010

I got Double Line !

Huh. Akhirnya, aku berjaya jugak dapat double line. Walaupun secara teknikalnya, double line dambaanku adalah dalam bentuk golang omeh yang double line, dan double line yang sudah sahih yang aku sudah gapai adalah dalam bentuk keputusan urine pregnancy test/UPT, tapi takpo lah...double line jugak tu, aku redha ( stetmen orang yang redha taraf nur kasih).

Mula-mula aku terkejut jugak. Tersentak hampir-hampir koma depan Prof Dato' Dr Mathevan (pstt, ni saja la nak menunjuk yg aku dah ada pengganti duktur nathan pojaan hati batik tu, propesor latok lagi tawwww).


Based on past experiences, aku dah tahu dah, the next two months memang musti teruk punya la. Morning sickness that last for one whole day, rasa penin nak muntah meloya, etc etc. tak sanggup aku tulis banyak-banyak. ni pun dah mai rasa meloya ni. enuff said.

Then, aku duk pikir...camana la aku nak handle 3 otomen yangs sedia ganas tu dengan keadaan aku yang lomah gitu? fuh. Aku dah stat migrain walopun aku tak penah kena migrain sabelum ni. Ayoma !!!!

Pastu...untuk tenteramkan jiwa ku yang gundah gulana, aku cuba pikir positip...this is a rezeki ni. Ramai yang nak anak, dah kawin bertahun-tahun tapi tak dapat anak. Ha...macam datok CT tu....errr sapa lagi ek....ha...tu Ekin bini Mawi. and the list goes on....So aku kena la bersyukur, paling kurang aku ni kira kategori subur lagi produktif la...(gosh, did I REALLY said that ? I blame it on the pregnancy hormons hahaha).

Lagi....errr...ini juga menunjukkkan betapa mudos rumajo nya aku...I'm still in the childbearing age bracket, lambat lagi nak menopos (hahaha, again, please excuse my hormon OK!) . et cetera et cetera, lu pikir la sendiri!


Gotta go, aku kena tunjuk lakonan mantap lagi berkesinambungan kepada Teddy...(sejak tahu result semalam aku terus menunjukkan lakonan mantap yg amat berkesan, masa ni la aku nak perasssss dia hahaha. ini kerna aku betul2 percaya pada title filim P. Ramlee - BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG. Damn right. Salah Bapak la...hahaha )

Opss...fokus....

Tuesday, January 5, 2010

I'm Back!

I'm back with a vengeance. It's been almost 2 weeks without internet when my modem when kaput, and I was almost crazy with boredom. Yes, taking away the very link to the internet world is the cruelest thing that could happen to a hardcore internet addict like me.

But I didn't suffer much. I owe it to the building anticipation that I have with Hafiz's preparations for his very first day at school. My son had grown up! And I got myself busy with all the preparations. Buying the school uniforms. Go to school for registration. Go to school for his Orientation day. Wrapping his textbooks. (dan aku baru perasan, anak aku bakal belajo bahasa Arab. Wah-lau!) Buying the stationery. Sewing the school badge to his school shirts.

Wait a minute. Did I say sewing ? Aku ? Menjahit ?Aku tak pernah belajar menjahit. I blame it on the education system in Malaysia (hahaha it always easier to blame others, plus it made me feel much better too!).

When I joined secondary school, I entered the 'elite' commerce stream. Most students who scored at least 3As in Penilaian Darjah Lima exam were chosen to enroll in the Commerce stream. Others who did not perform quite well in their PDL were lumped together in another group. The girls learned Home Science or Sains Rumahtangga, and the boys...errr I forgot what class that the boys took.

Anyway, I always envied those girls who joined SRT class. They cooked at school, and always have something to eat at the end of the day. Yup, I had always been an eating machine since I was a teenager. And they learned how to sew and mend torn clothes, etc etc. And I never learned such skills at school. Never formally. And so I grow up to be an ignorant teenager, never knowing that I would greatly need those skills in my later years.

I learned how to cook when I was in UK. It's like sync or swim. Either I learned to to cook, or die eating instant noodles everyday. Being a Malay totok with an even totok perut (I cannot tahan without rice, 2 days without rice and I will turn into a zombie. serious.), I had no choice but to learn how to cook. And mending my torn clothes. Had to lah. or else, I had to keep on wearing baju koyak to my uni. Sigh.

Suffice to say that my sewing and mending skills were at minimum level. Tapi aku tetap gigih dan bersemangat untuk jahit sendiri lencana sekolah Hafiz ke uniform sekolah dia. Even with my almost non-existent sewing skills. Macamana rupanya aku menjahit ?

Ingat tak adegan dalam filim labu-labi, scene di mana Haji Bakhil menaip pakai typewriter dalam hutan ? Ha. Macam tulah rupanya aku menjahit. Terkial-kial, terhegeh-hegeh. and with lots and lots of cursings. biru suasana dengan macam2 kata2 makian yang keluar dari bibir cumilku ini. After much cursings and swearings, Teddy told me to give up and send those uniforms to a tailor.

"Hantar kedai je lah. rosak baju budak tu kang!", said Teddy.

I gave him a glance that could froze holt and molten lava, and he shut up.

And being a kiasu mom, I persevered and continued sewing those darn badges. And I made it! All 3 shirts! Yay!!!!!!!!!!!!!!!!!

P/S : Aku tengok baju anak2 ahkakbatik, dan dengan bongkaknya aku rasa jahitan aku setanding dengan jahitan kak tek itewwww...hahaha bongkak tak hengat!